Rasulullah s.a.w. bersabda, "Setiap penyakit ada ubat penawarnya dan apabila suatu ubat itu sesuai dengan jenis penyakitnya, maka penyakit itu akan sembuh dengan izin Allah." - maksud hadis riwayat Muslim

Perkhidmatan disini ialah :

(Perubatan Homeopati, Energy, Aromatherapi, Hidrotherapi, Ais Therapi)
Satu kaedah Istimewa cara millennium. Untuk semua keadaan dan penyakit TANPA ada kesan sampingan, Suci dan Selamat.

Menggunakan kaedah teknik gelombang yang menyeimbangkan semua sistem kelenjar yang lemah dan terganggu kembali kepada keadaan Stabil dan Harmoni semula.
Hanya dengan kemam dilidah, ransangan hingga ke sasaran sel kepada tiap-tiap keperluan sitem badan tanpa ada sebarang kesan sampingan.

Dimanakah KELEMAHAN anda?
Dimanakah KEDUDUKAN PENYAKIT Anda?
Dimanakah tahap TEKANAN dan KESEDIHAN Anda?

Kenalilah dan Rawatlah Penyakit Anda Melalui Kaedah Gelombang Teori Ruang Masa Pertimbangan Sunnah…

Formula Perubatan Sunnah tidak bertindak sebagai ubat dan penawar, sebaliknya penggalak kepada semua sistem dalam badan, dan SISTEM badanlah yang MERAWAT tubuh badan anda sendiri.


Bebaskan diri Anda dari Perubatan berasakan DADAH dan KIMIA!

Hubungi : Fyrol Ikram Othman
MDMA (OIUCM COLOMBO)
DMA kpp.UK, Homeopati (IBAM)
Pengamal Perubatan Sunnah Bertauliah
013 – 388 2726

Isnin, 28 Januari 2013

Kelebihan MKD




Monolaurin dan monocaprin adalah bersifat antiviral, antibakterial, dan antiprotozoal, yang digunakan oleh
tubuh samada manusia atau pun haiwan untuk memusnahkan lapisan lipid dan phospholipids pada ‘envelope’ virus yang menyebabkan disintegrasi ‘envelope’ berkenaan. Hal ini meliputi virus seperti HIV
herpes, cytomegalovirus, influenza , beberapa bacteria
pathogen termasuk listeria monocytogenes dan heliobacter pylori serta protozoa seperti giardia lamblia

Saperkara yang tidak kurang pentingnya, MKD mampu mengaktifkan atau melancarkan sistem metabolisma, mampu menyokong sistem imunasi tubuh dan teruji dalam mengatasi masalah thyroid.

Yang menggembirakan, MKD tidak mengandungi ‘trans fatty acids’ yang didapati merbahaya pada tubuh yang selalu terdapat pada minyak tumbuhan termasuk minyak zaitun, margerin, shortening dan lain-lain. (‘Trans fatty acids’ boleh meningkatkan paras bahaya kolesterol yang menyebabkan arteries tersumbat, sakit jantung dan type II diabetes).

Sehingga kini, melalui penyelidikan telah dibuktikan bahawa MKD terbukti mampu mengurangkan risiko sakit jantung, memperbaiki sistem penghadaman, mempertingkatkan tenaga harian, membantu mereka yang mengidap diabetes dan kelesuan yang teruk, berkesan dengan baik sebagai pra cuci kondisioner rambut (pre wash hair condisioner) menurunkan berat badan dan mengembalikan keremajaan kulit , mengatasi psoriasis, ruam, eczema serta menghalang kulit berkedut.

KENYATAAN PAKAR berhubung MKD


KENYATAAN PAKAR berhubung MINYAK KELAPA DARA.

“ Minyak kelapa dara adalah minyak paling menyihatkan di dunia.”
Dr. Bruce Fife :
Director of the Southern Colorado Chapter of the Weston A. Price Foundation.



“Minyak kelapa dara mempunyai sifat-sifat anti virus, anti bacteria, anti kulat dan anti parasit semulajadi yang membantu mengawal berbagai penyakit”.

Dr. John J. Kabara, Ph.D
Professor Emeritus, Department of Chemistry and Pharmacology(Universiti Michigan –USA)


“Minyak kelapa dara berdiri gagah sebagai minyak yang paling menyihatkan yang boleh anda gunakan. Ia mengandungi selautan khasiat kesihatan serta khazanah penyelidakan yang
amat berharga. Saya sesungguhnya sangat inginkan agar anda menjadikan minyak kelapa dara sebagai sebahagian daripada pelan harian pemakanan anda”.

Dr. Mark Atkinson
Holistic Medical Pyysician MBBS Bsc (Hons)FRIPHH FCMA BETD SAC DIP (Clinical Nutrition)


“ Minyak Kelapa Dara adalah salah satu ‘functional food’ yang sangat penting untuk abad ke 21. Dengan terdapatnya data serta maklumat klinikal dan saintifik berhubung dengan khasiat kesihatan dan sifat-sifat antimicrobial yang ada pada lauric oil secara amnya dan minyak kelapa secara khususnya, menjadikannya sangat menarik.”

Prof. Mary G. Enig: Director,Nutritional Science Division, Enig Associates, Inc. 11120 New Hampshire Avenue 500 Silver Spring, MD 20904-263USA

90% Makanan dan kueh tradisional Melayu menggunakan kelapa, samaada santan atau isi parut. Ini menjadikannya sangat sedap, tetapi pengambilan berterusan menjejaskan kesihatan akibat dari kolesterol dan lemak, oleh yang demikian cara paling baik untuk mengatasinya ialah dengan 'memotong' kolesterol dan lemak tersebut dengan pengambilan MKD, ini kerana MKD secara saintifiknya terdiri dari sekitar 50 % lauric acid dan 6-7 % capric acid serta tidak mempunyai 'trans fatty acid'.

Menurut Kitab Al-Tibb Al-Rauhi As-Sufi karangan Shaykh M Chishti,makanan tempatan adalah yang terbaik dan SUNNAH bagi mengatasi penyakit tempatan. Oleh yang demikian pengambilan MKD untuk mengatasi masalah penyakit berkaitan kolesterol dan lemak akibat makanan tempatan bolehlah dianggap sebagai SUNNAH.

Fyrol Ikram Othman Bsc.Natural Medicines (Energy )
DMA kpp.UK, - Pengamal dan Pengkaji Perubatan Sunnah.

Isnin, 14 Januari 2013

Memahami Penyakit Kanser


Pengenalan Angka pesakit kanser semakin meningkat di Malaysia. Penyakit kanser boleh dihidap oleh sesiapa tidak kira bangsa dan status. Mengikut laporan MAKNA, 11 juta dewasa dan kanak-kanak menghidap penyakit kanser dan 6 juta darinya mati akibat kanser di seluruh dunia .

Di Malaysia, 45,000 rakyat Malaysia dilaporkan mengidap penyakit kanser setiap tahun. Statistik ini sangat membimbangkan kerana 3 dari 4 pesakit kanser gagal diselamatkan atau sembuh. Pada 1952, Dr Ernes T Krebs, seorang Bio Kimia dan beberapa saintis perubatan mendakwa bahawa penyakit kanser adalah penyakit kekurangan nutrisi tubuh badan. Ramai saintis telah membuat kajian bagi merungkai penyakit kanser.

Kajian terhadap binatang-binatang liar yang hidup di hutan dikelilingi oleh persekitaran yang penuh dengan tumbuh-tumbuhan yang kaya dengan kompaun nitriloside atau vitamin B17 yang tinggi tidak akan dijumpai mati akibat penyakit kanser. Sebaliknya, haiwan-haiwan liar yang dipelihara di zoo didapati berkemungkinan besar mati akibat kanser walaupun makanan yang diberikan kaya dengan zat galian dan mineral tetapi kandungan vitamin B17 tiada langsung. Puak Hunza di pergunungan banjaran Pakistan, kebanyakan mereka hidup sehingga 120 tahun.

Makanan utama puak Hunza adalah biji-bijian aprikot yang tinggi dengan vitamin B17. Kajian oleh pihak saintis turut kagum apabila mereka memiliki kesihatan yang tinggi dan tidak pernah mendengar mengenai penyakit kanser, dan tiada seorang pun sejak beribu-ribu tahun diserang penyakit kanser. Hari ini pihak saintis mula sedar bahawa diet makanan kita bernutrisi rendah dan tiada zat pembina daya tahan badan seperti binatang liar yang hidup di hutan dan puak Hunza yang mempunyai diet yang hebat di mana nutrisi seperti vitamin B17 beratus kali lebih tinggi dari purata diet orang di negara maju atau di bandar mahupun di Malaysia.

Sebenarnya kompaun vitamin B17 ini boleh diperolehi dengan banyaknya secara semulajadi di seluruh dunia pada lebih 100 jenis tumbuhan boleh dimakan. Tetapi disebabkan zaman yang serba moden dan kian pesat membangun, kebanyakan bahan makanan diproses dengan mengetepikan khasiat dan nutrisi-nutrisi pembina antibodi dan tinggi kandungan tambahan yang boleh menjejaskan kesihatan dan sistem daya tahan badan.

Menurut kajian pakar-pakar pemakanan diseluruh dunia, fakor pemakanan merupakan punca utama terjadinya kanser. Realitinya, setiap hari kita tidak terlepas dari pengambilan makanan yang merupakan agen kepada kanser dan hampir 90% makanan kita bersifat asid dan mempunyai kandungan aditif yang tinggi seperti pewarna dan perasa tiruan, pemanis buatan, pengawet dan pelbagai lagi campuran bahan kimia yang merbahaya.

Akibatnya diet pemakanan harian kita kurang berkhasiat dan nutrisi-nutrisi pembina daya ketahanan tubuh badan seperti vitamin B1, B2, B3, B5, B7,B12 & B17. Seterusnya sistem daya ketahanan badan menjadi lemah serta boleh menyebabkan penyakit kronik seperti kanser, jantung, kencing manis dan lain-lain penyakit yang boleh membunuh manusia secara perlahan-lahan.

Apakah Kanser? Kanser ialah sel yang terhasil secara tidak normal dalam badan seseorang. Satu kelompok sel kanser dipanggil tumor dan jika tidak dirawat ia boleh membesar dan merebak ke anggota badan yang lain. Tumor ini akan mengelilingi sel dan mengambil khasiat daripada sel. Tumor ini mungkin adalah kanser. Sel-sel kanser ini akan berkembang dan tersebar ke organ badan yang lain melalui saluran darah dan limpa. Setiap orang ada sel kanser dalam badan. Sel kanser ini tidak kelihatan dalam ujian atau pemeriksaan piawai sehinggalah mereka telah berganda ke beberapa juta.

Sel kanser tidak mempunyai bentuk khas, wujud dalam pelbagai saiz dan berbeza daripada sel sihat yang mempunyai bentuk seragam. Ia boleh dilihat dengan jelas di bawah mikroskop. Bagaimana Sel KANSER membiak? Sel kanser akan membuat 'laluan' sendiri dan menjangkiti dari satu tisu ke tisu lain. Lama-kelamaan sel kanser yang bertambah banyak akan merebak dari kawasan permulaan ke organ lain melalui saluran darah atau sistem limpa. Rawatan awal boleh mencegah masalah ini.

Adakah KANSER boleh berulang selepas rawatan? Ya! Kanser adalah sejenis penyakit yang boleh berulang walaupun sudah dirawat. Kadar kejadian kanser yang berulang adalah bergantung kepada jenis kanser, peringkat kanser, kekuatan badan penghidap kanser,samada rawatan yang diberikan mencukupi dan terdapat juga kajian menunjukkan bahawa individu yang mempunyai kekuatan dalaman, bersikap positif serta emosi yang stabil dapat melawan kanser dengan lebih berkesan dan mempunyai kadar penyembuhan yang lebih baik.

Pusat Rawatan al-Ikram dengan kaedah perubatan energi berusaha membantu anda untuk merawat pelbagai jenis kanser. TANPA PEMBEDAHAN TANPA RADIOTERAPI TANPA KEMOTERAPI TANPA DADAH TIADA KESAKITAN TIADA KESAN SAMPINGAN LEBIH SELAMAT LEBIH MENJIMATKAN Konsep kami ialah merawat secara SUNNAH. Iaitu dengan selamat, semula jadi dan suci. hubungi 013-388 2726 untuk info lanjut.

Fakta Asas Mengenai Kanser


Kanser adalah penyakit di mana sel-sel bertindak luar biasa, membesar dan membiak melebihi had biasa dan keupayaan mereka. Penyebaran sel agresif kemudian akan menyerang, merosak dan memusnahkan tisu-tisu berhampiran yang juga dikenali sebagai metastasis. Terdapat tiga sifat malignan utama sel-sel kanser iaitu agresif, melanggar dan cepat merebak. Sel benigna tidak mempunyai sifat-sifat tersebut dan dianggap agak selamat walaupun mereka juga mempunyai kecenderungan untuk berubah menjadi sel malignan.

Kanser boleh berlaku dalam setiap individu di setiap usia dan mempunyai kadar kematian 13%. Kebanyakan jenis kanser disebabkan oleh komposisi genetik abnormal sel malignan yang boleh disebabkan oleh faktor-faktor alam sekitar atau kecacatan kongenital. Karsinogen boleh mengubah genom hos dan sifatnya menjadi malignan manakala masalah replikasi DNA juga boleh berlaku seperti yang biasa dilihat dalam pengembangan kanser pada janin. Kanser jarang berlaku di kalangan kanak-kanak dan remaja tetapi jenis yang paling biasa yang berlaku ialah leukemia, yang diikuti oleh kanser sistem saraf pusat dan kemudian neuroblastoma.

Proses Perkembangan Kanser Biasanya sel kanser membesar dan membiak dengan sewajarnya, dan ada kalanya juga sel-sel tersebut mati. Tubuh bertanggungjawab untuk memastikan seluruh proses pembiakan dan pertumbuhan seimbang. Sel-sel mati atau rosak digantikan secara automatik. Dalam kes kanser, sel tidak normal hidup lebih lama daripada sel normal dan cepat membentuk sel baru yang tidak normal. Sel-sel kanser boleh sampai ke bahagian-bahagian badan yang terpencil dan organ-organ penting, dan mengganggu fungsi dan proses yang penting.

Tanggungjawab utama DNA sel adalah untuk mengarah aktiviti. DNA yang rosak biasanya akan dibaiki oleh tubuh. Masalahnya ialah tubuh tidak mampu untuk memperbaiki kerosakan kerana sel kanser terus membinasakan sel-sel dan tisu-tisu lain. Kerosakan DNA boleh disebabkan oleh pendedahan kepada unsur-unsur berbahaya dalam persekitaran atau diwarisi. Kanser biasanya bermula dengan pembentukan tumor yang kemudiannya merebak keseluruh tubuh. Tanda dan

Gejala Gejala boleh dibahagi kepada tiga kategori berasingan, iaitu: tempatan, metastasis dan sistemik. Tanda-tanda tempatan adalah yang pertama berlaku, yang dinyatakan melalui ketulan luar biasa atau pembentukan tumor, pendarahan, ulser dan kesakitan. Tanda-tanda metastasis menyatakan bahawa sel-sel tidak normal telah mula merebak dan menjejaskan kawasan-kawasan berhampiran dan ditunjukkan dengan batuk, hemoptisis atau batuk berdarah, hepatomegali atau pembesaran hati, gejala neurologi, pembesaran nodus limfa dan kesakitan tulang. Tanda-tanda sistemik menunjukkan kanser telah merebak ke hampir semua bahagian tubuh dan menjejaskan organ-organ utama dan sistem secara keseluruhan.

Pernyataan biasa termasuk lemah tubuh badan atau cachexia, kurang selera makan, kehilangan berat badan, diaphoresis atau berpeluh malam, anemia, pembekuan darah dan hormon yang tidak normal. Lain-lain gejala yang ketara termasuk kekaburan penglihatan, mudah letih, sakit kepala, demam, loya, dan muntah-muntah.

Jenis-jenis Kanser Kanser menyumbangkan satu perempat daripada jumlah kematian di negara maju. Jenis yang paling biasa adalah kanser prostat, dan diikuti oleh kanser paru-paru dan kanser payudara. Terdapat juga kanser hati, kolon atau kanser kolorektal, kanser pankreas, kanser pundi kencing, kanser ovari, kanser endometrium, kanser tulang, kanser kulit atau kulit melanoma, limfoma non-Hodgkin dan leukemia. Semua ini memberi kesan kepada berbagai bahagian tubuh. Ada kemungkinan kanser hanya berlaku di bahagian tertentu tubuh tetapi jenis ini masih dianggap mengikut bahagian asal.

Sebagai contoh, jika sel kanser payudara merebak ke paru-paru, ianya masih dirujuk sebagai kanser payudara walaupun sel-sel di dalam paru-paru juga sudah menjadi kanser. Sifat Sel Kanser Sel kanser atau sel malignan tidak memiliki sifat sel biasa yang menghadkan pertumbuhan dan penyebaran mereka. Mereka tidak mampu untuk apoptosis atau masih terus membiak walaupun mempunyai keganjilan genetik. Sel ini tidak peka terhadap isyarat tubuh yang menghadkan pertumbuhan dan penyebaran.

Ia sentiasa membahagikan diri dan bertahan lebih lama dari sel normal dan juga mempunyai keupayaan untuk menyerang dan membinasakan tisu berhampiran hanya untuk membiak. Secara keseluruhan, kesilapan genetik terus merebak tanpa dibaiki dan meningkatkan mutasi sel di dalam tubuh.

Fungsi tubuh terganggu atau tidak lagi berkesan sementara kerosakan terus berkembang. Walau bagaimanapun kanser bukanlah penyakit berjangkit atau boleh merebak. 40 ribu mengidap KANSER di malaysia setiap tahun..

Pusat Rawatan al-Ikram dengan kaedah perubatan energi berusaha membantu anda untuk merawat pelbagai jenis kanser. TANPA PEMBEDAHAN TANPA RADIOTERAPI TANPA KEMOTERAPI TANPA DADAH TIADA KESAKITAN TIADA KESAN SAMPINGAN LEBIH SELAMAT LEBIH MENJIMATKAN Konsep kami ialah merawat secara SUNNAH. Iaitu dengan selamat, semula jadi dan suci. hubungi 013-388 2726 untuk info lanjut.

Isnin, 9 Julai 2012

Program Perkongsian Ilmu AMH






·
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyanyang

Assalamualaikum dan salam sejahtera.Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, ahli keluarga dan sahabat baginda.Akademi Minda Holistik berbesar hati untuk berkongsi ilmu dengan masyarakat umumnya dengan mengadakan program percuma ditempat anda.

Tajuk : Perubatan Islam adalah Perubatan Moden.

perbincangan 1 : Perbezaan 'Perubatan Islam dan Perubatan al-Quran.

Perbincangan 2 : Perubatan Energy dalam Hukum Pertimbangan Sunnah

Tempat : Anda Tentukan

Bayaran : Percuma

Tarikh : Anda Tentukan

Info : Hubungi Fyrol Ikram Othman 0133882726

Rabu, 25 April 2012

Tips Kesihatan -13- Air dalam Nafas
Air sejuk bersih yang tidak dimasak adalah air yang paling baik untuk dijadikan amalan minuman seharian. Dalam situasi di Malaysia, sebaik-baiknya ialah air paip biasa yang ditapis dengan penapis bermineral. Ini kerana air sejuk yang tidak dimasak mempunyai kandungan udara (oksigen) yang tinggi. Apabila anda terperanjat, lupa secara tiba-tiba atau terganggu perasaan, minumlah air. Ini kerana nafas adalah rahsia kepada oksigen, dan oksigen itu adalah rahsia air. Bagi mereka yang sesak nafas atau mengah, berilah mereka minum air sejuk secara perlahan-lahan atau minum air dengan menahan nafas kerana ini dapat mengembalikan oksigen ke dalam darah melalui pertukaran di paru-paru. Oleh itu paru-paru adalah organ yang amat sensitif dalam meghadapi serangan alahan dan jangkitan. Nitrogen, oksigen dan hidrogen adalah rahsia air yang bertukar secara ghaib didalam tubuh.
Setiap kali kita bernafas, kita sebenarnya akan mengurangkan cecair badan kita yang bertukar menjadi wap-wap air yang dikenali sebagai karbon dioksoda C02. Sebab itulah, tanpa melakukan sebarang kerja dan tidak berpeluh pun, kita akan dahaga dan memerlukan air. Ingat, minum air hanya ketika dahaga atau berdasarkan keperluan sahaja. Selamat beramal. Mofibio.blogspot.com

Selasa, 24 April 2012

Rawatan demam dan penyakit fizikal




Air sejuk sangat penting dalam kehidupan. Nabi Muhammad s.a.w menyarankan agar orang yang demam dimandikan dengan air sungai yg mengalir sebelum fajar.

Demam terbahagi kepada dua, iaitu simtomatik dan penyakit. Jika simtomatik, seseorang itu boleh sembuh dengan segera jika mandi dengan air sejuk. Jika kerana penyakit, air sejuk membantu mempercepatkan proses penyembuhan.

Mandi dengan air sejuk hendaklah dimulakan dari bawah, bermula dengan tumit, lutut, pinggang, bahu dan akhir sekali kepala, oleh yg demikian panas akan keluar. Jika mandi terus melalui kepala wap panas akan terperangkap dan memeningkan dan rasa sejuk yang tidak tertahan. Air sejuk bukan sahaja sesuai untuk penyakit demam, tetapi mampu dan sangat sesuai untuk merawat penyakit fizikal terutamanya jika mandi sebelum subuh.

Sel2 badan akan bertaut kerana kesejukan dan mempercepatkan proses penyembuhan. Selain itu air sejuk juga akan meningkatkan sistem imum dan bakteria juga terencat.. Selamat beramal..mulai sekarang, mandi air sejuk diawal pagi..Mulakan dari bawah sambil berselawat keatas Nabi Muhammad s.a.w (didalam hati anda)..
Selamat beramal..