
Air sejuk sangat penting dalam kehidupan. Nabi Muhammad s.a.w menyarankan agar orang yang demam dimandikan dengan air sungai yg mengalir sebelum fajar.
Demam terbahagi kepada dua, iaitu simtomatik dan penyakit. Jika simtomatik, seseorang itu boleh sembuh dengan segera jika mandi dengan air sejuk. Jika kerana penyakit, air sejuk membantu mempercepatkan proses penyembuhan.
Mandi dengan air sejuk hendaklah dimulakan dari bawah, bermula dengan tumit, lutut, pinggang, bahu dan akhir sekali kepala, oleh yg demikian panas akan keluar. Jika mandi terus melalui kepala wap panas akan terperangkap dan memeningkan dan rasa sejuk yang tidak tertahan. Air sejuk bukan sahaja sesuai untuk penyakit demam, tetapi mampu dan sangat sesuai untuk merawat penyakit fizikal terutamanya jika mandi sebelum subuh.
Sel2 badan akan bertaut kerana kesejukan dan mempercepatkan proses penyembuhan. Selain itu air sejuk juga akan meningkatkan sistem imum dan bakteria juga terencat.. Selamat beramal..mulai sekarang, mandi air sejuk diawal pagi..Mulakan dari bawah sambil berselawat keatas Nabi Muhammad s.a.w (didalam hati anda)..
Selamat beramal..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan