Rasulullah s.a.w. bersabda, "Setiap penyakit ada ubat penawarnya dan apabila suatu ubat itu sesuai dengan jenis penyakitnya, maka penyakit itu akan sembuh dengan izin Allah." - maksud hadis riwayat Muslim

Perkhidmatan disini ialah :

(Perubatan Homeopati, Energy, Aromatherapi, Hidrotherapi, Ais Therapi)
Satu kaedah Istimewa cara millennium. Untuk semua keadaan dan penyakit TANPA ada kesan sampingan, Suci dan Selamat.

Menggunakan kaedah teknik gelombang yang menyeimbangkan semua sistem kelenjar yang lemah dan terganggu kembali kepada keadaan Stabil dan Harmoni semula.
Hanya dengan kemam dilidah, ransangan hingga ke sasaran sel kepada tiap-tiap keperluan sitem badan tanpa ada sebarang kesan sampingan.

Dimanakah KELEMAHAN anda?
Dimanakah KEDUDUKAN PENYAKIT Anda?
Dimanakah tahap TEKANAN dan KESEDIHAN Anda?

Kenalilah dan Rawatlah Penyakit Anda Melalui Kaedah Gelombang Teori Ruang Masa Pertimbangan Sunnah…

Formula Perubatan Sunnah tidak bertindak sebagai ubat dan penawar, sebaliknya penggalak kepada semua sistem dalam badan, dan SISTEM badanlah yang MERAWAT tubuh badan anda sendiri.


Bebaskan diri Anda dari Perubatan berasakan DADAH dan KIMIA!

Hubungi : Fyrol Ikram Othman
MDMA (OIUCM COLOMBO)
DMA kpp.UK, Homeopati (IBAM)
Pengamal Perubatan Sunnah Bertauliah
013 – 388 2726

Rabu, 25 April 2012

Tips Kesihatan -13- Air dalam Nafas
Air sejuk bersih yang tidak dimasak adalah air yang paling baik untuk dijadikan amalan minuman seharian. Dalam situasi di Malaysia, sebaik-baiknya ialah air paip biasa yang ditapis dengan penapis bermineral. Ini kerana air sejuk yang tidak dimasak mempunyai kandungan udara (oksigen) yang tinggi. Apabila anda terperanjat, lupa secara tiba-tiba atau terganggu perasaan, minumlah air. Ini kerana nafas adalah rahsia kepada oksigen, dan oksigen itu adalah rahsia air. Bagi mereka yang sesak nafas atau mengah, berilah mereka minum air sejuk secara perlahan-lahan atau minum air dengan menahan nafas kerana ini dapat mengembalikan oksigen ke dalam darah melalui pertukaran di paru-paru. Oleh itu paru-paru adalah organ yang amat sensitif dalam meghadapi serangan alahan dan jangkitan. Nitrogen, oksigen dan hidrogen adalah rahsia air yang bertukar secara ghaib didalam tubuh.
Setiap kali kita bernafas, kita sebenarnya akan mengurangkan cecair badan kita yang bertukar menjadi wap-wap air yang dikenali sebagai karbon dioksoda C02. Sebab itulah, tanpa melakukan sebarang kerja dan tidak berpeluh pun, kita akan dahaga dan memerlukan air. Ingat, minum air hanya ketika dahaga atau berdasarkan keperluan sahaja. Selamat beramal. Mofibio.blogspot.com

Selasa, 24 April 2012

Rawatan demam dan penyakit fizikal




Air sejuk sangat penting dalam kehidupan. Nabi Muhammad s.a.w menyarankan agar orang yang demam dimandikan dengan air sungai yg mengalir sebelum fajar.

Demam terbahagi kepada dua, iaitu simtomatik dan penyakit. Jika simtomatik, seseorang itu boleh sembuh dengan segera jika mandi dengan air sejuk. Jika kerana penyakit, air sejuk membantu mempercepatkan proses penyembuhan.

Mandi dengan air sejuk hendaklah dimulakan dari bawah, bermula dengan tumit, lutut, pinggang, bahu dan akhir sekali kepala, oleh yg demikian panas akan keluar. Jika mandi terus melalui kepala wap panas akan terperangkap dan memeningkan dan rasa sejuk yang tidak tertahan. Air sejuk bukan sahaja sesuai untuk penyakit demam, tetapi mampu dan sangat sesuai untuk merawat penyakit fizikal terutamanya jika mandi sebelum subuh.

Sel2 badan akan bertaut kerana kesejukan dan mempercepatkan proses penyembuhan. Selain itu air sejuk juga akan meningkatkan sistem imum dan bakteria juga terencat.. Selamat beramal..mulai sekarang, mandi air sejuk diawal pagi..Mulakan dari bawah sambil berselawat keatas Nabi Muhammad s.a.w (didalam hati anda)..
Selamat beramal..