Rasulullah s.a.w. bersabda, "Setiap penyakit ada ubat penawarnya dan apabila suatu ubat itu sesuai dengan jenis penyakitnya, maka penyakit itu akan sembuh dengan izin Allah." - maksud hadis riwayat Muslim

Perkhidmatan disini ialah :

(Perubatan Homeopati, Energy, Aromatherapi, Hidrotherapi, Ais Therapi)
Satu kaedah Istimewa cara millennium. Untuk semua keadaan dan penyakit TANPA ada kesan sampingan, Suci dan Selamat.

Menggunakan kaedah teknik gelombang yang menyeimbangkan semua sistem kelenjar yang lemah dan terganggu kembali kepada keadaan Stabil dan Harmoni semula.
Hanya dengan kemam dilidah, ransangan hingga ke sasaran sel kepada tiap-tiap keperluan sitem badan tanpa ada sebarang kesan sampingan.

Dimanakah KELEMAHAN anda?
Dimanakah KEDUDUKAN PENYAKIT Anda?
Dimanakah tahap TEKANAN dan KESEDIHAN Anda?

Kenalilah dan Rawatlah Penyakit Anda Melalui Kaedah Gelombang Teori Ruang Masa Pertimbangan Sunnah…

Formula Perubatan Sunnah tidak bertindak sebagai ubat dan penawar, sebaliknya penggalak kepada semua sistem dalam badan, dan SISTEM badanlah yang MERAWAT tubuh badan anda sendiri.


Bebaskan diri Anda dari Perubatan berasakan DADAH dan KIMIA!

Hubungi : Fyrol Ikram Othman
MDMA (OIUCM COLOMBO)
DMA kpp.UK, Homeopati (IBAM)
Pengamal Perubatan Sunnah Bertauliah
013 – 388 2726

Khamis, 23 Disember 2010

DAN TANAMAN PUN BERTASBIH…




Subhanallah! Terjawab sudah makna ayat yang menyatakan bahawa tumbuhan boleh bertasbih dan bersujud kepada Allah s.w.t


وَالنَّجْمُ وَالشَّجَرُ يَسْجُدَانِ

“Dan tumbuh-tumbuhan dan pohon-pohonan kedua-duanya tunduk kepada-Nya.” (Q.S Ar-Rahman [55]: 6)


Dalam Al-Quran, masih banyak ayat seperti di atas yang menyebut tentang tanaman dan pepohonan bertasbih dan bersujud kepada Allah. Selama ini, ayat-ayat tersebut ditafsirkan hanya sebagai kiasan. Artinya, tumbuhan bersujud dan bertasbih dengan cara tunduk pada hukum alam (sunnatullah).


Richard Karban, ahli ekologi University of California, dalam majalahnya yang berjudul Ecology Letter di tahun 2008 membuktikan bahwa tumbuhan bisa merespon situasi lingkungannya. Mereka mampu berkomunikasi satu sama lain, bahkan juga saling merebut mangsa. Mereka boleh bereaksi sama terhadap stimulus yang pernah dialami. Ini ertinya mereka mempunyai memori.

Tanaman pemangsa boleh bergerak secepat 1/30 saat menangkap serangga. Bahkan bunga Morus Alba dapat menyergap mangsa dengan kecepatan kilat Mach 0.5. Tanaman lain pula bergerak melingkar lebih lambat dalam kiraan beberapa jam.

Tanaman juga ‘berburu’ di bawah tanah dengan akarnya. Long Li, ilmuwan dari China Agricultural University (Beijing), meneliti respon akar kacang yang menyemburkan zat kimia asam untuk mengejar dan menangkap cairan fosfor (yang ia perlukan) di dalam tanah. Ketika serangga jenis tertentu memakan atau melubangi daunnya, tanaman tersebut mengeluarkan berbagai jenis zat kimia yang dapat ‘memanggil’ serangga jenis lain yang merupakan musuh serangga pertama. Bukan hanya itu, tanaman di sekitarnya juga ikut ‘berteriak’ dan membuat pertahanan.

Anthony Trewavas dari University of Edinburgh dalam bukunya mengatakan bahawa tanaman mempenyai kemampuan menyelesaikan masalah. Ini berarti bahawa mereka memiliki kecerdasan. Pada bulan Mei 2009, para pengkaji plant neurobiology berkumpul untuk kali kelima di Florence (Italia) untuk membahas keberadaan otak pada tumbuhan. Consuelo M De Moraes dari Penn State University menemukan bahawa tanaman boleh membezakan dirinya dari tanaman sejenis. Ini mengindikasikan bahawa tanaman mempunyai kepribadian khas yang membezakannya dengan tanaman (sejenis) lain.

Subhanallah! Terjawab sudah makna ayat yang menyatakan bahwa tumbuhan bisa bertasbih dan bersujud kepada Allah Swt. Shodaqallahul adzim.

Isnin, 20 Disember 2010

Kelebihan HabGarlic Plus



Oleh :Fyrol Ikram Othman

HabGarlic Plus merupakan produk yang sangat hebat seumpamanya dipasaran!

Gabungan hebat Habbatussauda yang disyorkan oleh Nabi Muhammad s.a.w dan Garlic yang mempunyai kelebihan meningkatkan sistem antibodi.

Apa yang menjadikan produk ini begitu hebat ialah ianya telah ditenagakan dengan gelombang "asas tenaga" hasil kerjasama dengan Centre for Bioscience Energy Medicines Research, The Faculty of Science and Health Education, Open International University for Complementary Medicines.

Kelebihan HabGarlic Plus:

i. Asas tenaga merangsang penghasilan akar umbi tenaga tubuh melalui kelenjar pineal.

ii. Merangsang sistem limfatik meningkatkan sistem antibodi.

iii. Mengawal perjalanan darah dengan memperbetulkan perjalanan haid, meningkatkan oksigen dalam darah dan membaiki platlet.

iv. Membantu merawat bisa-bisa tulang, sendi dan saraf.

v. Baik untuk suami isteri dengan meningkatkan keghairahan dan tenaga dalaman.

vi. Bangun pagi dengan lebih bertenaga, sangat sesuai untuk mereka yang bekerja dengan menggunakan tenaga fizikal.

vii. Membantu mengelakan penyakit kanser.

viii. Membantu merawat penyakit gout dan angin pirai.

ix. Membantu mencuci kolon dan meningkatkan sistem penghadaman dengan meningkatkan kemapuan jus gaster dan jus pankreas.

x. Membantu menjaga penglihatan dalam jangka masa panjang.

xi. Membantu meningkatkan daya fikir.

xii. Kesan yang sangat cepat..Rasainya sendiri dengan hanya dua kapsul.

xiii.Tidak ada kesan sampingan!


* Tidak sesuai untuk wanita mengandung dan kanak-kanak bawah 7 tahun.

HABGarlic Plus




Khasiat Habbatus Sauda
Menurut beberapa hasil penelitian, Habbatus Sauda` memiliki khasiat (insyallah):

1. Menguatkan sistem imunisasi pada badan manusia.
2. Melawan & menghancurkan sel-sel kanser/tumor.
3. Mengubati rheumatic, radangan serta alahan.
4. Menghentikan dan menyembuhkan penyakit pelik.
5. Jika digoreng & dibakar kemudian dicium terus-menerus dapat menghilangkan gas (dalam) perut.
6. Membunuh cacing-cacing parasit jika dimakan sebelum minun pagi dan ijka diletakkan di atas perut dari bahagian luar sebagai aroma spa atau lulur.
7. Minyaknya bermanfaat untuk menyembuhkan gigitan ular, juga bengkak di dubur dan tahi lalat.
8. Menghilangkan sesak nafas & sejenis kesulitan nafas, melonggarkan penyumbatan akibat kahak.
9. Melancarkan haid yang terganggu.
10. Jika dibalut, bermanfaat untuk menyembuhkan pusing kepala yang serius.
11. Apabila dimasak dengan cuka bersama kayu pine dan kemudian dibuat untuk berkumur, maka akan menghilangkan sakit gigi yang disebabkan sensitiviti terhadap makanan sejuk.
12. Jika diminum, biji ini akan melancarkan kencing, haid dan pelancaran air susu ibu.
13. Menyembuhkan gigitan labah-labah.
14. Bila dibakar, asapnya dapat mengusir serangga.
15. Menghilangkan sendawa yang berasal dari kahak dan melancholia (gangguan yang disebabkan kesedihan yang berpanjangan/depresi sehingga dapat merosakkan hempedu).
16. Menghilangkan kusta.
17. Menghilangkan demam Quartan (yakni demam yang menyerang manusia selama sehari kemudian reda selama 2 hari, kemudian menyerang lagi ketika hari ke-4).
18. Jika ditumbuk dan dibuat adunan dengan madu dan air suam dapat menghancurkan batu yang muncul dalam ginjal.
19. Apabila digoreng dan dicium terus-menerus dan dicampur dengan cuka dapat menyembuhkan jerawat dan kudis serta menghilangkan radangan yang lebih kronik dari jerawat (tumor).
20. Jika digoreng tanpa minyak dan ditumbuk serta dicampur dengan minyak zaitun kemudian dititikkan 3titik ke dalam hidung akan menyembuhkan bersin.
21. Jika dihirup akan bermanfaat bagi semi-paralysis/lumpuh separuh.
22. Jika celak persia dicampur dengan air & dibalurkan ke lingkaran dubur (lobang dubur/anus) dan juga diminum dengan dose sekitar 25 gram akan menyembuhkan buasir.
23. Jika disedut melalui hidung akan menghentikan air yang keluar pada mata.
24. dan banyak lagi...


Lain-Lain Kajian
Syukur Alhamdulillah, Allah telah menghadiahkan ubat segala penyakit untuk kita semua kaum muslimin. Lalu mengapa kita tidak berpindah pada sunnah Rasulullah ini?


Kajian 1 (Hadis)
Di dalam hadis juga menguatkan hasil kesimpulan ini. Menurut Syifa, penyembuhan penyakit adalah berbeza, bergantung kepada sistem kekebalan tubuh manusia itu sendiri, jenis penyakit, sebab-sebab dan tempoh penyakitnya.


Berdasar keterangan di atas, Insya Allah penyakit seperti Systemic Lupus Erythematosus yang menurut doktor belum diketahui puncanya dapat disembuhkan dengan pemakanan habbatus sauda secara teratur.


Nabi Muhammad S.A.W. bersabda dalam Hadisnya yang dikutip dari kitab Ash Shahihain ”Gunakanlah Habbatus Sauda’ kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat dari segala jenis macam penyakit kecuali As Sam (maut)” (HR.Bukhari, Muslim)

Kajian 2 (Dr Ahmad Al Qadhy)
Pada tahun 1986, Dr. Ahmad Al Qadhy dan rakan-rakannya telah melakukan penelitian di Amerika tentang pengaruh habatussauda terhadap sistem kekebalan tubuh (imuniti) manusia. Penelitian yang dilakukan dalam dua tahap itu menghasilkan kesimpulan:
a) Kelebihan prosentase The Helper T-Cell atas suppresor cells ts mencapai 55% dan ada sedikit kelebihan atas killer cell orcytoxic sebanyak 30%.


b) Penelitian tahap kedua dengan melibatkan 18 sukarelawan yang ampak sihat dan segar. Mereka dibahagikan kepada dua kumpulan, satu kumpulan diberi satu gram habatussauda setiap harinya, dan kumpulan lain diberi karbon. Selama empat minggu mereka memakan habatus dan karbon yang sudah dikemas dalam butir-butir kapsul.

Kesannya:
--> habatus menguatkan tugas-tugas imuniti dengan tambahan prosentase The Helper T-lymphocytes cell atas supressor cell-ts. Jadi, sistem kerja habatatussauda dalam tubuh manusia adalah dengan memperbaiki, menjaga dan meningkatkan sistem kekebalan tubuh manusia terhadap berbagai penyakit.



Menurut Dr. Al Qadhy, habatusaudah juga mempunyai kemampuan lain, seperti untuk melawan bermacam-macam virus, kuman dan bakteri yang masuk ke dalam tubuh manusia.


Kajian 3 (Ibnu Sina) Ibnu Sina di dalam bukunya Canon of Medicine menyatakan Habbatus Sauda merangsang tenaga dan membantu pemulihan kepenatan dan semangat.

Kajian 4 (Ibnu Qayyim)
Ibnu Qayyim di dalam bukunya Medicine of the Prophet menyatakan Habbatus Sauda berupaya memulihkan penyakit-penyakit seperti batuk, bronchitits, masalah perut, kecacingan, masalah kulit seperti jerawat, sakit senggugut dan haid yang lain, menambah susu badan, menambah pengaliran air liur dan sebagainya.

Kajian 5 (Dr Ahmad Elkadi)
Dr Ahmad Elkadi pula membuat kajian dan mendapati Habbatus Sauda mempertingkatkan daya tahan sakit (immune system).

Kajian 6 (Dr Med Peter Schleicher)
Para ilmuwan Amerika telah memplubikasikan bukunya yang pertama mengenai temuan “Study Of Black Cumin Oil On Human”. Para ilmuwan di Jerman kini juga sibuk menemukan kesan-kesan minyak Mesir yang berkaitan dengan tubuh manusia.

Dr. Med. Peter Schleicher, ahli immunologi di Munich yang pada 1986 telah dinominasikan sebagai anggota termuda World Academy Scientists, menguji minyak habbatus Sauda di lembaganya untuk menemukan terapi baru bagi penyakit kronis dan kesan-kesannya.

Schleicher menyatakan bahwa dengan menggunakan minyak habbatus Sauda yang memiliki asam lemak tak jenuh, misalnya unoleat dan asam gammalinolen masuk ke organisme. Dengan demikian, kemungkinan mencapai sintesa kekebalan yang penting dan mengatur zat-zat yang diambil seperti dari prostaglandin E. Minyak linoleat menstabilkan membran-membran sel dan prostaglandin memiliki kesan mencegah radang. Dengan demikian, reaksi kekebalan berhenti yang menimbulkan penyakit dan bahkan merupakan awal dari penyakit kronis seperti jerawat dan demam hingga kanser.

Di samping fungsi sel yang berlebihan pada orang yang menderita alergi distabilkan, melalui zat minyak habbatus Sauda antibodi juga dinyatakan dalam kajian beliau. Sistem imunisasi yang berlebihan pada kajian (ilmuwan) Amerika juga menguji bahwa sistem imunisasi yang salah dapat diatur kembali dengan kesan yang kuat dari minyak ini. Sementara itu, Scheleicher telah menguji kesan minyak ini terhadap 600 pesakit. Sebagai hasilnya, dia meyakinkan pengubatan untuk alergi sekitar 70% dari pesakitnya. Di antara mereka adalah alergi terhadap serbuk dan debu serta jerawat dan penyakit neuro-dermatologis. Pesakit asma dan lainnya pada umumnya memiliki ketahanan yang lemah dan mudah terkena infeksi. Dari alasan itu Dr. Schleicher di Munich akan memasukkan minyak itu ke dalam pengubatan terhadap penyakit pelik dan influenza.

Di Timur Tengah, minyak ini telah digunakan selama ribuan tahun sebagai ubat untuk segala macam penyakit alergi, radang, gangguan menstruasi, tekanan moral, dan depresi, tetapi terutama terhadap bronkhitis, asma, dan neurodermatitis serta pencernaan yang buruk, bahkan impotensi.

Kajian 7 (Ibnu Qayyim Al Jauziyyah) Dalam kitab Al Tibb An-Nabawi (Pengubatan Cara Nabi) yang ditulis Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah, Habbatus Sauda’ dikenal juga sebagai Al Habbah Al Barokah. Dalam kitab tersebut disebutkan bahawa Habbatus Sauda’ dapat mengubati 50 macam penyakit tanpa efek. Suatu ulasan ilmu kedoktoran menampilkan bahawa kandungan Habbatus Sauda’ antara lain:

* Antiinflamasi, mengubati perih/radang tenggorokan.
* Antiarthritis, mengubati reumatik.
* Analgesik, mengubati sakit gigi dan sakit kepala (migrain).
* Aktivitas hormon, mengatur haid dan meningkatkan aliran susu.
* Antiseptik, mengubati bau mulut.
* Antivirus, mengubati demam dan flu.
* Dermatologi, mengubati jerawat dan eksim.
* Urinary tract, mengubati saluran kemih dan batu ginjal.
* Sistem kekebalan, meningkatkan daya tahan tubuh untuk menangkal penyakit.
* Gastrointestinal tract, mengubati mabuk, diare, kejang konstipasi, dan empedu.
* Sistem sirkulasi, meningkatkan kinerja jantung.
* Nematocidal, mengubati cacing pita.
* Respiratory tract, mengubati sesak nafas (asma).




Khasiat Bawang Putih
Bawang putih dapat digunakan untuk pengubatan alternatif sebagai berikut:

1. Selsema dan Batuk

Kandungan sulfur yang terdapat di dalam bawang putih mempunyai bau dan rasa yang khas dapat meningkatkan dan mempercepatkan kegiatan membran mucous di saluran pernafasan, yang membantu melegakan pemampatan dan mengeluarkan lendir. Bawang putih mentah mengandungi phytochemical yang dapat membantu membunuh bakteria dan virus penyebab penyakit.

2. Bawang Putih dan Kolesterol
Terdapat lebih daripada 12 kajian di seluruh dunia yang memastikan bahawa bawang putih dalam berbagai bentuk dapat menurunkan kolesterol. Oleh kerana itu, dapat disimpulkan bahawa bawang ini dapat menyembuhkan tekanan darah tinggi dan juga penyakit jantung.


3. Bawang Putih dan Kanser
Bawang juga mempunyai kandungan untuk melawan kanser, terutama kanser perut dan usus besar. Organosulfida yang terkandung dalam bawang putih membantu hati memproses senyawa kimia beracun, termasuk senyawa kimia yang menyebabkan kanser. Beberapa penelitian epidemiologi menunjukkan bahawa orang yang banyak menggunakan bawang putih lebih rendah risikonya terkena kanser perut dan usus besar.


d. Bawang Putih dan Kehamilan
Kajian terbaru menunjukkan bahwa penggunaan bawang putih semasa hamil mengurangkan risiko komplikasi pre-eclampsia (peningkatan tekanan darah kandungan protein dalam urine). Kajian juga menunjukkan bahawa penggunaan bawang putih dapat membantu menaikkan kelambatan berat badan bayi yang terlalu kecil.


e. Meningkatkan Stamina
Setelah dikaji secara mendalam, ternyata bawang putih dapat menjadi sumber stamina dan kekuatan fisik yang tinggi. Walaupun sebelumnya mereka jarang sekali sakit, tiba-tiba mereka mudah diserang selsema, orang – orang seperti inilah yang terutama memerlukan daya pembangunan stamina yang terdapat di bawang putih. Orang-orang yang mudah lelah seharusnya menambah stamina mereka dengan makan sedikit bawang putih setiap hari dalam jangka waktu yang lama.


g. Mengawal Gejala Diabetes
Diabetes adalah suatu penyakit yang tidak cukup di dalam badan sebagai akibat kelebihan gula di dalam darah dan urine, serta kelaparan yang hebat dan kehausan. Pesakit ini selalu teringin memakan makanan amanis, dan walaupun ia suka makanan yang manis dan makanan lainnya, berat badan cenderung berkurangan. Gejala utamanya, menurunnya daya tahan tubuh terhadap kuman dan bakteria gangguan kulit serta kurangnya ghairah seksual, penyakit usus dan pembuluh darah. Penggunaan bawang putih secara bijaksana dalam diet merupakan salah satu cara mendapatkan manfaat terbesar dari makanan yang dimakan dengan demikian menyumbang pada kondisi tubuh yang baik.

Selasa, 7 Disember 2010

Kedudukan Bayi Dalam Kandungan






Kedudukan Bayi Dalam Kandungan

Oleh :Fyrol Ikram Othman
Kedudukan bayi dalam kandungan biasanya mula diambil kira apabila kandungan mencapai usia 28 minggu. Ini kerana sebelum usia 28 minggu biasanya bayi masih bebas bergerak dan berpusing.




Pada usia 28 minggu, kedudukan bayi seharusnya pada kedudukan cephalic (kepala bawah), dan sebaik-baiknya kedudukan bayi ialah terlentang.
Ini boleh dikenal pasti melalui kaedah ultrabunyi ataupun melalui pemeriksaan vigina dengan merasa kepala bayi. Sama ada merasa belakang kepala bayi ( vault of skull) atau juga dikenali sebagai occipital atau merasa bahagian dahi iaitu frontal.
Jika kedudukan bayi tidak pada kedudukan cephalic, proses kelahiran adalah sukar dan kadang-kadang tidak boleh dilahirkan secara normal dan memerlukan pembedahan LSCS. Kedudukan yang dimaksudkan ialah songsang(breech), melintang(tranvers) dan oblique cephalic dan breech.



Terdapat beberapa kaedah untuk mengembalikan semula kedudukan bayi ke kedudukan asal. Kaedah paling lazim ialah dengan mengurut. Dalam dunia serba moden dengan kurangnya usaha mewarisi kaedah silam dalam seni urutan melayu khususnya dalam urutan perbidanan, amatlah sukar untuk menjumpai tukang urut yang benar-benar mahir dan berkebolehan.
Selain itu kaedah mengurut juga agak merbahaya kerana kita tidak nampak apa yang berlaku dalam kandungan, dikuatiri dengan mengurut bayi dalam kandungan akan menyebabakan leher terbelit tali pusat kerana urutan boleh ditafsirkan juga sebagai menggerakan bayi secara paksa.


Kaedah RTE

RTE menggunakan kaedah tenaga. Kaedah ini adalah selamat dan berkesan. Tenaga yang berlebihan tidak akan mengganggu bayi, sebaliknya dialirkan keluar. Tenaga ini dimasukan melalui kaedah gelombang kedalam sukros. Sukros adalah medium terbaik untuk membawa tenaga, tidak toksik dan tidak membahayakan.
RTE mengesyorkan formula V2 dan V16. V2 akan merangsang kelenjar pituitary iaitu kelenjar yang sangat berkait rapat dengan penghasilan hormone kewanitaan dan reproduktif. Manakala V16 membantu merangsang bagi membetulkan segala yang tidak normal berkaitan system reproduktif wanita(ovary&Uterus).




Oleh itu kedudukan bayi yang tidak betul(songsang dan sebagainya) akan diperbetulkan oleh dinding rahim melalui ransangan yang dihasilkan oleh kelenjar pitutari, ovary dan uterus itu sendiri kembali kepada system yang normal.

InsyaAllah semuga usaha saya dan rakan-rakan memperkenalkan kaedah rawatan ini serta usaha anda mencari penawar diberkati dan diredhoi oleh Allah s.w.t



Ini adalah testimoni pesakit saya.
Masalah : Kandungan songsang, doktor rancang untuk caesar, pesakit ni G2P1, kandungan dulu pun ceasar.
Rawatan : V16 dan MKD
Setelah mengambil 2 botol V16, kedudukan baby kembali normal dalam masa 3 hari, ini dibuktikan melalui ujian ultasound, tetapi kepala baby masih belum 'engage', pembedahan tidak jadi dilakukan, temu janji baru dibuat, doktor kemudian cadangkan untuk induce kerana pesakit ingin bersalin normal, doktor khuatir baby besar dan sukarkan bersalin, sekali lagi V16 diambil sebagai 'selusuh' untuk mudahkan bersalin disamping MKD.
Alhamdulillah, dengan izin Allah pesakit ini berjaya bersalin normal walaupun ada pengalaman dibedah pada kandungan pertama.



Ketumbuhan pada peranakan wanita

FIBROID

Apakah Ketumbuhan Fibroid?
Ketumbuhan fibroid ialah sejenis ketumbuhan yang berlaku pada dinding rahim, khususnya pada lapisan otot. Sebenarnya, rahim mempunyai tiga lapisan. Lapisan paling luar ialah lapisan yang nipis yang dinamakan serosa. Bahagian tengahnya ialah lapisan otot atau myometrium yang boleh mengembang dan membesar ketika seseorang wanita sedang hamil. Ketika kandungan dalam peringkat pelahiran sebelum bersalin, otot ini akan menguncup untuk mengeluarkan bayi dan setelah bersalin, otot ini akan kuncup dan pulih seperti sediakala. Walaubagaimanapun, ketumbuhan boleh berlaku pada lapisan otot ini, iaitu ketumbuhan yang mengandungi tisu-tisu otot bercampur dengan tisu berserat atau tisu penyambung.

Lapisan paling dalam ialah lapisan endometrium. Lapisan ini sering berubah-ubah mengikut pusingan haid. Apabila seseorang wanita tidak hamil, maka sebahagian daripada lapisan endometrium akan luruh dan ia akan keluar bersama-sama dengan darah haid. Darah haid adalah campuran antara darah dengan tisu-tisu dan sel-sel dari lapisan endometrium, lendir serta kuman-kuman bakteria dan lain-lain. Biasanya, campuran ini dinamakan “darah kotor”. Sebenarnya, darah tidak akan menjadi 'kotor' sebelum ia keluar dan bercampur dengan bahan-bahan yang saya nyatakan tadi.

Mengapa Tumbuh Fibroid?
Ramai orang tertanya-tanya mengapa seseorang wanita ditumbuhi fibroid pada lapisan dinding rahim. Sebenarnya, punca bagi penyakit ini tidaklah diketahui, dan mengapa ia tumbuh pada sesetengah orang sedangkan yang lainnya tidak. Ada satu kajian yang menunjukkan bahawa lebih kurang 25 peratus daripada wanita sebelum meninggal dunia akan menghidapi penyakit fibroid pada rahimnya tetapi tidak semua mengunjungi dan mendapat rawatan daripada doktor kerana kebanyakan fibroid ini tidak menimbulkan sebarang tanda atau menggangu kesihatan.

Ada yang mengatakan, bahawa ketumbuhan fibroid ini sering berlaku di kalangan wanita yang tidak berkahwin atau lambat berkahwin dan juga yang berkahwin tetapi sukar untuk mengandung dan beranak. Saya juga sering menjumpai fibroid di kalangan wanita yang mengalami masalah ketidaksuburan atau kemandulan. Di samping ketumbuhan fibroid, mereka juga menghidap penyakit endometriosis, iaitu sejenis penyakit di mana darah kotor melimpah ke belakang rahim menyebabkan berbagai-bagai masalah pada saluran peranakan, kilang telur dan persekitaran rahim.

Mana yang timbul dahulu, fibroid ataupun masalah ketidaksuburan tidaklah diketahui. Bagaimanapun, apa yang nyata masalah ketidaksuburan sering berkait rapat dengan ketumbuhan fibroid. Walaupun demikian, wanita yang pernah beranak juga tidak terlindung daripada penyakit fibroid. Seringkali kita lihat di kalangan wanita yang menjangkau ke umur tiga puluhan atau empat puluhan dan setelah anak mereka besar walaupun mereka telah melahirkan mungkin empat atau lima orang anak selepas itu, mereka mendapati sukar untuk beranak lagi dan beberapa tahun kemudian mereka mengalami berbagai-bagai masalah serta gangguan haid, dan apabila diperiksa didapati mereka mengalami ketumbuhan fibroid.

Fibroid Akibat Ketidakseimbangan Hormon
Ada orang mengatakan, bahawa ketumbuhan fibroid ini adalah akibat daripada ketidakseimbangan dalam hormon wanita. Perlu diberitahu di sini, bahawa wanita mempunyai dua jenis hormon, iaitu estrogen dan progesteron. Biasanya, estrogen meningkat naik sejurus selepas haid dan paras progesteron pula meningkat selepas telur dikeluarkan, iaitu dua minggu selepas keluar haid sehingga tempoh haid akan datang.



Apakah Gejala-gejala Fibroid?
1. Gangguan Haid Gangguan haid adalah seperti sakit semasa haid, darah yang berketul-ketul, darah banyak, dan tempoh pendarahan yang lama.

2. Masalah Ketidaksuburan Atau Kemandulan
Fibroid boleh juga menimbulkan masalah ketidaksuburan atau kemandulan di kalangan wanita. Walau bagaimanapun, tidak ada bukti bahawa wanita yang mempunyai fibroid tidak boleh mengandung sama sekali. Terdapat wanita yang mempunya fibroid, walaupun saiznya agak besar masih boleh mengandung dan mendapatkan zuriat. Sesungguhnya anak itu adalah rezeki dari Allah.


3.Fibroid Boleh Menekan Pundi-Pundi Air Kencing
Pundi air kencing terletak sebelah rahim, iaitu pundi air kencing terletak di hadapan rahim,oleh itu dengan fibroid yang tumbuh besar akan menekan pundi kencing seterusnya menyebakan pesakit mudah terkencing terutama semasa batuk dan mengakat barang berat seperti mendukung bayi.

4.Fibroid Dan Kekenduran Rahim (Prolaps)
Fibroid kadangkala menyebabkan prolaps atau kekenduran pada rahim. Bagi wanita yang telah putus haid dan mengalami kekenduran rahim selepas berulang-ulang melahirkan anak, khususnya mereka yang sukar untuk melahirkan anak, perlu dibantu dengan alat seperti forseps atau vakum. Keadaan ini akan menjadi lebih buruk jika ada ketumbuhan fibroid.

Apakah Fibroid Perlu Dirawat?
Fibroid tidak perlu dirawat jika ia tidak menimbulkan sebarang masalah atau gejala, dan jika ketumbuhan itu kecil sahaja.
Bagi wanita yang menghampiri umur putus haid (biasanya 50 tahun), fibroid itu akan mencerut dengan sendirinya akibat daripada kehabisan hormon estrogen. Bagi mereka ini, pembedahan (myomektomi) atau rawatan untuk fibroid tidak diperlukan.


Rawatan yang khusus di hospital bagi fibroid, khususnya yang besar serta menimbulkan masalah seperti gangguan haid, kekurangan darah (anemia), ketidaksuburan, menimbulkan gejala seperti gangguan perkencingan ataupun menyebabkan rahim turun ke bawah (prolaps) ialah pembedahan.
Beberapa perkara penting perlu diambi kira sebelum seseorang doktor memilih tentang jenis dan kaedah pembedahan. Perkara yang penting ialah sama ada wanita itu mahu melahirkan anak lagi atau tidak, dan kedua, sama ada dia juga mengalami kekenduran rahim (prolaps) atau tidak.



Bagi wanita yang masih muda dan masih mahu melahirkan anak dan mereka yang mengalami masalah kesuburan, pembedahan biasanya dilakukan melalui perut di mana ketumbuhan fibroid sahaja yang perlu dibuang.
Berdasarkan pengalaman saya, pembedahan tidak menjamin penyembuhan kepada masalah ini, sebaliknya timbul pula pelbagai masalah baru sehingga kadang perlu dibuat pembedahan kedua dan ketiga (buang rahim/semua organ pembiakan). Namun ini juga tidak member kesan baik sepenuhnya apabila rasa sakit berpanjangan, perlunya memakan hormon tiruan dan lain-lain.

Kaedah Rawatan RTE
Mengikut ilmu RTE yang mengamalkan konsep Ruang Masa Pertimbangan Sunnah, Apabila kita resah,gelisah, keliru, geram, marah dengan pelbagai keadaan dan tekanan, kecewa dengan kehidupan yang tidak menentu, akan menyebabkan gelombang otak menjadi tinggi dan menyebabkan pituitary terutamanya merangsang pengeluaran hormone yang tidak stabil. Urat darah menegang, suhu menjadi panas menyebabkan oksigen kurang dan seterusnya kita menjadi kurang pertimbangan. Jika kita dalam proses perawatan, ubat atau formula yang diberi sukar untuk berkesan

Tetapi apabila kita bersyukur dengan sakit dan dugaan,kerana pasti ada orang lain yang lebih dasyat ujiannya, bersyukur kerana kita masih diberi peluang dan ruang untuk bertaubat, bersyukur kerana kita masih lagi boleh bernafas dan beramal, bersabar atas setiap ujian kerana ujian itu tanda sayag Allah pada kita, redho dengan apa yang berlaku kerana pasti ada hikmahnya, pada ktika itu gelombang otak kita akan menjadi tenang dan seterusnya hening. Gelombang yang dihasilkan sangat halus, membolehkan tubuh badan kita berfungsi dengan baik, kelenjar bekerja dengan betul dan proses rawatan berkesan.
Oleh yang demikian pesakit terlebih dahulu diminta beristigfar kepada Allah atas setiap kesalah yang pernah dilakukan, sama ada tahu pernah melakukan kesalahan atau tidak tahu bahawa pernah melakukan kesalahan, sedar atau tidak sedar, dosa kecil atau dosa besar, dosa kepada Allah atau dosa kepada manusia. Kerana sesungguhnya kesembuhan itu adalah dari Allah s.w.t

Dari segi formula, RTE mencadangkan :

Formula

Fibroid yang telah lama,berulang, saiz besar dan pernah mendapatkan rawatan lain
i. V14 dan V19 (tujuan d’tox terlebih dahulu)
ii. V16 dan V17 (tiga kali sesi rawatan)
iii. Dignity Truewoman
iv. Garam Energy

Fibroid baru dikesan, kecil, tidak membawa kesan lain
i. V16 dan V17 (tiga kali sesi rawatan)
ii. Dignity Truewoman
iii. Garam Energy

Fibroid dan berlaku pendarahan
i. V16 dan V17 (tiga kali sesi rawatan)
ii. Dignity Truewoman
iii. Garam Energy

InsyaAllah semuga usaha saya dan rakan-rakan memperkenalkan kaedah rawatan ini serta usaha anda mencari penawar diberkati dan diredhoi oleh Allah s.w.t

TESTIMONI

Puan Hasimah, 45 tahun mengidap masalah fibroid dan cyst sejak beberapa tahun yang lalu, antara simptom yang dihadapinya ialah pendarahan dan sakit pada bahagian peranakan.

Masaalah beliau bertambah teruk dengan bacaan saiz cyst ialah 8x8cm

Beliau telah mencuba pelbagai kaedah termasuk tradisonal, namun tidak berjaya.

Doktor di hospital mencadangkan prosedur TAHBSO dijalankan iaitu satu prosedur membuang rahim dan ovari keseluruhannya, jika ini dilakukan pesakit perlu mengambil terapi hormon pula.

Puan Hasimah kemudian mendapatkan rawatan terapi Energy dari Pusat Terapi AMH.

Berdasarkan simptom-simptom yang dialami dan tahap kronik pesakit, Terapis Fyrol Ikram memberi beberapa formula iaitu
V16, v17, v14, Aroma Point Zero dan Habgarlic.

Setelah mengambil formula-formula tersebut pesakit tersebut mendapat kesan positif iaitu
1. pendarahan berhenti,
2. Badan bertenaga,
3. Tidak lagi kerap tidur
4. Mampu melakukan kerja-kerja rumah.

Isnin, 1 November 2010

Garam Energy

Oleh : Fyrol Ikram Othman







Za'faran seperti yang tercatat di dalam buku-buku perubatan Islam, adalah sejenis garam semula jadi yang terjadi di dalam takungan glacier (ais) yang hanya terdapat di pergunungan tinggi. Di dalam bahasa apa jua garam ini disebut za'faran. Selain itu ia juga dikenali dengan garam tawar.

Rujukan utama yang kita ambil pakai tentang perubatan menggunakan za'faran ini adalah berdasarkan beberapa riwayat hadith. Di dalam satu riwayat Rasulullah ada menyebut yang bermaksud "Jika kamu menjumpai garam tawar, maka itu adalah penawar."

Dalam satu riwayat dikatakan Rasulullah s.a.w, akan menggaulkan lauk dan nasi dengan tangan kanannya dan kemudian membiarkan sebentar, lalu Rasullah saw akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya(jari kelingking), lalu Rasullah saw akan menghisap garam itu. Rasulullah makan nasi dan lauknya. Mengapa?Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 macam enzim, tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yg kiri. Ini adalah kerana enzim yg ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan the first process of digestion.

Terdapat juga satu riwayat dari Ummu Salamah yang bermaksud: 'Rasulullah memerintahkan kami para wanita muslimat supaya meminum za’faran dan melumurkan pada badan ketika datang haid, nifas atau penyakit'
'
Ibnu Sina juga pernah berkata yang bermaksud: 'Sesiapa yang mengamalkan minuman za’faran, mereka tidak akan terkena penyakit angin ahmar ( stroke ).'
Diberitakan juga bahawa saidina Ali k.w. pernah berkata yang bermaksud: 'Lazimlah dengan minuman za’faran kerana ia mencegah penyakit.'


Mengikut hadis, Garam juga mengelakkan dari mati terkejut.


Kelebihan Garam Energy

*Kurang sodium (tidak membuatkan darah tinggi)

*Bertindak sebagai pemintas.

*Membantu membersihkan kolon, sekaligus membantu bagi yang kurang oksigen dalam darah dan secara tidak langsung membantu pesakit Talasemia.

*Membantu pesakit darah tinggi

*Membantu membuang uric asid (mengelakan penyakit gaout)

*Membantu melawaskan kencing dengan membersihkan buah pinggang. Juga bertindak sebagai diuretik bagi pesakit yang buah pinggannya lemah.

*Membantu membuang air besar.

*Membantu mengubati penyakit buasir (yang baru nak jadi)

*Membantu keseimbangan badan.

*Membantu mengurangkan 'morning sicknes' bagi ibu mengandung

*Sangat sesuai untuk dibuat kumuh-kumuh bagi pesakit ulser mulut.

*Sangat sesuai untuk dibuat rendaman kaki(digalakan dicampur dengan ais)

*Secubit Garam Energi bersamaan dengan khasiat 1 liter air mineral.

Cara Makan

* 1/4 sudu teh setiap pagi sebagai makanan kesihatan

atau

* 3 sudu kecil dibancuh dengan 500ml air kosong.


Cara Penyediaan air Garam Energy



Sediakan Garam Energy dan 500ml air mineral/air ditapis



Gunakan sudu mengacau kopi/teh yang paling kecil



Ambil 3 sudu Garam Energy



Campurkan 5 sudu Garam Energy dengan Air kosong dan goncangkan..Sedia untuk diminum

Anda pasti akan merasa kelainannya!

S&J
S- Seawal usia berapakah air garam boleh diminum?
J- Seawal usia 9 bulan.
S- Adakah pesakit darah tinggi boleh mengambil garam?
J- Yang meyebabkan darah tinggi ialah sodium, ini kerana sodium akan menyerap air dan berkumpul didalam badan. Garam Energy adalah garam rendah sodium.





InsyaAllah semuga usaha saya dan rakan-rakan memperkenalkan kaedah rawatan ini serta usaha anda mencari penawar diberkati dan diredhoi oleh Allah s.w.t



Nota Tambahan...


Garam Energy


Garam biasa yang ada di pasaran mengandungi bahan sodium yang tinggi dan tidak sesuai digunakan sebagai penawar dan pengimbang tenaga dalam tubuh. Garam Energy telah menjalani proses pembuangan bahan sodium dan menjadikannya lebih bersih dan sangat efektif untuk dijadikan sebagai penawar dan pengimbang tenaga.

Penggunaan Garam Energy akan menyeimbangkan keadaan berasid, menjadi ajen detoksifikasi dan menyingkirkan toksid dan asid daripada tubuh dalam masa yang singkat.

Sangat sesuai bagi mereka yang mengalami masalah keseimbangan asid, penghadaman, sakit tumit, gout dan angin. Garam Energy boleh digunakan dalam semua keadaan bertindak dengan membantu tubuh mencapai keseimbangan.

Kelebihan dan khasiat Garam Energy
o Fungsi detoksifikasi
o Penyingkiran toksik
o Mengimbangi keadaan tubuh
o Meneutralkan asid dalam tubuh
o Mengatasi masalah sendawa/angin


Garam rendah sodium dan tinggi potassium untuk kesihatan tubuh melalui kelancaran sistem darah. Membantu meringankan masaalah darah tinggi selain meningkatkan kandungan oksigen dalam darah. Menyeimbangkan keadaan berasid, selain menjadi agen detoksifikasi dan menyingkirkan toksid daripada tubuh dalam masa yang singkat.
Semua deria rasa yang membabitkan kerja-kerja enzim dan metabolisma akhirnya akan dikesani oleh rasa masin. Medan masin atau garam dalam pemakanan adalah langkah pertama menghantar isyarat ke otak agar enzim dapat dirembeskan pada sistem penghadaman.

Amalan Pengambilan Garam pada waktu Subuh


Pengambilan garam juga perlu dikaitkan dengan waktunya. Garam amat bergetar iaitu resonan pada waktu awal pagi (subuh) di atas sebab frekuensinya yang bersamaan dengan alam yang berwarna biru muda pada ketika itu. Justeru pengambilan sedikit garam dengan konsisten setiap awal pagi adalah sangat bermanfaat kepada tubuh. Ini juga adalah salah satu sunnah atau perjalanan Rasulullah SAW sebagai tatacara hidup yang sesuai sepanjang zaman. Rahsia biru muda (cyan) adalah sifat penapisan daripada segala bentuk keburukan dalam berbagai aspek yang kita akan hadapi pada waktu seterusnya.

Ahad, 31 Oktober 2010

Air Mineral

Air Mineral
Oleh : Fyrol Ikram Othman


" Dan kami jadikan padanya gunug-gunug yang tinggi, dan kami beri minum kamu dengan air yang tawar " surah al-mursalat:27


Air minuman yang terbaik dan semulajadi ialah air mineral. Air mineral yang terbaik ialah air zam-zam. Air zam-zam adalah air semulajadi yang tidak pernah dirawat. Namun kandungannya sangat hebat dan telah teruji dimakmal-makmal terkemuka dunia termasuk di eropah.


Molekul air zam-zam




Rasulullah s.a.w. bersabda : Ertinya: "Air Zamzam itu diminum mengikut apa yang diniatkan atau dikehendaki." (Diriwayatkan dari Jabir, lbnu Abbas, lbnu Umar dan Muawiyah)

*Air zamzam juga didapati mengandungi kadar fluorida yang tinggi berbanding sumber air yang lain.

*Air telaga zamzam mengandungi kadar kalsium dan magnesium yang tinggi.

*Pakar-pakar ini mendapati air zamzam wujud secara tabii dalam bentuk alkali justeru keadaan ini dapat mengawal kesan sampingan yang disebabkan oleh lebihan asid dalam perut sekali gus mampu mencegah penyakit gastrik.

*Kadar iodin, magnesium, natrium (sodium) dan kalium (potassium) didapati tinggi dalam air zamzam.


Jika tiada air zam-zam, maka kita minumlah air mineral. Namun sekiranya kita ingin meminum air kosong(air tawar) tetapi pilihan yang ada adalah air RO dan air paip yang ditapis, minumlah air air paip yang ditapis.


Meminum air RO akan membuatkan kulit menjadi gelap untuk jangka masa panjang dan sakit-sakit badan dan kerosakan tulang kerana kandungan asid yang tinggi. Selain itu air RO tidak mempunya sebarang khasiat seperti mana air suling.

Ramai diantara kita yang meminum air yang dimasak. Sarapan pagi dengan teh tarik, makan tengah hari dengan air teh o ais dan makan malam dengan milo ais. Sesekali minum air kosong dengan air suam yang dimasak.

Dalam jangka masa panjang, jika keadaan ini berterusan kulit kita akan menjadi pucat dan keberkesanan memakan ubat bersama air suam juga kurang kerana air yang dimasak telah bertukar dari elektromekanik kepada elektromegnatik. Ion-ion negatif yang musnah semasa proses pemanasan turut mengurangkan kandungan oksigen dalam darah.


Mengikut sunnah nabi s.a.w nabi meminum air sejuk dan bukannya air masak.

Nabi juga tidak pernah mengesyorkan agar kita meminum 8 gelas air sehari. Nabi hanya minum apabila dahaga dengan tiga teguk sahaja dan melarang dari kita bernafas didalam air. Apabila kita ingin bernafas, alihkan pernafasan kita dari air, ini kerana apabila kita hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon dioxide, yang apabila bercampur dengan air (H20), akan menjadi H2CO3, iaitu sama dengan cuka, menyebabkan minuman itu menjadi acidic. Jangan meniup air yg panas, sebabnya sama diatas.

Jika kia meminum air lebih dari keperluan, walaupun kita tidak dahaga dan tidak pula membuat aktiviti berat, ini akan menyebabkan beberapa komplikasi iaitu:

*Lambat membakar lemak sekaligus menyebabkan kegemukan. Ini kerana enzim amilase tidak dapat membakar kalori dengan sempurna. Air dan lemak tadi akan mula berkumpul di bahagian perut, punggung, peha dan lengan.

*Merumitkan metabolisma bekerja secara tepat

*Molekul oksigen kurang mampat sekaligus menyebabkan mengah apabila menaiki tangga, tekanan darah rendah, asid meningkat dan terlalu banyak tenaga digunakan dibahagian perut.

Kita hanya perlu minum bila dahaga, melakukan aktiviti berat, ibu yang menyusukan anak(itu pun tidak boleh terlalu lebih) dan apabila mengalami dehidrasi lebih-lebih lagi apabila cirit-birit.

Bersambung...











RTE mencadangkan agar setiap orang menjadikan amalan dengan meminum 500ml air biasa(air paip yang ditapis/air mineral) dengan dicampur Garam Energy yang telah ditenagakan. Selamat mencuba, anda pasti akan merasa kehebatannya.

InsyaAllah semuga usaha saya dan rakan-rakan memperkenalkan kaedah rawatan ini serta usaha anda mencari penawar diberkati dan diredhoi oleh Allah s.w.t

Jumaat, 29 Oktober 2010

Air dan Manusia - Air Mata



Air dan Manusia - Air Mata
Oleh : Fyrol Ikram Othman

"..dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis." (An Najm : 43)




Sebenarnya air mata sentiasa dihasilkan oleh kilang air mata atau kelenjar lakrimal (a) yang berguna sebagai pelembab mata. Dihospital, jika seseorang itu didapati air matanya terlalu kurang sehingga menyebabkan mata menjadi kering dan sakit bila berkelip, duktus akan disumbatkan supaya air mata tidak mengalir keluar dan diberi cecair pelembab mata, begitulah juga sekiranya air mata bertakung, kemungkinan duktus tersumbat maka duktus akan dibersihkan.

Sila lihat pada abjad f dan c. Air mata keluar melalui duktus tersebut. Sebab itu apabila kita menangis terasa cairan masin ditekak, dan sebab itu juga bila dititiskan ubat mata, terasa pahit ditekak. Ini kerana duktus tersebut masuk terus kebelakang hidung dan seterusnya ke tekak. Menangis sehingga mengalir air mata terjadi kerana air mata yang mengalir keluar dihasilkan dengan banyak dan tidak dapat melalui sepenuhnya melalui duktus

Menangis dapat meringankan kadar tekanan kejiwaan. Ini sangat berguna untuk kesihatan lebih-lebih lagi kita kerap mendengar pelbagai jenis penyakit yang disebut sebagai penyakit tekanan jiwa.

Para ilmuwan berpendapat “ Jenis air mata yang mengalir akibat tekanan perasaan (emosi) dari segi bentuk dan fungsinya adalah berbeza-beza. Air mata jenis ini merupakan reaksi kimia yang muncul sebagai tindak balas atas gejala-gejala emosi yang bercampur dengan perasaan”



Tangisan dapat memadamkan api Neraka

"Rasulullah saw bersabda : Tidaklah mata seseorang menitiskan airmata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan terkotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan di rahmati. Tidaklah ada sesuatupun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka."

Air mata juga dikatakan membawa kesan memori. Kadang-kadang kita terkesan dengan dosa dan keslahan silam. Hati yang terbeban boleh mendatangkan penyakit. Oleh itu bertaubatlah bersunguh-sungguh sehingga mengalir air mata. InsyaAllah, kita boleh melupakan perkara buruk yang menghantui diri kita.


Bersambung...




RTE ViTTO 7 & RTE ViTTO 9
Membantu masaalah rabun warna.
Membantu masaalah sakit mata.
Membantu masaalah air mata kering atau berlebihan

InsyaAllah semuga usaha saya dan rakan-rakan memperkenalkan kaedah rawatan ini serta usaha anda mencari penawar diberkati dan diredhoi oleh Allah s.w.t

Air dan Manusia - Air kencing

Air dan Manusia - Air kencing
Oleh : Fyrol Ikram Othman


Air kencing salah satu jenis najis mutawassitah, dan semua jenis najis ini dan yang berasal daripadanya adalah haram di makan, diminum atau di bawa sembahyang dan thawaf.

Tulisan ini bukan ingin membawa pembaca budiman sekalian kepada perubatan air kencing walaupun sejak akhir-akhir ini para saintis telah menemui penawar barah dalam air kencing.Ini kerana Islam melarang berubat dengan benda yang kotor.



نَهَى رَسُول اللهِ صلى الله عليهِ وَسَلّمَ عَنِ الدّوَاءِ الخَبِيثِ

(رواه أبو داود وأحمد)

Maksudnya: “Rasullullah Shallallahu alaihi wasallam melarang daripada ubat yang kotor.”

(Hadis riwayat Abu Daud dan Imam Ahmad)


Tetapi tulisan ini ingin menerangkan tentang kelebihan air kencing sebagai cara mendiagnosa pesakit. Melalui air kencing, kita boleh mengetahui tahap dehidrasi seseorang, mengetahui adakah seseoran itu mengadung atau tidak dan mencari simptom tertentu seperti kehadiran protin yang menandakan bermulanya masaalah pada buah pinggang. Kehadiran glukos dalam air kencing ialah petanda seseorang itu mengidap kencing manis(diabetis Mellitus)

Air kencing juga boleh dikaji warna dan baunya selain sering digunakan sebagai sumber rujukan utama untuk memeriksa kandungan dadah dalam badan.

Air kencing adalah bahan kumbahan cecair badan yang disingkir oleh buah pinggang melalui proses penapisan dari darah yang dikenali sebagai kencing dan dikeluarkan melalui urethra. Metabolit pada peringkat sel/selular menghasilkan banyak sebatian kumbahan, kebanyakannya kaya dengan nitrogen, yang perlu disingkirkan dari aliran darah. Kumbahan ini akhirnya disingkir dari badan melalui proses mikturition, kaedah utama menyingkirkan bahan kimia larut air dari badan. Bahan kimia ini boleh dikesan dan dianalisa oleh urinalysis. Bagi wanita hamil, cecair amniotik berkait rapat dengan air kencing, boleh dianalisa oleh amniosentesis.






Warna kuning terang air kencing disebabkan oleh pewarna urokrom dan juga keluaran penguraian bilirubin dan urobilin. Ia boleh berbentuk antara jernih ambar gelap, antara faktor lain bergantung kepada jumlah air dalam badan.

Analisa kimia



Warna luar biasa


* Jernih - menunjukkan terlebih air, yang biasanya dianggap lebih sihat berbanding kekurangan air dehidrat. Dari segi ujian dadah, ia boleh menunjukkan potensi cubaan bagi mengelak pengesanan dadah haram dalam aliran darah melalui lebih-hidrat.

* Kuning/Kuning bata cair mungkin menunjukkan penyingkiran lebihan vitamin B dari aliran darah.

* Sesetengah ubat seperti rifampin dan pyridium boleh menukar air kencing menjadi kuning bata.

* Kencing berdarah dinamakan hematuria, potensi tanda jangkitan pundi kencing.

* Memakan ubi bit (beets) mampu menyebabkan air kencing mempunyai kilauan merah jambu, kaedaan yang tidak merbahaya dan sementara.

* Air kencing gelap atau perang mungkin merupakan simptom demam kuning, rhabdomyolysis, atau sindrom Gilbert.

* Air kencing hitam atau bewarna gelap dirujuk sebagai melanuria dan mungkin disebabkan oleh melanoma.

* Air kencing kemerahan atau kelabu mungkin disebabkan oleh porphyria. Juga, pemakanan bit (beets) mampu menyebabkan air kencing mempunyai kilauan merah jambu, kaedaan yang tidak merbahaya dan sementara.

* Kuning flores/kehijauan Fluorescent Yellow / mungkin disebabkan oleh permakanan vitamin tambahan, terutama vitamin B.

* Warna kencing kuning gelap biasanya menunjukkan kekurang air dalam badan (dehidration).



Keruh

Air kencing keruh mungkin merupakan simptom jangkitan bakteria, tetapi juga diakibatkan oleh pembentukan kristal garam seperti kalsium fosfat.








Fakta - Pesakit buah pinggang kronik tidak mempunyai air kencing! Urea dan bahan kumuh lain dikeluarkan semasa dialisis. Hasil proses hemodialisis berbau hancing!



Bersambung...















RTE ViTTO 16 mampu mengatasi masaalah jangkitan pada saluran kencing.

Manakala RTE ViTTO 17 pula mampu mengatasi
i.membuang air kencing secara sedikit-sedikit tapi kerap(terutama waktu malam)

ii. Rasa tidak dapat menahan dan sabar untuk membuang air kencing

iii. Terpaksa meneran kuat untuk buang air kencing.

iv. Kencing malam bagi kanak-kanak dan orang tua.

InsyaAllah semuga usaha saya dan rakan-rakan memperkenalkan kaedah rawatan ini serta usaha anda mencari penawar diberkati dan diredhoi oleh Allah s.w.t

Air dan Manusia - Khasiat Air Liur Basi


Air dan Manusia - Khasiat Air Liur Basi

Oleh : Fyrol Ikram Othman


Air liur basi berkhasiat mencerna sistem tubuh manusia. Air liur basi yang diminum bersama air biasa ketika bangun awal pagi adalah penawar semula jadi paling mujarab dalam membentuk kesihatan seseorang insan.


Air liur basi yang dipandang jijik menyimpan khasiat khusus bagi mencerna sistem dalam tubuh manusia.. Keberkesanan air liur basi bagaimanapun hanya untuk keperluan tubuh badan individu itu sendiri dan bukan untuk dikongsi dengan orang lain. Cara amalannya pula hanya berkesan jika seseorang itu bangun dari tidur dengan terus meminum air putih biasa tanpa perlu mencuci muka, berkumur-kumur atau membersihkan badan.

Sistem rawatan tersebut telah menjadi amalan Rasulullah S.A..W dalam kehidupan harian baginda dan telah dikesan kemujarabannya oleh pakar sains perubatan moden. Nabi Muhammad semasa hayatnya akan meneguk air putih biasa terlebih dahulu sebelum baginda bersugi dan berwuduk menunaikan solat subuh setiap pagi.



Malah fungsi sumber semula jadi pada diri seseorang termasuk air liur basi turut disebut dalam al-Quran serta hadis-hadis Nabi.

Bersambung...




RTE ViTTO 9 - Kelenjar Tiroid

Formula khusus untuk mengawal metabolisma tubuh, suara serta mengawal keseimbangan berat dan kelangsingan badan.

Psikologi
Kecerdasan rohani, ilham, daya vital, kesucian rohani

RTE ViTTO 9
mampu membantu masaalah rembesan air liur yang terlampau sedikit atau banyak.

Meransang selera makan dan reseptor citarasa.

Baik untuk gusi berdarah.

Keadaan nafas berbau.

InsyaAllah semuga usaha saya dan rakan-rakan memperkenalkan kaedah rawatan ini serta usaha anda mencari penawar diberkati dan diredhoi oleh Allah s.w.t

Air dan Manusia - Susu Ibu

Air dan Manusia - Susu Ibu
Oleh : Fyrol Ikram Othman



Air susu ibu adalah suatu campuran ciptaan Allah yang luar biasa dan tak tertandingi sebagai sumber makanan terbaik bagi bayi yang baru lahir, dan sebagai zat yang meningkatkan kekebalan tubuhnya terhadap penyakit. Bahkan makanan bayi yang dibuat dengan teknologi masa kini tidak mampu menggantikan sumber makanan yang menakjubkan ini.

Setiap hari ditemukan satu manfaat baru air susu ibu bagi bayi. Salah satu fakta yang ditemukan ilmu pengetahuan tentang air susu ibu adalah bahawa menyusui bayi selama dua tahun setelah kelahiran sungguh amat bermanfaat. (Rex D. Russell, Design in Infant Nutrition, http:// www. icr.org/pubs/imp-259.htm)

Allah memberitahu kita maklumat penting ini sekitar 14 abad yang lalu, yang hanya diketahui melalui ilmu pengetahuan baru-baru ini, dalam ayat-Nya "…menyusuinya dalam dua tahun…".

"Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu-bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusuinya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepadaKu dan kepada dua orang ibu bapamu, hanya kepada-Kulah kembalimu." (Al Qur'an, 31:14)

Susu ibu menyelamatkan nyawa

Risiko kematian bayi dan kanak-kanak kecil di negara membangun meningkat 10 hingga 15 kali bagi mereka yang tidak menyusu badan pada usia tiga bulan pertama. Kebanyakan kematian berpunca penyakit cirit-birit yang serius.

Kajian pula menunjukkan 40,000 kanak-kanak meninggal dunia setiap hari (28 orang setiap satu minit) di negara-negara membangun. Mereka adalah mangsa kekurangan zat makanan.

Untuk itu United Nations International Childrens Fund (UNICEF) telah mengenal pasti tujuh cara berkesan menyelamatkan jutaan nyawa kanak-kanak. Salah satu caranya adalah meningkatkan kadar penyusuan susu ibu di kalangan ibu-ibu.

Meskipun angka kematian begitu tinggi di negara-negara membangun dan mundur ini tidak bererti negara maju terkecuali. Di Amerika dan barat Eropah banyak kes Sudden Death Of Unknown Cause (SIDS) atau Cot Death dilaporkan berlaku. Dan kajian menunjukkan kebanyakan mereka yang meninggal akibat ini terdiri daripada kanak-kanak menvusu botol.

Oleh demikian kempen penyusuan ibu amat digalakkan di negara mundur sebagai pilihan untuk tidak menyusu botol kerana sistem bekalan air di negara tersebut tidak bersih. Walaupun penyusuan botol di negara kita selamat dan terjamin, penyusuan ibu tetap yang terbaik.

Khasiat dan kebaikan susu ibu


Susu ibu merupakan makanan dan minuman terbaik untuk bayi terutamanya sejak lahir hingga bayi berusia enam bulan. Ia mengandungi semua khasiat dalam imbangan yang betul. Sebaik selepas melahirkan, susu pertama kental berwarna kekuningan. Susu ini dinamakan kolostrum. Khasiatnya amat tinggi. Kandungan proteinnya tiga kali ganda melebihi susu ibu biasa. Ia mengandungi antibodi yang tinggi serta lebih sel darah putih.

Kolostrum mampu melawan jangkitan pelbagai penyakit seperti cirit- birit, selesema dan radang paru-paru. Malah ia bertindak sebagai imunisasi pertama. Ibu-ibu digalakkan kerap menyusui ibu pada hari-hari pertama kelahiran bagi membekalkan kolostrum secukupnya pada bayi. Sesetengah ibu tidak mahu memberikan susu mereka pada bayi pada waktu ini kerana menurut mereka susu belum ada. Kekeliruan ini merugikan kerana bayi seharus mendapat kolostrum sebanvak mungkin.

Teknologi moden cuba meniru merumus susu formula agar menyamai susu ibu. Namun sehingga kini khasiat dan kebaikan yang terkandung di dalam susu ibu tidak dapat disamai apalagi untuk ditandingi. Antara kebaikan susu ibu adalah ia mengandungi zat makanan dalam nisbah yang betul dan isi kandungannya berubah mengikut keperluan bayi membesar. Komposisi zat dan vitaminnya sesuai dan mencukupi untuk bayi. Ia mengandungi enzim lipase yang menghadamkan lemak.

Susu ibu bersih dan bebas bakteria. Selain itu ia mengandungi anti jangkitan yang melawan pelbagai jangkitan penyakit. Antaranya sel darah putih hidup (leucocytes) yang membunuh bakteria. Antibodi (immunoglobulins) mampu menentang jangkitan penyakit biasa sehinggalah bayi berupaya membentuk antibodinya sendiri. Sekiranya si ibu mempunyai jangkitan, antibodi yang dapat melawan jangkitan tersebut akan hadir di dalam susu ibu.

Kita kerap melihat bayi kecil menangis tanpa henti berjam-jam lamanya. Besar kemungkinan perutnya kembung. Sekiranya bayi menyusui ibu sepenuhnya pada usia tiga bulan, masalah ini dapat diatasi. Ini kerana terdapat bahan dinamakan bifudus factor membantu bakteria istimewa Lactobasillus bifidus membiak dan menentang bakteria yang menyebabkan diare atau cirit-birit. Selain diare, susu ibu berjaya menentang jangkitan penyakit biasa seperti enzema, lelah dan sembelit.

Susu ibu tersedia bila-bila masa pada suhu badan dan sentiasa steril. Susu tepung akan masam selepas beberapa jam tetapi susu badan tidak pernah rosak walaupun bayi tidak menetek beberapa hari. Kebaikan susu ibu bukan sekadar menjadi penawar dan bertindak sebagai tembok menghalang penyakit malah ia mampu meningkatkan kecerdasan otak bayi. Dua kajian terbaru Cambridge di England dan Flinders Australia membuktikan bayi yang disusui badan, kecerdasan IQnya mampu mencecah tahap tujuh hingga 10 mata melebihi IQ biasa.

Dan kajian dari Holland menunjukkan susu ibu mengandungi Asid Docosahexanoic dan Asid Arachidonic yang tidak diperolehi dalam susu tiruan berguna untuk pertumbuhan sistem tumpuan nervous.

Susu ibu menguntungkan wanita


Perkara paling ditakuti wanita selepas bersalin adalah mengembalikan bentuk badan asal. Banyak mengeluh badan mereka susah turun terutama bahagian perut dan punggung. Ini berita baik. Dengan menyusu bayi dengan susu badan anda boleh melangsingkan badan dibantu dengan sedikit senaman.

Semua tahu, sewaktu mengandung rahim mengembang dan selepas melahirkan anak ia mengambil masa untuk kembali ke saiz asalnya. Dengan menyusui bayi, sejenis hormon dipanggil Oxytocin yang dirangsangkan melalui hisapan bayi membantu rahim mengecut lebih cepat. Ia juga mengurangkan risiko pendarahan berlebihan dan risiko mendapat kanser buah dada juga ovari.



Kebaikan lain susu ibu
*Hubungan erat ibu dan anak

*Perancang keluarga semulajadi

*Tersedia - tidak perlu membancuh

WANITA, MEI 1996, BIL:322,M/S 122-124

Bersambung...












RTE ViTTO V1 & RTE ViTTO 10
Membantu memperbanyakkan susu ibu dengan merangsang kelenjar pitutari dan thymus

InsyaAllah semuga usaha saya dan rakan-rakan memperkenalkan kaedah rawatan ini serta usaha anda mencari penawar diberkati dan diredhoi oleh Allah s.w.t

Air dan Manusia - Air Ketuban


Air dan Manusia - Air Ketuban

Oleh : Fyrol Ikram Othman



Air Ketuban berasal daripada cecair rembesan kulit bayi dan produk air kencing bayi dan ia mencerminkan sistem kumbahan dan fungsi buah pinggang dan gastrausus bayi sendiri. Cecair tersebut yang mengelilingi bayi dalam kandungan ibu.


Air kencing yang dihasilkan pleh bayi menunjukkan fungsi buah pinggang kerana bayi menelan semula air kencingnya, jadi ia bermakna fungsi buah pinggang dan gastrausu adalah normal.


Jika air ketuban kurang, ia menunjukkan bayi tidak menghasilkan air kencing yang cukup, bermakna fungsi buah pinggannya terjejas dan sekiranya tidak berfungsi dengan betul, ia membawa maksud berlaku congenital abnormalities.


Sekiranya air ketuban kurang, saiz perut ibu pun lebih kecil kerana ia kering. Perut ibu yang kecil juga disebabkan air ketuban pecah awal atau bersalin pra-matang walaupun saiz bayi adalah normal. Dalam kes ini, doktor akan menyuruh ibu melahirkan bayi sebab ia membawa risiko pada bayi sama ada kematian, kecacatan atau dijangkiti kuman.


Didalam perut ibu yang dilapisi air ketuban inilah manusia terjadi dan berkembang..
Air ketuban tidak boleh terlalu kurang, dan tidak boleh pula terlalu lebih. Kadar normal air ketuban ialah dari bacaan 0.5- 2.5 liter. Air ketuban kurang biasanya merujuk kepada masaalh buag pinggang bayi atau tekanan darah tinggi ibu, manakala air ketuban lebih pula biasanya disebabkan oleh masaalah diabetis ibu.

Tiga Tahap Bayi Dalam Rahim



Dalam ayat ke-6 surat Az Zumar, disebutkan bahwa manusia diciptakan dalam rahim ibu dalam tiga kegelapan. Embriologi moden telah mengungkap bahawa perkembangan ebriologi bayi terjadi pada tiga daerah yang berbeza dalam rahim ibu.

Dalam Al Qur'an dipaparkan bahwa manusia diciptakan melalui tiga tahap dalam rahim ibunya.

"... Dia menjadikan kamu dalam perut ibumu kejadian demi kejadian dalam tiga kegelapan. Yang (berbuat) demikian itu adalah Allah, Tuhan kamu, Tuhan yang mempunyai kerajaan. Tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia; maka bagaimana kamu dapat dipalingkan?" (Al Qur'an, 39:6)


Sebagaimana yang akan difahami, dalam ayat ini ditunjukkan bahawa seorang manusia diciptakan dalam tubuh ibunya dalam tiga tahap yang berbeza. Sungguh, biologi moden telah mengungkap bahawa pembentukan embrio pada bayi terjadi dalam tiga tempat yang berbeza dalam rahim ibu. Sekarang, di semua buku embriologi yang dipakai di pelbagai fakulti perubatan, hal ini dijadikan sebagai pengetahuan dasar. Misalnya, dalam buku Basic Human Embryology, sebuah buku rujukan utama dalam bidang embriologi, fakta ini diuraikan sebagai berikut:

"Kehidupan dalam rahim memiliki tiga tahap: pre-embrionik; dua setengah minggu pertama, embrionik; sampai akhir minggu ke lapan, dan janin; dari minggu ke lapan sampai kelahiran." (Williams P., Basic Human Embryology, 3. edition, 1984, s. 64.)

Trimester 1
*minggu 2 - zigot - bergerak keluar dari tiub falopio.

*minggu 4 - Embrio - membenamkan diri ke dinding rahim seterusnya membentuk plasenta(uri) dan bayi.

*minggu 6 - Tali pusat, degupan jantung,kepala,mata,usus dan hati mula terbentuk.

*minggu 10 - Menjadi fetus - organ mula berfungsi.

Trimester 2
*minggu 14 - Risiko keguguran menurun,organ reproduktif(alat kelamin) terbentuk, rambut dan kuku terbentuk. Saat ini si ibu mungkin boleh merasai kehadiran simanja.

*minggu 18 - Jari mula terbentuk, organ telinga terbentuk dan berfungsi.

Trimister 3
*minggu 26 - Retina mula terbentuk

*minggu 30 - Fetus boleh bernafas dengan paru-paru jika dilahirkan

*minggu 40 - Proses kelahiran boleh berlaku bila-bila masa.

bersambung...
















RTE ViTTO 16 & RTE ViTTO 17
Membantu mencegah bayi cacat
Membantu mendapatkan anak lelaki/perempuan(untuk ibu mengandung)
Bagi ibu-ibu yang mengandung kemudian disyaki bayi dalam kandungan menghadapi masaalah tetentu seperti sindrown down atau apa-apa abnormaliti seperti buah pinggang besar, hidrosephalus dan sebagainya, bolehlah mencuba formula ini. InsyaAllah membantu.

RTE ViTTO 2
Membantu membina perkembangan bayi yang sihat (dalam kandungan)
Sangat sesuai untuk ibu yang mengandung.
Mengelak keracunan kepada bayi dalam kandungan.

InsyaAllah semuga usaha saya dan rakan-rakan memperkenalkan kaedah rawatan ini serta usaha anda mencari penawar diberkati dan diredhoi oleh Allah s.w.t

Khamis, 28 Oktober 2010

Air dan Manusia -Air Mani

Air dan Manusia -Air Mani
Oleh : Fyrol Ikram Othman

Secara umumnya air dan manusia tidak dapat dipisahkan.
Kandungan air di dalam otak 74%, otot 75%, darah 82%, tulang 22%, gigi 5%, hati 69% dan buah pinggang 82%. Manusia boleh hidup berminggu-minggu tanpa makanan, tetapi tanpa air di dalam tempoh beberapa hari menyebabkan tubuh menghadapi masalah hidrasi dan akan mati di dalam beberapa hari sahaja.

Terdapat beberapa perkaitan rapat diantara air dan manusia iaitu:

1. Air Mani
Ketika persetubuhan seksual, 250 juta sperma terpancar dari lelaki pada satu waktu. Sperma-sperma melakukan perjalanan lebih kurang 5 minit yang sulit di tubuh si ibu sampai menuju sel telur. Hanya seribu dari 250 juta sperma yang berhasil mencapai sel telur. Sel telur, yang berukuran setengah dari sebutir garam, hanya akan membolehkan masuk satu sperma. Ertinya, bahan manusia bukan mani seluruhnya, melainkan hanya sebagian kecil darinya. Ini dijelaskan dalam Al-Qur'an :

"Apakah manusia mengira akan dibiarkan tak terurus? Bukankah ia hanya setitik mani yang dipancarkan?" (Al Qur'an, 75:36-37)



Seperti yang telah kita amati, Al-Qur'an memberi tahu kita bahwa manusia tidak terbuat dari mani selengkapnya, tetapi hanya sebahagian kecil darinya. Bahawa tekanan khusus dalam pernyataan ini mengumumkan suatu fakta yang baru ditemui oleh ilmu pengetahuan moden itu merupakan bukti bahawa kenyataan tersebut berasal dari Ilahi.

Cairan yang disebut mani tidak mengandung sperma saja. Cairan ini tersusun dari campuran berbagai cairan yang berlainan. Cairan-cairan ini mempunyai fungsi-fungsi semisal mengandung gula yang diperlukan untuk menyediakan tenaga bagi sperma, meneutralkan asid di pintu masuk rahim, dan melicinkan lingkungan agar memudahkan pergerakan sperma.

Apa yang menarik, ketika mani disebut di Al-Qur'an, fakta ini, yang ditemukan oleh ilmu pengetahuan moden, juga menunjukkan bahawa mani itu ditetapkan sebagai cairan campuran:

"Sungguh, Kami ciptakan manusia dari setitis mani yang bercampur, lalu Kami beri dia (anugerah) pendengaran dan penglihatan." (Al Qur'an, 76:2)

Di ayat lain, mani lagi-lagi disebut sebagai campuran dan ditekankan bahawa manusia diciptakan dari "bahan campuran" ini:

"Dialah Yang menciptakan segalanya dengan sebaik-baiknya, Dia mulai menciptakan manusia dari tanah liat. Kemudian Ia menjadikan keturunannya dari sari air yang hina." (Al Qur'an, 32:7-8)

Kata Arab "sulala", yang diterjemahkan sebagai "sari", bererti bahagian yang mendasar atau terbaik dari sesuatu. Dengan kata lain, ini bererti "bahagian dari suatu kesatuan".
Ini menunjukkan bahwa Al Qur'an merupakan firman dari Yang Berkehendak Yang mengetahui penciptaan manusia hingga serinci-rincinya. Yang Berkehendak ini ialah Pencipta manusia.

FAKTA MENARIK AIR MANI


* Air mani mengandungi hanya 10 peratus sperma selebihnya enzim, vitamin C, kalsium, protein, sodium,zink,asid sitrik dan gula fruktos.

* Rasa air mani boleh dipengaruhi oleh pemakanan lelaki. Diet yang mengandungi daging merah, produk tenusu, bawang, bawang putih dan kopi akan menyebabkan air mani terasa pahit dan berasid.

* Diet yang mengandungi gula semula jadi seperti buah-buahan boleh menjadikan air mani terasa manis.

* Kelajuan purata pancutan air mani adalah 31 bsj iaitu lebih laju dari seekor harimau kumbang.

* Lima hari ialah jangka masa sperma boleh hidup dalam badan wanita.

* Tiga jam adalah jumlah masa sperma boleh hidup di luar badan.

* Jumlah air mani setiap kali pancutan adalah bersamaan satu sudu dan satu sudu teh air mani boleh mengandungi 200 hingga 500 juta sperma.

bersambung...













RTE ViTTO 16 mampu mengatasi masaalah air mani yang kurang dan cair. Manakala RTE ViTTO 17 pula mampu meninggikan tahap kesuburan sperma lelaki. InsyaAllah semuga usaha saya dan rakan-rakan memperkenalkan kaedah rawatan ini serta usaha anda mencari penawar diberkati dan diredhoi oleh Allah s.w.t

Air ciptaan Allah yang amat hebat!

Air ciptaan Allah yang amat hebat!
oleh : Fyrol Ikram Othman

"Dan Kami ciptakan dari air segala sesuatu yang hidup."
(QS. Al Anbiya : 30)


Allah s.w.t telah menciptakan air. Dari air yang bersih,tanpa warna rasa dan bau, bermulanya perlbagai kehidupan, malah hidupan dimuka bumi ini bergantung kepada ciptaan Allah itu tadi.

Al-Quran telah menyebut beberapa kali tentang air dan tanah. Tanpa disedari jumlah sebutan tersebut membawa makna yang tersirat. Mari kita lihat tentang angka-angka menarik didalam al-Quran

LAUTAN – 32 kali
DARATAN – 13 kali
LAUT dan DARAT = 32 + 13 = 45

Justeru itu, peratusan laut = 32/45 x 100 = 71.11111111 peratus
Peratusan daratan = 13/45 x 100 = 28.88888889 peratus
JUMLAH = 100 peratus



Kajian sains oleh manusia telah membuktikan bahawa air meliputi 71.111 peratus daripada bumi dan tanah meliputi 28.889 peratus.Begitulah kebesaran dan keagungan ciptaan Allah SWT!!




Formula kimia bagi air adalah H2O, yang membawa maksud setiap molekul air mengandungi dua atom hidrogen dan satu atom oksigen. Hubungan terjadi antara elektron-elektron yang membentuk bagian luar atom dan merupakan mata rantai kuat yang dinamakan ikatan kovalen.

Molekul air boleh diuraikan kepada unsur asas dengan mengalirkan arus elektrik melaluinya. Proses ini yang dikenali sebagai elektrolisis menguraikan dua atom hidrogen menerima elektron dan membentuk gas H2 pada katod sementara empat ion OH- bergabung dan membentuk gas O2 (oksigen) pada anod. Gas-gas ini membentuk buih dan boleh dikumpulkan.

Air juga merupakan bahan pelarut semesta. Ini disebabkan molekul air terdiri daripada dua atom hidrogen bergabung dengan satu atom oksigen pada sudut 105 darjah antara keduanya. Struktur ini menjadikan molekul air mempunyai caj positif di sebelah atom hidrogen dan negatif di sebelah atom oksigen. Oleh yang demikian, molekul air adalah dwikutub.

Ciri suhu. ketumpatan yang unik membenarkan pembentukan persekitaran berstratum yang akhirnya mengawal ciri-ciri kimia dan biologi persekitaran akuatik. Lapisan yang terbentuk hasil daripada tegangan permukaan yang tinggi membolehkan sesetengah organisma menggunakannya sebagai permukaan untuk hidup.

Keupayaan air untuk melarut bahan-bahan lain membolehkan tumbuh-tumbuhan akuatik mendapat nutrien yang diperlukan untuk proses fisiologi daripada air di sekelilingnya. Tumbuh-tumbuhan akuatik seperti alga hijau tidak memerlukan struktur khusus untuk menyerap nutrien atau sistem pengangkutan yang kompleks seperti yang ditunjukkan oleh tumbuhan daratan untuk mengangkut bahan-bahan ini ke tisu yang memerlukannya.

Air dan mineral boleh memasukinya melalui sebarang bahagian jasad tumbuhan ini dengan cara resapan sahaja. Bahan-bahan ini akan meresap masuk melalui selaput sel yang terdedah kepada persekitaran luar. Bekalan oksigen yang diperlukan oleh haiwan dan organisma lain juga mampu dibekalkan disebabkan oleh keupayaan melarut ini.

Air juga boleh berada dalam tiga bentuk iaitu pepejal (ais), cecair (air) dan gas (wap). Pada dasarnya setiap orang memerlukan air untuk terus hidup.

Antara kepentingan air kepada tubuh badan kita ialah :

* Menambahkan kekuatan tenaga.
* Meningkatkan keupayaan mental dan fizikal.
* Membuang toksin dan bahan-bahan yang tidak diperlukan badan.
* Menyihatkan kulit dan membuatkannya berseri.
* Melegakan sakit kepala.
* Memperbaiki sistem pencernaan.
* Menyeimbangkan pH badan.


bersambung...
















RTE tidak mempunyai air khusus untuk rawatan, tetapi RTE mengesyorkan agar agar setiap orang mengamalkan meminum air mineral berakali. Air mineral yang terbaik ialah air zam-zam, namun kita masih boleh mengambil air mineral yang lain untuk dijadikan minuman.

Sekiranya tiada air mineral, RTE mencadangkan agar memilih air tapis. Jangan meminum air RO kerana ianya tiada khasiat dan tinggi kandungan asid. Kurangkan meminum air masak kerana tiadanya ketidakseimbangan ion-ion didalamnya.

RTE mencadangkan agar setiap orang menjadikan amalan dengan meminum 500ml air biasa(air paip yang ditapis/air mineral) dengan dicampur Garam Energy yang telah ditenagakan. Selamat mencuba, anda pasti akan merasa kehebatannya.

InsyaAllah semuga usaha saya dan rakan-rakan memperkenalkan kaedah rawatan ini serta usaha anda mencari penawar diberkati dan diredhoi oleh Allah s.w.t

Rabu, 27 Oktober 2010

Formula untuk anak ANDA

Saya selalu mendapat aduan dari ibu bapa tentang cabaran membesarkan si kecil, ada yang hiperaktif, ada yang tidak mahu makan, ada yang kerap demam, ada juga yang malas belajar dan sebagainya. Sebagai ibu bapa, tentulah kita mahukan yang terbaik untuk anak-anak kita. Sukacita saya mahu berkongsi dengan semua pembaca tentang formula ViTTO RTE yang membantu masaalah-masaalah diatas dengan kaedah gelombang misteri pertimbangan sunnah. Formula ViTTO 100% menggunakan sukros tebu yang telah ditenagakan dengan frekuensi-frekuensi tertentu. Pastinya anda tidak perlu meragui kebersihan dan kesucian produk RTE yang sememangnya bebas dari bahan kimia dan dadah.

Semoga usaha saya dan rakan-rakan memperkenalkan formula ViTTO ini dan kaedah rawatan RTE serta usaha anda mencari penawar mendapat perkenan dan redho dari Allah s.w.t



RTE ViTTO 1 (Kelenjar Pineal)
Formula khusus untuk pertolongan kecemasan disamping membantu meningkatkan tahap pengimunan secara semulajadi.

Psikologi

Kecerdasan rohani, ilham, daya vital, kesucian rohani


Kepada anak-anak kita formula ini membantu:

Membantu meningkatkan rasa keinginan, keceriaan, dan keyakinan kepada anak-anak kita.
Membantu pergerakan pantas
Membantu mengatasi keadaan mudah terperanjat.



RTE ViTTO 2 (Kelenjar Pituitari)
Formula khusus untuk mengawal pusat kawalan otak serta merangsang keseluruhan aktiviti kimia badan.

Psikologi

Daya intelek, kebolehan berbahasa, keremajaan, ingatan jangka pendek atau sebaliknya

Kepada anak-anak kita formula ini membantu:

Membina sel otak.
Merangsang tumbesaran yang sihat.
Membantu meningkatkan daya ingatan.
Membantu membina pemikiran yang bijak dan kepetahan berkata-kata.
Membantu membina perkembangan bayi yang sihat (dalam kandungan)
Membantu memulihkan pemikiran lembab kanak-kanak.
Sangat sesuai untuk bayi yang lahir pramatang.



RTE ViTTO 3 Thalamus)

Formula khusus untuk perawatan emosi diri ke arah ketenangan jiwa.

Psikologi

Kecintaan, moral, maruah diri, penghormatan

Kepada anak-anak kita formula ini membantu:

Anak-anak yang nakal dan lasak.
Membantu mengurangkan rasa marah, engkar dan lasak.
Membantu mengatasi anak-anak yang bercakap bohong.
Membantu meningkatkan tahap pemikiran yang tinggi dikalangan anak-anak



RTE ViTTO 4 (Sistem pusat gementar/Hipotalamus(pola Tidur)

Formula khusus untuk mengawal pusat kawalan nafsu.

Psikologi

Fokus, keimanan, kematangan, penerimaan

Kepada anak-anak kita formula ini membantu:
Membantu meningkatkan daya tumpuan dan belajar.
Membantu meningkatkan keyakinan anak-anak yang penakut dan malu.
Membantu melahirkan perasaan ingin tahu dikalangan anak-anak.
Membantu kehilangan langsung selera makan.
Membantu mengawal tingkah laku anak-anak.
Membantu anak-anak yang sering marah dan kerap menangis.




RTE ViTTO 5 (Kawalan biotik semulajadi, perasaan/tenteram)

Formula khusus untuk merangsang pembentukan antiodi secara semulajadi.

Psikologi

Keceriaan, kepekaan, kecenderungan, kegembiraan.

Kepada anak-anak kita formula ini membantu:
Meningkatkan antibodi badan secara semula jadi kepada anak-anak yang mudah demam dan sakit.




RTE ViTTO 7 - Kawalan suhu,reseptor deria pendengaran dan penglihatan

Formula khusus untuk mengawal suhu badan dan keseimbangan tubuh. Juga mengatasi masalah panas dalaman badan.

Psikologi

Keseimbangan, pergerakan terkawal kecerdasan, pengamatan, penghayatan.


Kepada anak-anak kita formula ini membantu:

Membantu kanak-kanak yang demam.
Membantu bayi semasa baru tumbuh gigi.



RTE ViTTO 17 - Alat kelamin - penyakit puan/tuan

Formula khusus untuk mengawal keseimbangan seksual dan kesuburan. Juga membantu dalam merangsang pengeluaran hormon lelaki dan wanita

Psikologi

Asmara, kemanjaan, kesabaran, keceriaan, kematangan

Kepada anak-anak kita formula ini membantu:
Kanak-kanak yang sering kencing malam.



RTE ViTTO 19 - Sistem usus besar

Formula khusus untuk kawalan pencernaan dan pembersihan usus. Membentuk kepada penyerapan cairan makanan yang seimbang. Khusus untuk kekurangan zat.

Psikologi

Kemurahan hati, tawakal, penyerahan, ketegasan, keberanian

Kepada anak-anak kita formula ini membantu:
Masaalah cacing.
Masaalah usus tersumbat.
Masaalah keracunan makanan.













V16 dan V17
Membantu mencegah bayi cacat
Membantu mendapatkan anak lelaki/perempuan(untuk ibu mengandung)
Bagi ibu-ibu yang mengandung kemudian disyaki bayi dalam kandungan menghadapi masaalah tetentu seperti sindrown down atau apa-apa abnormaliti seperti buah pinggang besar, hidrosephalus dan sebagainya, bolehlah mencuba formula ini. InsyaAllah membantu.