Rasulullah s.a.w. bersabda, "Setiap penyakit ada ubat penawarnya dan apabila suatu ubat itu sesuai dengan jenis penyakitnya, maka penyakit itu akan sembuh dengan izin Allah." - maksud hadis riwayat Muslim

Perkhidmatan disini ialah :

(Perubatan Homeopati, Energy, Aromatherapi, Hidrotherapi, Ais Therapi)
Satu kaedah Istimewa cara millennium. Untuk semua keadaan dan penyakit TANPA ada kesan sampingan, Suci dan Selamat.

Menggunakan kaedah teknik gelombang yang menyeimbangkan semua sistem kelenjar yang lemah dan terganggu kembali kepada keadaan Stabil dan Harmoni semula.
Hanya dengan kemam dilidah, ransangan hingga ke sasaran sel kepada tiap-tiap keperluan sitem badan tanpa ada sebarang kesan sampingan.

Dimanakah KELEMAHAN anda?
Dimanakah KEDUDUKAN PENYAKIT Anda?
Dimanakah tahap TEKANAN dan KESEDIHAN Anda?

Kenalilah dan Rawatlah Penyakit Anda Melalui Kaedah Gelombang Teori Ruang Masa Pertimbangan Sunnah…

Formula Perubatan Sunnah tidak bertindak sebagai ubat dan penawar, sebaliknya penggalak kepada semua sistem dalam badan, dan SISTEM badanlah yang MERAWAT tubuh badan anda sendiri.


Bebaskan diri Anda dari Perubatan berasakan DADAH dan KIMIA!

Hubungi : Fyrol Ikram Othman
MDMA (OIUCM COLOMBO)
DMA kpp.UK, Homeopati (IBAM)
Pengamal Perubatan Sunnah Bertauliah
013 – 388 2726

Jumaat, 1 Julai 2011

MINYAK KELAPA DARA

Minyak Kelapa Dara adalah minyak yang dihasilkan dari buah kelapa ‘organik’ yang segar, (bukan dari kopra) dengan kaedah yang tidak melibatkan penggunaan sebarang bahan kimia, suhu yang tinggi, tidak terhidrogen walaupun sebahagian, tidak juga menggunakan sebarang bahan pencair (‘solvent’) untuk mendapatkan hasil yang tinggi. Diantara ciri-ciri lain Minyak Kelapa Dara ialah, ia mengandungi lauric acid yang tinggi, sekitar 50-57 % , dan capric acid sekitar 6-7 %. Tidak mengandungi trans fatty acid kerana ia tidak melalui proses penghidrogenan walaupun sebahagian, dan masih mengekalkan kandungan anti oksida asli. Tidak melalui proses nyah bau dan nyah warna, dan masih mengekalkan bau aroma dan warna yang asli.



Struktur bonding lauric asid dan capric asid


Secara saintifiknya Minyak Kelapa Dara terdiri dari sekitar 50 % lauric acid dan 6-7 % capric acid. Kedua-duanya adalah tergolong dalam kategori ‘medium chain fatty acid’ yang mempunyai fungsi kebaikan tambahan untuk membentuk monolaurin dan monocaprin di dalam tubuh manusia atau haiwan. Monolaurin dan monocaprin adalah monoglycerides yang bersifat antiviral, antibakterial
dan antiprotozoal yang digunakan oleh tubuh badan manusia atau haiwan untuk memusnahkan ‘lipid coated’ virus seperti HIV, Herpes, cytomegalovirus, influenza,

Beberapa bakteria pathogen termasuk listeria monocytogenes dan heliobacter pylori, serta protozoa seperti giardia lamblia. Hasil beberapa kajian juga menunjukkan bahawa bahawa kedua-duanya juga menunjukkan kesan antimikrobial yang baik. Terbaru telah ditemui akan keupayaan monolaurin membunuh ‘lipid coated DNA dan RNA viruses’ termasuk HIV dan herpes, juga lain-lain mikroorganisma termasuk gram positif bacteria.

Di dalam ‘An Ilsi North America Special Conference’ telah di takrifkan bahawa fatty acid yang terdapat di dalam Minyak Kelapa Dara sebagai ‘Functional Food’ yang membawa maksud bahawa ia adalah makanan yang membekalkan komponen untuk kesihatan mengatasi komponen untuk tenaga. Secara mudah dalam makanan terdapat beberapa komponen yang bila diambil (dimakan/diminum) oleh manusia ia boleh digunakan oleh tubuh samada untuk membina tenaga, membina sistem daya tahan tubuh atau untuk kesihatan, membina sel-sel tubuh, serta beberapa fungsi minor yang lain. Bagi makanan yang dikelaskan sebagai ‘functional food’, jumlah bahagian atau jumlah komponennya yang boleh digunakan oleh tubuh untuk kesihatan mengatasi atau lebih banyak daripada jumlah komponen untuk tenaga dan lainnya.


KEHEBATAN MINYAK KELAPA DARA

Minyak kelapa dara adalah terdiri dari sekitar 60 % fatty acids. 50 % dari kandungan fatty acids tersebut adalah merupakan lauric acid dan sekitar 6-7 % adalah merupakan capric acid.

Lauric acid dan Capric acid, kedua-duanya adalah merupakan ‘medium chain fatty acid ’ yang mempunyai tambahan fungsi yang amat berguna dalam tubuh samada manusia atau pun haiwan. Kedua-duanya digunakan oleh tubuh badan untuk membuat ‘fatty acid derivative’ yang dipanggil monolaurin dan monocaprin. Terlalu banyak hasil kajian dan penemuan yang telah membuktikan akan fungsi kedua-duanya.

Rangkaian Minyak Kelapa

Monolaurin dan monocaprin adalah bersifat antiviral, antibakterial, dan antiprotozoal, yang digunakan oleh
tubuh samada manusia atau pun haiwan untuk memusnahkan lapisan lipid dan phospholipids pada ‘envelope’ virus yang menyebabkan disintegrasi ‘envelope’ berkenaan. Hal ini meliputi virus seperti HIV
herpes, cytomegalovirus, influenza , beberapa bacteria
pathogen termasuk listeria monocytogenes dan heliobacter pylori serta protozoa seperti giardia lamblia

Saperkara yang tidak kurang pentingnya, minyak kelapa dara mampu mengaktifkan atau melancarkan sistem metabolisma, mampu menyokong sistem imunasi tubuh dan teruji dalam mengatasi masalah thyroid.
Yang menggembirakan, minyak kelapa dara tidak mengandungi ‘trans fatty acids’ yang didapati merbahaya pada tubuh yang selalu terdapat pada minyak tumbuhan termasuk minyak zaitun, margerin, shortening dan lain-lain. (‘Trans fatty acids’ boleh meningkatkan paras bahaya kolesterol yang menyebabkan arteries tersumbat, sakit jantung dan type II diabetes).

Sehingga kini, melalui penyelidikan telah dibuktikan bahawa Minyak Kelapa Dara terbukti mampu mengurangkan risiko sakit jantung, memperbaiki sistem penghadaman, mempertingkatkan tenaga harian, membantu mereka yang mengidap diabetes dan kelesuan yang teruk, berkesan dengan baik sebagai pra cuci kondisioner rambut (pre wash hair condisioner) menurunkan berat badan dan mengembalikan keremajaan kulit , mengatasi psoriasis, ruam, eczema serta menghalang kulit berkedut.



KENYATAAN PAKAR berhubung MINYAK KELAPA DARA.

“ Minyak kelapa dara adalah minyak paling menyihatkan di dunia.”
Dr. Bruce Fife :
Director of the Southern Colorado Chapter of the Weston A. Price Foundation.


“Minyak kelapa dara mempunyai sifat-sifat anti virus, anti bacteria, anti kulat dan anti parasit semulajadi yang membantu mengawal berbagai penyakit”.

Dr. John J. Kabara, Ph.D
Professor Emeritus, Department of Chemistry and Pharmacology(Universiti Michigan –USA)

“Minyak kelapa dara berdiri gagah sebagai minyak yang paling menyihatkan yang boleh anda gunakan. Ia mengandungi selautan khasiat kesihatan serta khazanah penyelidakan yang
amat berharga. Saya sesungguhnya sangat inginkan agar anda menjadikan minyak kelapa dara sebagai sebahagian daripada pelan harian pemakanan anda”.

Dr. Mark Atkinson
Holistic Medical Pyysician MBBS Bsc (Hons)FRIPHH FCMA BETD SAC DIP (Clinical Nutrition)

“ Minyak Kelapa Dara adalah salah satu ‘functional food’ yang sangat penting untuk abad ke 21. Dengan terdapatnya data serta maklumat klinikal dan saintifik berhubung dengan khasiat kesihatan dan sifat-sifat antimicrobial yang ada pada lauric oil secara amnya dan minyak kelapa secara khususnya, menjadikannya sangat menarik.”

Prof. Mary G. Enig: Director,Nutritional Science Division, Enig Associates, Inc. 11120 New Hampshire Avenue 500 Silver Spring, MD 20904-263USA





Minyak Kelapa Dara – Pemusnah Virus, Bakteria dan Protozoa


Kandungan Lauric asid dalam minyak kelapa dara adalah 'medium chain fatty asid' yang mempunyai tambahan fungsi yang amat berguna untuk membentuk monolaurin didalam tubuh manusia atau haiwan. Monolaurin adalah bersifat antiviral, antibakteria dan antiprotozoal. Monoglyceride yang digunakan oleh tubuh manusia atau haiwan berperanan memusnahkan lapisan atau kelongsong lipid pada virus, seperti HIV, herpes, cytomegalovirus, influenza, berbagai bakteria pathogen termasuk listeria monocytogenes dan heliobacter pylori, serta protozoa seperti giardia lamblia. Setengah kajian juga menunjukkan bahawa ia berfungsi sebagai antimikrobial.
Tindakan antiviral yang dikaitkan dengan monolaurin ialah ia mampu mencairkan lapisan lipid dan phospholipid pada kelongsong atau envelope virus yang menyebabkan kerosakan pada envelope virus berkenaan. Secara mudah, fatty asid dan monoglycerides menghasilkan kesan pemusnahan ialah dengan menghancurkan dua lapisan plasma membrane pada organism berkenaan. Kebanyakan daripada organisma pathogen yang dilapurkan tidak aktif dan musnah dengan tindakan antimicrobial lipids adalah di ketahui
Organisma yang
bertanggung jawab sebagai ‘opportunustic infections’ bagi individu yang HIV positif

Dari beberapa kajian dan penyelidikan mutakhir ini, telah membuktikan bahawa kesan antimikrobial monolaurin adalah berhubung kait dengan gangguan terhadap sebarang isyarat ke atas mekanisma cell organisma berkenaan untuk replikasi (replication)





Jenis-jenis Lipid Coated Virus

Jenis Deskripsi
Virus Human immunodeficiency virus HIV-1 or HIV+
Virus Herpes simplex virus-1 (HSV-1)
Virus Herpes simplex virus-2 (HSV-2)
Virus Herpes viridae (all)
Virus Human lymphotropic viruses (type 1)
Virus Vesicular stomatitis virus (VSV)
Virus Visna virus
Virus Cytomegaloviru
Virus Epstein-Barr virus
Virus Influenza virus
Virus Leukemia virus
Virus Pneumonovirus
Virus Sarcoma virus
Virus Syncytial virus
Virus Rubeola virus


Jenis-jenis Lipid Coated Bacteria

Jenis Dekripsi
Bacterium Listeria monocytogenes
Bacterium Helicobacter pylori (gram negative)
Bacterium Hemophilus influenzae (gram


KEUPAYAAN PENYEMBUHAN MINYAK KELAPA DARA
Penyakit yang berjaya diubati


1. Diabetes
2. Thyroid
3. Kelesuan kronik (chronic fatigue)
4. Kedutan pada kulit
5. Kulit kering dan kasar
6. Kulit gatal
7. Kulit mengelupas
8. Kurap dan panau
9. Jerawat
10. Eczema
11. Psoriasis
12. Arteries tersumbat
13. Sakit jantung
14. Jangkitan kulat pada kuku
15. Kuku lembut dan mudah patah
16. Arthritis
17. Resdung
18. Rambut terbelah
19. Rambut gugur
20. Kelemumur
21. Sukar tidur
22. Hormon tak seimbang
23. Demam dan selsema
24. Kanser kulit
25. Tekanan darah tinggi
26. Kabur penglihatan
27. Masalah prostate
28. ‘Under weight’ – kekurangan berat badan
29. ‘Over weight’ – lebih berat badan
30. Penghadaman tidak lancar (digestive disorders)
31. Sembelit
32. Ruam kulit
33. Migrain




Tips penggunaan Minyak Kelapa Dara

1. Boleh menggantikan sebarang penggunaan minyak dalam makanan.
2. Jika disimpan dalam peti sejuk , boleh digunakan sebagai ganti butter, magerine untuk lepa dan adunan kek atau biskut.
3. Boleh diambil/diminum begitu sahaja.
4. Boleh dicampurkan dengan sebarang jenis minuman (panas atau sejuk) seperti minuman teh herba, madu, lemon, atau lain-lain.
5. Boleh dicampurkan dalam makanan seperti bubur, bahan untuk panggang, disapu pada roti atau biskut ‘crackers’.
6. Sesuai digunakan untuk rambut dan losyen badan.
7. Selalu digunakan sebagai kondisioner rambut dan kulit (scalp) kepala.
8. Boleh dianggap sebagai ‘makanan kulit’ (‘skin food’).
9. Digunakan dalam merawat penyakit gatal-gatal kulit, ruam, ruam lampin, menghilangkan kesan gigitan nyamuk, kulit retak, kulit kasar dan keras dan sebarang masalah kulit yang tidak terlalu parah.
10. Boleh diberikan /dicampurkan dalam makanan haiwan peliharaan bagi menghasilkan bulu yang gebu berkilat.

Minyak kelapa dara..

Minyak Kelapa Dara atau Virgin Coconut Oil (VCO) boleh diguna untuk mendapatkan tubuh yang langsing dan kulit menawan. Ini kerana kandungannya tinggi nurisi dan dihasilkan daripada pati kelapa dara organik yang bebas kolesterol. Penggunaan yang berterusan akan mengurangkan kadar kolesterol tidak baik, low-density lipoproteins (LDL) dan meningkatkan kolesterol baik, high-density lipoproteins (HDL).

Antara khasiat lain Minyak Kelapa Dara (VCO) :

membantu mengurangkan risiko penyakit kronik masakini
membantu menyingkirkan batu karang dan batu hempedu
meningkatkan sistem imunisasi badan
meningkatkan sistem penghadaman, penyerapan nutrien, kadar metabolisme dan pembakaran lemak
memudahkan proses bersalin
memperbaiki dan memulihkan struktur kulit yang rosak
menolong meningkatkan pertumbuhan rambut dan mengurangkan kelemumu