Rasulullah s.a.w. bersabda, "Setiap penyakit ada ubat penawarnya dan apabila suatu ubat itu sesuai dengan jenis penyakitnya, maka penyakit itu akan sembuh dengan izin Allah." - maksud hadis riwayat Muslim

Perkhidmatan disini ialah :

(Perubatan Homeopati, Energy, Aromatherapi, Hidrotherapi, Ais Therapi)
Satu kaedah Istimewa cara millennium. Untuk semua keadaan dan penyakit TANPA ada kesan sampingan, Suci dan Selamat.

Menggunakan kaedah teknik gelombang yang menyeimbangkan semua sistem kelenjar yang lemah dan terganggu kembali kepada keadaan Stabil dan Harmoni semula.
Hanya dengan kemam dilidah, ransangan hingga ke sasaran sel kepada tiap-tiap keperluan sitem badan tanpa ada sebarang kesan sampingan.

Dimanakah KELEMAHAN anda?
Dimanakah KEDUDUKAN PENYAKIT Anda?
Dimanakah tahap TEKANAN dan KESEDIHAN Anda?

Kenalilah dan Rawatlah Penyakit Anda Melalui Kaedah Gelombang Teori Ruang Masa Pertimbangan Sunnah…

Formula Perubatan Sunnah tidak bertindak sebagai ubat dan penawar, sebaliknya penggalak kepada semua sistem dalam badan, dan SISTEM badanlah yang MERAWAT tubuh badan anda sendiri.


Bebaskan diri Anda dari Perubatan berasakan DADAH dan KIMIA!

Hubungi : Fyrol Ikram Othman
MDMA (OIUCM COLOMBO)
DMA kpp.UK, Homeopati (IBAM)
Pengamal Perubatan Sunnah Bertauliah
013 – 388 2726

Selasa, 29 Januari 2013

MKD - Satu Keperluan




MKD telah digunakan secara tradisi oleh masyarakat Melayu
untuk tujuan kesihatan dan perubatan. Ianya dipercayai mampu
memberikan kebaikan kepada pengguna dan digunakan secara
dalaman dan luaran selain boleh dibuat sebgai minyak masak.
bagi mendapatkan kesihatan yang optimum.

Kajian menunjukan MKD mengandungi 50-57% lauric acid
(biasanya terdapat dalam susu ibu) dan 6-7% capric acid
(biasa terdapat dalam susu kambing) yang mana ianya sangat
baik dan bertindak memusnahkan mikrob seperti virus, bacteria
dan kulat, ini menjadikan MKD sebagai antibiotic semulajadi.

Kebaikan MKD

Kegunaan Dalaman

1. Baik untuk meningkatkan antibody
2. Membantu mengatasi masalah jangkitan virus, bacteria dan jangkitan kulat.
3. Membantu merawat penyakit thyroid.
4. Mengurangkan risiko penyakit jantung, darah tinggi dan diabetis
5. Masalah kulit.
6. Membantu mengatasi masalah kolesterol dan lemak berlebihan.
7. Membantu merawat demam terutamanya akibat jangkitan.
8. Membantu merawat resdung.
9. Membantu mengatasi kekurangan berat badan lebihan berat badan.
10. Baik untuk mengatasi masalah migrain.
11. Membantu mengatasi masalah sembelit.

Kegunaan Luaran

1. Mengatasi masalah pada kulit seperti kedutan, kegatalan, kemerahan, mengelupas, kurap dan panau.
2. Membantu merawat Ekzema dan Psoriasis.
3. Membantu merawat jerawat.
4. Menegangkan kulit muka.
5. Membantu merawat Kanser Kulit
6. Membantu mengatasi masalah rambut seperti rambut terbelah, rambut gugur dan kelemumur.
7. Membantu masalah senak peruk dan cirit-birit

Kegunaan dalam Makanan

1. Boleh menggantikan sebarang penggunaan minyak dalam makanan.

2. Jika disimpan dalam peti sejuk , boleh digunakan sebagai ganti butter, magerine adunan kek atau biskut.

3. Boleh dicampurkan dengan sebarang jenis minuman (panas atau sejuk) seperti minuman teh herba, madu, lemon, atau lain-lain.

4. Boleh dicampurkan dalam makanan seperti bubur, bahan untuk panggang, disapu pada roti atau biskut ‘crackers’.





KENYATAAN PAKAR berhubung MINYAK KELAPA DARA
.


90% Makanan dan kueh tradisional Melayu menggunakan kelapa, samaada santan atau isi parut. Ini menjadikannya sangat sedap, tetapi pengambilan berterusan menjejaskan kesihatan akibat dari kolesterol dan lemak, oleh yang demikian cara paling baik untuk mengatasinya ialah dengan 'memotong' kolesterol dan lemak tersebut dengan pengambilan MKD, ini kerana MKD secara saintifiknya terdiri dari sekitar 50 % lauric acid dan 6-7 % capric acid serta tidak mempunyai 'trans fatty acid' yang diketahui tidak baik untuk kesihatan.

Menurut Kitab Al-Tibb Al-Rauhi As-Sufi karangan Shaykh M Chishti,makanan tempatan adalah yang terbaik dan SUNNAH bagi mengatasi penyakit tempatan. Oleh yang demikian pengambilan MKD untuk mengatasi masalah penyakit berkaitan kolesterol dan lemak akibat makanan tempatan bolehlah dianggap sebagai SUNNAH.

Fyrol Ikram Othman
Bsc.Natural Medicines (Energy )
DMA KPP.UK, Infection Control KSKB SgB
Natural Medical Pyysician - Pengamal dan Pengkaji Perubatan Sunnah.

Isnin, 28 Januari 2013

Kelenjar Pineal




Kelenjar Pineal




Kelenjar Pineal
Atau dikenal juga dengan nama epiphysis
cerebri. Merupakan salah satu dari sistem endokrin.

Kelenjar endokrin adalah kelenjar yang tidak
mempunyai saluran keluar (ductus
excretorius).

Kelenjar Endokrin menghasilkan sesuatu yang disebut hormon, langsung masuk
ke dalam aliran darah, dan akan mempengaruhi pertumbuhan, metabolisme,
reproduksi, dll.

Anatomi: kelenjar yang kecil sekali dan
terletak pada bagian belakang ventrikel ke
3.

Kelenjar ini menghasilkan hormon-hormon

yang penting, salah satunya adalah
Melatonin, yang bersifat antagonistik
terhadap MSH (melanocyte stimulating
hormone).

Patologi:
Pinealoma
Tumor-tumor neuroglia
mirip glioma pd SSP


Teratoma (ada sel totipotensial, yang analogi
dng teratoma pada tempat lain

Kelenjar Pineal hanya boleh merembeskan melatonin yang seimbang mengikut keperluan tubuh sekiranya Pineal berada dalam keadaan yang sihat dan bertenaga. Keadaan yang sihat akan menjadikan Pineal cekap menerima darah yang membawa cukup bekalan oksigen dan nutrien yang halus.

Kita boleh mengesan kelemahan atau tanda sekiranya Kelenjar Pineal kita lemah dengan cara menekan bahagian ubun-ubun. Jika terasa sakit, maka Kelenjar Pineal anda lemah. Tanda lain ialah seseorang akan merasa kerap berdiri bulu roma, atau bulu roma mudah meremang secara tiba-tiba tanpa sebab atau pada waktu bangun subuh atau dengan sebab seperti terasa seram atau mendengar orang berkata sesuatu yang sensasi sedangkan kata-katanya itu tidak benar.

Tenaga pineal adalah amat halus dan gelombangnya dianggarkan dibawah 100 nanometer iaitu menyamai gelombang spektrum warna putih.

ViTTO 1

RTE ViTTO 1 (Kelenjar Pineal)

FREQUENCY
Bawah1 nanometer mengampiri 0 nanometer


Formula khusus untuk pertolongan kecemasan disamping membantu meningkatkan tahap pengimunan secara semulajadi.

1. Pemangkin kepada semangat
2.Pencetus kepada sistem tenaga
3.Gangguan semangat
4.Meningkatkan semua sistem imun
5.Isyarat implus kepada sistem imun lain
6.Meningkatkan keinginan,keyakinan dan keceriaan
7.Merangsang pergerakan pantas
8.Mengawal keadaan mudah terperanjat
9.Mengelakan kelesuan berpanjangan

Psikologi

Kecerdasan rohani, ilham, daya vital, kesucian rohani

Air sebagai Terapi

Air sebagai Terapi
Oleh : Fyrol Ikram Othman

Kini banyak pihak yang menggunakan air sebagai terapi. Kita sering terlihat berbagai produk berasaskan air yang dijadikan terapi oleh pelbagai pihak. Antara terapi yang popular ialah terapi air zam-zam, air yang dibacakan 30 juzuk al-Quran, air yasin, air ruqyah dan berbagai lagi.

Jika kita perasan, masyarakat Melayu memang mengamalkan untuk meletak air semasa bacaan Yassin dijalankan. Apakah maksudnya ini? Untuk memahami ini ada perlulah kita mengetahui beberapa sifat air. Satu sifat yang nyata tentang air ialah sifat air sebagai kristal.

Kristal


Kristal seperti diketahui mempunyai satu sifat yang dipanggil Piezoelektrik. Sifat inilah yang membolehkan kristal untuk:

*Menyimpan(merakam)

*Menguatkan

*Mengubah

*Memfokus

*Memindahkan tenaga

Selain itu kristal juga boleh membelah cahaya aura untuk keseimbangan badan.

Oleh yang demikina, disebabkan iar turut mempunya sifat kristal, maka tidak hairanlah air turut boleh merakam.

Ini telah dibuktikan penemuan hasil kajian saintifik oleh Dr. Masaru Emoto dari Universiti Yokohama seorang “pakar air” dari Jepun. Penemuan oleh Dr Masaru Emoto ini sungguh menakjubkan. Beliau membuktikan bahawa susunan molekul-molekul air boleh berubah mengikut apa yang diucapkan ke atas air tersebut.

Contoh-contoh air yang dilihat daripada mikroskop khas. Sumber air ini diambil daripada laut, sungai, empangan, perigi dan sebagainya. Ada pelbagai bentuk, daripada rupa cantik bercahaya seolah-olah seperti berlian hinggalah ke ‘hodoh dan mengerunkan” seperti rupa jin bertelinga besar, bertanduk dan sebagainya.

Apa yang menarik, Dr. Emoto turut membuktikan bahawa, air turut boleh merakam tulisan gambar dan 'pesan' disekelingnya. Jika disekeliling air tersebut adalah perkara-perkara positif, maka molekul yang indah seperti kristal yang sangat halus seninya akan terbentuk. Begitulah sebaliknya jika persekitarannya negatif.

Oleh yang demikian fahamlah kita bahawa mengapa kita tidak boleh duduk bersama-sama dengan orang yang mengumpat dan bercakap perkara negatif.
















InsyaAllah semuga usaha saya dan rakan-rakan memperkenalkan kaedah rawatan ini serta usaha anda mencari penawar diberkati dan diredhoi oleh Allah s.w.t

Tips penggunaan MKD




1. Boleh menggantikan sebarang penggunaan minyak dalam makanan.

2. Jika disimpan dalam peti sejuk , boleh digunakan sebagai ganti butter, magerine untuk lepa dan adunan kek atau biskut.

3. Boleh diambil/diminum begitu sahaja.

4. Boleh dicampurkan dengan sebarang jenis minuman (panas atau sejuk) seperti minuman teh herba, madu, lemon, atau lain-lain.

5. Boleh dicampurkan dalam makanan seperti bubur, bahan untuk panggang, disapu pada roti atau biskut ‘crackers’.
6. Sesuai digunakan untuk rambut dan losyen badan.

7. Selalu digunakan sebagai kondisioner rambut dan kulit (scalp) kepala.

8. Boleh dianggap sebagai ‘makanan kulit’ (‘skin food’).

9. Digunakan dalam merawat penyakit gatal-gatal kulit, ruam, ruam lampin, menghilangkan kesan gigitan nyamuk, kulit retak, kulit kasar dan keras dan sebarang masalah kulit yang tidak terlalu parah.

10. Boleh diberikan /dicampurkan dalam makanan haiwan peliharaan bagi menghasilkan bulu yang gebu berkilat.

11. Sebagai pelincir untuk hubungan kelamin.

KEUPAYAAN PENYEMBUHAN MKD



Penyakit yang berjaya dibantu dengan pengambilan MKD


1. Diabetes
2. Thyroid
3. Kelesuan kronik (chronic fatigue)
4. Kedutan pada kulit
5. Kulit kering dan kasar
6. Kulit gatal
7. Kulit mengelupas
8. Kurap dan panau
9. Jerawat
10. Eczema
11. Psoriasis
12. Arteries tersumbat
13. Sakit jantung
14. Jangkitan kulat pada kuku
15. Kuku lembut dan mudah patah
16. Arthritis
17. Resdung
18. Rambut terbelah
19. Rambut gugur
20. Kelemumur
21. Sukar tidur
22. Hormon tak seimbang
23. Demam dan selsema
24. Kanser kulit
25. Tekanan darah tinggi
26. Kabur penglihatan
27. Masalah prostate
28. ‘Under weight’ – kekurangan berat badan
29. ‘Over weight’ – lebih berat badan
30. Penghadaman tidak lancar (digestive disorders)
31. Sembelit
32. Ruam kulit
33. Migrain

MKD – Pemusnah Virus, Bakteria dan Protozoa





Kandungan Lauric asid dalam MKD adalah 'medium chain fatty asid' yang mempunyai tambahan fungsi yang amat berguna untuk membentuk monolaurin didalam tubuh manusia atau haiwan. Monolaurin adalah bersifat antiviral, antibakteria dan antiprotozoal. Monoglyceride yang digunakan oleh tubuh manusia atau haiwan berperanan memusnahkan lapisan atau kelongsong lipid pada virus, seperti HIV, herpes, cytomegalovirus, influenza, berbagai bakteria pathogen termasuk listeria monocytogenes dan heliobacter pylori, serta protozoa seperti giardia lamblia. Setengah kajian juga menunjukkan bahawa ia berfungsi sebagai antimikrobial.

Tindakan antiviral yang dikaitkan dengan monolaurin ialah ia mampu mencairkan lapisan lipid dan phospholipid pada kelongsong atau envelope virus yang menyebabkan kerosakan pada envelope virus berkenaan. Secara mudah, fatty asid dan monoglycerides menghasilkan kesan pemusnahan ialah dengan menghancurkan dua lapisan plasma membrane pada organism berkenaan. Kebanyakan daripada organisma pathogen yang dilapurkan tidak aktif dan musnah dengan tindakan antimicrobial lipids adalah di ketahui Organisma yang bertanggung jawab sebagai ‘opportunustic infections’ bagi individu yang HIV positif

Dari beberapa kajian dan penyelidikan mutakhir ini, telah membuktikan bahawa kesan antimikrobial monolaurin adalah berhubung kait dengan gangguan terhadap sebarang isyarat ke atas mekanisma cell organisma berkenaan untuk replikasi (replication)





Jenis-jenis Lipid Coated Virus

Jenis Deskripsi
Virus Human immunodeficiency virus HIV-1 or HIV+
Virus Herpes simplex virus-1 (HSV-1)
Virus Herpes simplex virus-2 (HSV-2)
Virus Herpes viridae (all)
Virus Human lymphotropic viruses (type 1)
Virus Vesicular stomatitis virus (VSV)
Virus Visna virus
Virus Cytomegaloviru
Virus Epstein-Barr virus
Virus Influenza virus
Virus Leukemia virus
Virus Pneumonovirus
Virus Sarcoma virus
Virus Syncytial virus
Virus Rubeola virus


Jenis-jenis Lipid Coated Bacteria

Jenis Dekripsi
Bacterium Listeria monocytogenes
Bacterium Helicobacter pylori (gram negative)
Bacterium Hemophilus influenzae (gram

KEHEBATAN MKD


MKD adalah terdiri dari sekitar 60 % fatty acids. 50 % dari kandungan fatty acids tersebut adalah merupakan lauric acid dan sekitar 6-7 % adalah merupakan capric acid.

Lauric acid dan Capric acid, kedua-duanya adalah merupakan ‘medium chain fatty acid ’ yang mempunyai tambahan fungsi yang amat berguna dalam tubuh samada manusia atau pun haiwan. Kedua-duanya digunakan oleh tubuh badan untuk membuat ‘fatty acid derivative’ yang dipanggil monolaurin dan monocaprin. Terlalu banyak hasil kajian dan penemuan yang telah membuktikan akan fungsi kedua-duanya.

Struktur bonding lauric asid dan capric asid

Secara saintifiknya MKD terdiri dari sekitar 50 % lauric acid dan 6-7 % capric acid. Kedua-duanya adalah tergolong dalam kategori ‘medium chain fatty acid’ yang mempunyai fungsi kebaikan tambahan untuk membentuk monolaurin dan monocaprin di dalam tubuh manusia atau haiwan. Monolaurin dan monocaprin adalah monoglycerides yang bersifat antiviral, antibakterial
dan antiprotozoal yang digunakan oleh tubuh badan manusia atau haiwan untuk memusnahkan ‘lipid coated’ virus seperti HIV, Herpes, cytomegalovirus, influenza,

Beberapa bakteria pathogen termasuk listeria monocytogenes dan heliobacter pylori, serta protozoa seperti giardia lamblia. Hasil beberapa kajian juga menunjukkan bahawa bahawa kedua-duanya juga menunjukkan kesan antimikrobial yang baik. Terbaru telah ditemui akan keupayaan monolaurin membunuh ‘lipid coated DNA dan RNA viruses’ termasuk HIV dan herpes, juga lain-lain mikroorganisma termasuk gram positif bacteria.

Di dalam ‘An Ilsi North America Special Conference’ telah di takrifkan bahawa fatty acid yang terdapat di dalam MKD sebagai ‘Functional Food’ yang membawa maksud bahawa ia adalah makanan yang membekalkan komponen untuk kesihatan mengatasi komponen untuk tenaga. Secara mudah dalam makanan terdapat beberapa komponen yang bila diambil (dimakan/diminum) oleh manusia ia boleh digunakan oleh tubuh samada untuk membina tenaga, membina sistem daya tahan tubuh atau untuk kesihatan, membina sel-sel tubuh, serta beberapa fungsi minor yang lain. Bagi makanan yang dikelaskan sebagai ‘functional food’, jumlah bahagian atau jumlah komponennya yang boleh digunakan oleh tubuh untuk kesihatan mengatasi atau lebih banyak daripada jumlah komponen untuk tenaga dan lainnya.