Rasulullah s.a.w. bersabda, "Setiap penyakit ada ubat penawarnya dan apabila suatu ubat itu sesuai dengan jenis penyakitnya, maka penyakit itu akan sembuh dengan izin Allah." - maksud hadis riwayat Muslim

Perkhidmatan disini ialah :

(Perubatan Homeopati, Energy, Aromatherapi, Hidrotherapi, Ais Therapi)
Satu kaedah Istimewa cara millennium. Untuk semua keadaan dan penyakit TANPA ada kesan sampingan, Suci dan Selamat.

Menggunakan kaedah teknik gelombang yang menyeimbangkan semua sistem kelenjar yang lemah dan terganggu kembali kepada keadaan Stabil dan Harmoni semula.
Hanya dengan kemam dilidah, ransangan hingga ke sasaran sel kepada tiap-tiap keperluan sitem badan tanpa ada sebarang kesan sampingan.

Dimanakah KELEMAHAN anda?
Dimanakah KEDUDUKAN PENYAKIT Anda?
Dimanakah tahap TEKANAN dan KESEDIHAN Anda?

Kenalilah dan Rawatlah Penyakit Anda Melalui Kaedah Gelombang Teori Ruang Masa Pertimbangan Sunnah…

Formula Perubatan Sunnah tidak bertindak sebagai ubat dan penawar, sebaliknya penggalak kepada semua sistem dalam badan, dan SISTEM badanlah yang MERAWAT tubuh badan anda sendiri.


Bebaskan diri Anda dari Perubatan berasakan DADAH dan KIMIA!

Hubungi : Fyrol Ikram Othman
MDMA (OIUCM COLOMBO)
DMA kpp.UK, Homeopati (IBAM)
Pengamal Perubatan Sunnah Bertauliah
013 – 388 2726

Isnin, 28 Januari 2013

Air sebagai Terapi

Air sebagai Terapi
Oleh : Fyrol Ikram Othman

Kini banyak pihak yang menggunakan air sebagai terapi. Kita sering terlihat berbagai produk berasaskan air yang dijadikan terapi oleh pelbagai pihak. Antara terapi yang popular ialah terapi air zam-zam, air yang dibacakan 30 juzuk al-Quran, air yasin, air ruqyah dan berbagai lagi.

Jika kita perasan, masyarakat Melayu memang mengamalkan untuk meletak air semasa bacaan Yassin dijalankan. Apakah maksudnya ini? Untuk memahami ini ada perlulah kita mengetahui beberapa sifat air. Satu sifat yang nyata tentang air ialah sifat air sebagai kristal.

Kristal


Kristal seperti diketahui mempunyai satu sifat yang dipanggil Piezoelektrik. Sifat inilah yang membolehkan kristal untuk:

*Menyimpan(merakam)

*Menguatkan

*Mengubah

*Memfokus

*Memindahkan tenaga

Selain itu kristal juga boleh membelah cahaya aura untuk keseimbangan badan.

Oleh yang demikina, disebabkan iar turut mempunya sifat kristal, maka tidak hairanlah air turut boleh merakam.

Ini telah dibuktikan penemuan hasil kajian saintifik oleh Dr. Masaru Emoto dari Universiti Yokohama seorang “pakar air” dari Jepun. Penemuan oleh Dr Masaru Emoto ini sungguh menakjubkan. Beliau membuktikan bahawa susunan molekul-molekul air boleh berubah mengikut apa yang diucapkan ke atas air tersebut.

Contoh-contoh air yang dilihat daripada mikroskop khas. Sumber air ini diambil daripada laut, sungai, empangan, perigi dan sebagainya. Ada pelbagai bentuk, daripada rupa cantik bercahaya seolah-olah seperti berlian hinggalah ke ‘hodoh dan mengerunkan” seperti rupa jin bertelinga besar, bertanduk dan sebagainya.

Apa yang menarik, Dr. Emoto turut membuktikan bahawa, air turut boleh merakam tulisan gambar dan 'pesan' disekelingnya. Jika disekeliling air tersebut adalah perkara-perkara positif, maka molekul yang indah seperti kristal yang sangat halus seninya akan terbentuk. Begitulah sebaliknya jika persekitarannya negatif.

Oleh yang demikian fahamlah kita bahawa mengapa kita tidak boleh duduk bersama-sama dengan orang yang mengumpat dan bercakap perkara negatif.
















InsyaAllah semuga usaha saya dan rakan-rakan memperkenalkan kaedah rawatan ini serta usaha anda mencari penawar diberkati dan diredhoi oleh Allah s.w.t

Tiada ulasan:

Catat Ulasan