Rasulullah s.a.w. bersabda, "Setiap penyakit ada ubat penawarnya dan apabila suatu ubat itu sesuai dengan jenis penyakitnya, maka penyakit itu akan sembuh dengan izin Allah." - maksud hadis riwayat Muslim

Perkhidmatan disini ialah :

(Perubatan Homeopati, Energy, Aromatherapi, Hidrotherapi, Ais Therapi)
Satu kaedah Istimewa cara millennium. Untuk semua keadaan dan penyakit TANPA ada kesan sampingan, Suci dan Selamat.

Menggunakan kaedah teknik gelombang yang menyeimbangkan semua sistem kelenjar yang lemah dan terganggu kembali kepada keadaan Stabil dan Harmoni semula.
Hanya dengan kemam dilidah, ransangan hingga ke sasaran sel kepada tiap-tiap keperluan sitem badan tanpa ada sebarang kesan sampingan.

Dimanakah KELEMAHAN anda?
Dimanakah KEDUDUKAN PENYAKIT Anda?
Dimanakah tahap TEKANAN dan KESEDIHAN Anda?

Kenalilah dan Rawatlah Penyakit Anda Melalui Kaedah Gelombang Teori Ruang Masa Pertimbangan Sunnah…

Formula Perubatan Sunnah tidak bertindak sebagai ubat dan penawar, sebaliknya penggalak kepada semua sistem dalam badan, dan SISTEM badanlah yang MERAWAT tubuh badan anda sendiri.


Bebaskan diri Anda dari Perubatan berasakan DADAH dan KIMIA!

Hubungi : Fyrol Ikram Othman
MDMA (OIUCM COLOMBO)
DMA kpp.UK, Homeopati (IBAM)
Pengamal Perubatan Sunnah Bertauliah
013 – 388 2726

Jumaat, 8 April 2011

Aroma Sifar..Wangian Ajaib yang Mujarab..


Ekstrak bunga-bungaan dihasilkan melalui kajian dan adunan dari khazanah alam semula jadi yang kaya dengan khasiat diproses melalui teknologi makmal dan farmasi moden untuk meningkatkan kekebalan sistem imun, antibodi dan sistem hormone
Ekstrak bunga-bungaan digabungkan dalam satu kombinasi pati bunga yang dirakam dengan gelombang bunyi menghasilkan getaran tenaga berfrekuensi rendah bagi mencapai tahap sifar (0 Hz) seterusnya meningkatkan tenaga magnetik sebagai kuasa dalaman tubuh (Semangat kerohanian) secara semulajadi
Ini adalah ramuan minyak pati bunga khusus bagi penjagaan kesihatan secara luaran dan dalaman melalui tenaga getaran wangian pada bunga-bungaan menerusi sistem neuro ke otak sebagai pengimbang semulajadi spritual,emosional, mental dan fizikal individu. Kesucian terjamin tanpa unsur kimia untuk kegunaan harian pada semua tahap usia.
Pati bunga dengan daya magnetik bukanlah ‘ubat’ yang boleh menyembuhkan tetapi ia bertindak membantu tubuh menyembuhkan diri sendiri dengan merangsang pelbagai sistem tubuh dan organ untuk bekerja semula melalui aliran tenaga bagi penyembuhan semula jadi.

Minyak Wangi Boleh Membuatkan Jin Muntah

Oleh: solihinzubir

"Minyak wangi boleh membuatkan jin muntah. Bau wangi merupakan santapan roh. Ianya dapat menyegarkan jiwa, memberi kesegaran rohani dan dapat membangkitkan semangat dalaman seseorang. Bau wangi dikatakan dapat membersihkan otak dan jantung serta setiap organ dalaman tubuh manusia.

Bau-bau wangian mempunyai khasiat dan para malaikat amat menyukainya. Manakala syaitan-syaitan amat membencinya, kerana diantara perkara yang disukai syaitan adalah bau yang busuk dan menjijikkan. Minyak wangi yang disapu pada hidung pesakit yang kerasukan ketika rawatan, hasilnya 99% dari mereka akan termuntah. Jin yang mengganggu akan mengeluh minyak wangi itu terlalu busuk untuk mereka hidu. Kerana itulah di antara tanda-tanda mereka yang mengalami masalah gangguan jin, adalah tidak suka pada bau-bau wangian. Roh yang baik akan menyukai bau yang wangi manakala roh yang jahat akan menyukai bau yang busuk. Setiap roh akan cenderung pada bau yang sesuai dengannya.

Ada riwayat mengatakan Nabi Sulaiman a.s adalah orang yang mula-mula mengetahui sifat-sifat penyembuhan pada herba dan bunga-bungaan. Setiap bunga, pokok dan tumbuh-tumbuhan mempunyai bentuk zahir dan juga rohnya (fizikal dan spiritual). Disinilah timbulnya ilmu aromatherapy, iaitu cara merawat penyakit dengan menggunakan bau-bauan. Haruman-haruman tersebut dapat dihasilkan dengan beberapa cara seperti menekan bunga sehingga minyak keluar dari kelopaknya atau dengan menyuling air melalui kelopak bunga dan berbagai-bagai cara lagi. Minyak wangi yang mengandungi alkohol tidak sesuai untuk tujuan rawatan atau membuat ubat. Ini adalah kerana campuran alkohol pada zat bunga itu, akan "membunuh" zat bunga tersebut.

Di dalam alam kesufian, minyak wangi digunakan pada setiap peringkat perkembangan perasaan (tingkatan-tingkatan perasaan). Ianya bertujuan untuk mempengaruhi emosi dan pusat-pusat kerohanian. Contohnya seperti minyak cendana, disyorkan apabila hendak melakukan amalan kerohanian yang serius kerana ianya dapat mendiamkan egoisma badan terutamanya berkenaan dengan tenaga batin. Begitu juga dengan minyak bunga ros, ianya dapat membersih dan mempertingkatkan kekuatan fizikal, mental, emosional dan spiritual.

Untuk tujuan rawatan dan membenteng diri dari gangguan jin, minyak wangi boleh dibacakan dengan surah-surah seperti Al-Fatihah, Al-Ikhlas, Al-Falaq, An-Nas serta ayatul Qursi, atau boleh dibacakan dengan apa juga ayat-ayat Al-Quran, selawat atau zikir-zikir tertentu. Ianya juga boleh digunakan untuk tujuan pelaris dan pemanis. Cuma ianya memerlukan kaedah-kaedah yang khusus dan niat yang baik dari si pemakai. Ini adalah untuk mengelakkan kehadiran jin pendamping.

Zat & Khasiat Susu



Salah satu jenis makanan dan minuman yang terbaik wujud dibumi Allah SWT ini. Susu diperkaya dengan 9 nutrisi penting yang terdiri daripada Kalsium, Protein, Vitamin A, Vitamin B12, Vitamin B1, Vitamin D, Iron, Zinc dan Vitamin B2. setiap khasiat susu ini mempunyai kebaikan dan fungsinya yang tersendiri.

Kalsium dalam Susu membantu pertumbuhan tulang yang kuat serta pembentukan gigi yang sihat. Tahukah anda yang pertumbuhan tulang akan berterusan sehingga umur anda mencapai 35 tahun? Jadi kalsium amat penting untuk pertumbuhan tulang yang optimum dan merendahkan risiko osteoporosis.

Selain Kalsium, Vitamin D dalam Susu juga amat penting untuk merangsangkan penyerapan kalsium. Protein dalam Susu merupakan sumber bekalan asid-asid amino yang seimbang. Ia menyokong pembentukan blok-blok protein yang diperlukan untuk kebaikan fungsi-fungsi otak dan tubuh.

Susu juga kaya dengan Vitamin A yang amat penting bukan sahaja untuk penglihatan yang baik malah juga untuk pertumbuhan badan serta mengekalkan kesihatan kulit dan fungsi imunisasi yang baik.Fungsi utama Vitamin B12 termasuklah pembentukan sel darah merah. Sel darah merah adalah sangat penting kerana ia membawa bekalan oksigen dan nutrien untuk keperluan tubuh badan. Vitamin B1 & B2 pula membantu tubuh menukarkan karbohidrat, protein dan lemak kepada tenaga untuk membekalkan anda tenaga sepanjang hari.

Selain itu, Susu juga mengandungi mineral penting yang lain seperti zat besi yang memainkan peranan penting dalam membantu tindakbalas metabolik anda untuk penghasilan sel darah merah manakala zink untuk menyokong kesihatan sistem imun kita. Rasulullah SAW meminum susu, malahan Baginda SAW memujinya kerana Susu memiliki manfaat yang sangat besar dan tidak dapat disamakan dengan minuman atau makanan yang lainnya di dunia ini.

Dari Ibnu Abbas r.a., beliau menceritakan:

"Bersama Rasulullah SAW, aku dan Khalid Ibnu Al-Walid r.a. menemui Maimunah, lalu dia (Maimunah) membawakan kami satu bejana berisi Susu, lalu Baginda SAW meminum sebahagian darinya. Pada waktu itu, aku berada di sebelah kanan Baginda SAW, sedangkan Khalid berada di sebelah kirinya. kemudian Baginda SAW berucap kepadaku, 'selanjutnya minuman ini giliranmu, jika engkau berkenan, berikan kepada Khalid. kemudian Baginda SAW bersabda, "tidak ada makanan dan minuman yang dapat menandingi susu."
Antara Jenis Minuman Susu Yang Baik Untuk Manusia:

1) Susu Ibu.
2) Susu Kambing.
3) Susu Lembu.
4)Susu Unta.
5) Susu Kuda.

Rabu, 9 Mac 2011

KEKURANGAN PROTIEN


Oleh : Prof Dr Jaffry Hassan







Info keseimbangan pemakanan......



MALNUTRISI

Penyakit terjadinya apabila seseorang mengambil gizi yang tidak seimbang buat masa yang panjang. Keadaan ini disebutkan sebagai MALNUTRISI. Malnutrisi d sebabkan kekurangan nutrien tertentu ataupun berlebihan nutrien tertentu. Kesan daripada malnutrisi ini dapat dilihat dengan jelas pada seseorang yang telah menghidapi penyakit.





Perut membuncit kerana pengumpalan bendalir. Mudah berlaku cirit-birit dan kehilangan selera makan terutama kanak2.



KELEBIHAN PROTIEN

Meninggikan kandungan asid urik dalam darah. Asid urik akan menghablur dan terenap disendi mengakibatkan radang sendi yang disebutkan gout.



Semoga kita sama2 dpt mengamalkannya.............

Isnin, 10 Januari 2011

Kalsium

Oleh : Prof. Dr Jaffry Hasan




Salam kepada semua pembaca yang budiman serta di rahmati Allah,pernahkah kita mengambil berat betapa pentingnya kalsium dan apakah itu kalsium. "KALSIUM" sebahagian mineral yg penting dan untuk keperluan tubuh,kalsium dan posforus untuk membina tulang dan gigi kita supaya menjadi kuat, manakala mineral-mineral yang lain pula berfungsi untuk reaksi kimia yang penting kepada sistem tubuh dan yang selebihnya untuk membentuk persenyawaan yang rumit dengan berjenis-jenis protin.

Ianya juga di perlukan untuk susunan enzim didalam tubuh.
Berbagai mineral didalam tubuh kebanyakannya dengan kadar sedikit yang disebutkan sebagai "Trace Metals",mineral yang penting ialah karbon dan tembaga. Terdapat 4 jenis mineral yg penting,contohnya;
1) kalsium
2)posforus
3)besi
4)iodin.

Kalsium(zat kapur) adalah mineral yang paling banyak ddalam tubuh. Sebahagian kecil kalsium akan dibawa(dicerna) didalam sistem aliran darah dan bahan itu diantara lainnya digunakan untuk mencegah pendarahan yang serius.

Kalsium juga diperlukan untuk sistem urat saraf. Apabila kita kekurangan kalsium didalam tubuh maka saraf akan menjadi peka dan otot akan menjadi sangat kejang dan kesan kekurangan kalsium juga boleh menyebabkan semut-semut atau kejang d bahagian kaki.



Sumber -sumber pemakanan yang baik untuk pembentukan kalsium adalah susu,sayur-sayuran,kacang buncis,telur,kentang dan ikan. Semoga degan info yang ringkas ini dapat memberikan manfaat kepada anda dan keluarga.

Ahad, 9 Januari 2011

Kursus Terkini

"KEAJAIBAN MENANGANI MASALAH/PENYAKIT

DALAM RAHSIA PERTIMBANGAN SUNNAH"

dalam rahsia

"Masa dalam Masa"


Assalammualaikum.. pihak Akademi Minda Holistik(AMH) sukacitanya mengalu-alukan kepada semua pembaca yang dirahmati Allah agar dapat meluangkan masa untuk bersama-sama mengikuti kursus bagi mempelajari kaedah serta keunikkan teknik pembelajaran dalam menangani permasalahan,penyakit,tekanan hidup,memperbaiki ekonomi dan keseimbangan tahap keharmonian keluarga dalam rahsia hukum masa Pertimbangan Sunnah...

AMH akan berkongsi ilmu dengan anda bagaimana kita hendak mencernakan hormon melatonin kepada tahap semangat dan ceria di samping kasih sayag Allah dan juga bagaimana menangani segala permasalahan dengan kaedah Pertimbangan Sunnah serta hayatilah rahsia kegelapan malam dan insyaAllah anda akan merasakan sesuatu perubahan yang menakjubkan dari segi penyakit, tekanan hidup yang selama ini membuatkan anda resah gelisah. Percayalah bahawasanya penawar bagi suatu penyakit dan penawar bagi segala masalah berada pada kegelapan cahaya serta yangg di katakan "masa" nya terdapat di dalam diri anda. Ketahuilah apa yangg dikatakan MASA itu sebagai penawar.

Keindahan kepada sesuatu perkara yang akan kita pelajari daripada AMH ialah mengenai kemurnian kasih sayang yangg tinggi kehebatan rahsianya sehingga menjadi penawar serta khasiat dan ramuan yg paling mujarab untuk mengatasi pelbagai penyakit mhaupun segala permasalahan. HANYA dengan sifat kasih sayang sahaja, bukan hanya meningkatkan sistem imuniti tubuh malah ketelusannya hinggalah rasa terpacu akan kebesaran Maha Pencipta, Inilah sebahagian sifat yang ada daripada Pencipta sekelian alam.

Rahsia masa dalam masa adalah yangg tersirat didalam rasa kasih dan sayang sejati serta telus kepada Illahi. Segala makhluk bertasbih dan bertahmid akan melihat kebesaran Maha Pencipta yang tidak terperi kehebatannya. Malah tidak ada suatu jisim atau mana-mana kuasa zat pun yang tidak tunduk dan bersujud akan kebesaran dan sifat kasih dan sayang Allah SWT. Walaupun makhluk yang bernama "Nafsu" dicampakkan ke neraka jahanam sebanyak 3 kali, namun akhirnya tunduk dan mengaku bahawa Allah lah yang menciptakannya dengan kebesaran kasih dan sayang. Sesungguh kasih sayang Allah SWT melebihi daripada kasih sayang seorang ibu sebanyak 70 kali gandanya. Subhanallah......
-Prof. Dr Jaffry Hassan

DAFTAR SEGERA!!!

Apakah yang akan ANDA dapat setelah menyertai kursus yang hebat ini?

Keindahan serta kebaikan selepas kita memahami dan mengikuti kursus-kursus yang dijalankan oleh AMH ialah, kita akan merasakan ketenangan, insyaAllah apa yang kita tercari-cari selama ini ada jawapannya di dalam kursus ini, anda akan lebih matang dan cekap apabila menghadapi sebarang ujian, kehidupan dan hubungan(suami/isteri) kekeluargaan semakin harmoni, kerjaya atau perniagaan semakin bertambah baik dan kukuh.

Matlamat atau visi kehidupan yang diimpikan insyaAllah akan mudah tercapai.

- Dapat membentuk fikiran kepada lebih positif

- Tidak panik ketika mengalami tekanan

- Lebih mengenali apakah itu nikmat ujian dan penyakit serta bagaimanakah mengatasinya dengan lebih cekap dan pantas

- Lebih memahami sifat-sifat dan karater seseorang

- Melalui kaedah yang dipelajari di AMH anda akan didedahkan kaedah perawatan sendiri melalui konsep pertimbangan sunnah

Anda akan lebih mengenali rahsia pentingnya perhubungan diantara alam dan anda dan rahsia penciptaan sifat perwatakan manusia serta kepentingan pelbagai aspek untuk memahami dan mengenali ragam manusia.



DAFTAR SEGERA!!!

Tarikh : 5 Februari 2011

Masa : 8pagi - 5 petang

Tempat : Shah Alam

Bayaran : RM 500 RM 350 sahaja!
(Kami faham keperluan anda diawal tahun, dan kami juga faham anda perlukan "TONIK" untuk memulakan tahun baru ini dengan ilmu yang sangat bermanfaat,kami turunkan harga demi keperluan anda dan sesuai dengan kos semasa.)

Tempat kosong adalah terhad..sila daftar dan bayar wang komitmen RM 200.00 sebelum 15.01.2011 dan bayaran penuh sebelum program bermula..(sila SMS jika bayaran telah dibuat- Jumlah,tarikh dan masa)

Penginapan akan diuruskan oleh pihak AMH jika ada permintaan dengan bayaran tambahan RM 100.00

sila masukan bayaran ke akaun Maybank
158284031700 - MOHD FYROLIKRAM BIN OTHMAN



Untuk tempahan bagi kursus yangg diadakan sila hubungi:
Fyrol Ikram Othman di talian
0133882726