Rasulullah s.a.w. bersabda, "Setiap penyakit ada ubat penawarnya dan apabila suatu ubat itu sesuai dengan jenis penyakitnya, maka penyakit itu akan sembuh dengan izin Allah." - maksud hadis riwayat Muslim

Perkhidmatan disini ialah :

(Perubatan Homeopati, Energy, Aromatherapi, Hidrotherapi, Ais Therapi)
Satu kaedah Istimewa cara millennium. Untuk semua keadaan dan penyakit TANPA ada kesan sampingan, Suci dan Selamat.

Menggunakan kaedah teknik gelombang yang menyeimbangkan semua sistem kelenjar yang lemah dan terganggu kembali kepada keadaan Stabil dan Harmoni semula.
Hanya dengan kemam dilidah, ransangan hingga ke sasaran sel kepada tiap-tiap keperluan sitem badan tanpa ada sebarang kesan sampingan.

Dimanakah KELEMAHAN anda?
Dimanakah KEDUDUKAN PENYAKIT Anda?
Dimanakah tahap TEKANAN dan KESEDIHAN Anda?

Kenalilah dan Rawatlah Penyakit Anda Melalui Kaedah Gelombang Teori Ruang Masa Pertimbangan Sunnah…

Formula Perubatan Sunnah tidak bertindak sebagai ubat dan penawar, sebaliknya penggalak kepada semua sistem dalam badan, dan SISTEM badanlah yang MERAWAT tubuh badan anda sendiri.


Bebaskan diri Anda dari Perubatan berasakan DADAH dan KIMIA!

Hubungi : Fyrol Ikram Othman
MDMA (OIUCM COLOMBO)
DMA kpp.UK, Homeopati (IBAM)
Pengamal Perubatan Sunnah Bertauliah
013 – 388 2726

Selasa, 7 Disember 2010

Ketumbuhan pada peranakan wanita

FIBROID

Apakah Ketumbuhan Fibroid?
Ketumbuhan fibroid ialah sejenis ketumbuhan yang berlaku pada dinding rahim, khususnya pada lapisan otot. Sebenarnya, rahim mempunyai tiga lapisan. Lapisan paling luar ialah lapisan yang nipis yang dinamakan serosa. Bahagian tengahnya ialah lapisan otot atau myometrium yang boleh mengembang dan membesar ketika seseorang wanita sedang hamil. Ketika kandungan dalam peringkat pelahiran sebelum bersalin, otot ini akan menguncup untuk mengeluarkan bayi dan setelah bersalin, otot ini akan kuncup dan pulih seperti sediakala. Walaubagaimanapun, ketumbuhan boleh berlaku pada lapisan otot ini, iaitu ketumbuhan yang mengandungi tisu-tisu otot bercampur dengan tisu berserat atau tisu penyambung.

Lapisan paling dalam ialah lapisan endometrium. Lapisan ini sering berubah-ubah mengikut pusingan haid. Apabila seseorang wanita tidak hamil, maka sebahagian daripada lapisan endometrium akan luruh dan ia akan keluar bersama-sama dengan darah haid. Darah haid adalah campuran antara darah dengan tisu-tisu dan sel-sel dari lapisan endometrium, lendir serta kuman-kuman bakteria dan lain-lain. Biasanya, campuran ini dinamakan “darah kotor”. Sebenarnya, darah tidak akan menjadi 'kotor' sebelum ia keluar dan bercampur dengan bahan-bahan yang saya nyatakan tadi.

Mengapa Tumbuh Fibroid?
Ramai orang tertanya-tanya mengapa seseorang wanita ditumbuhi fibroid pada lapisan dinding rahim. Sebenarnya, punca bagi penyakit ini tidaklah diketahui, dan mengapa ia tumbuh pada sesetengah orang sedangkan yang lainnya tidak. Ada satu kajian yang menunjukkan bahawa lebih kurang 25 peratus daripada wanita sebelum meninggal dunia akan menghidapi penyakit fibroid pada rahimnya tetapi tidak semua mengunjungi dan mendapat rawatan daripada doktor kerana kebanyakan fibroid ini tidak menimbulkan sebarang tanda atau menggangu kesihatan.

Ada yang mengatakan, bahawa ketumbuhan fibroid ini sering berlaku di kalangan wanita yang tidak berkahwin atau lambat berkahwin dan juga yang berkahwin tetapi sukar untuk mengandung dan beranak. Saya juga sering menjumpai fibroid di kalangan wanita yang mengalami masalah ketidaksuburan atau kemandulan. Di samping ketumbuhan fibroid, mereka juga menghidap penyakit endometriosis, iaitu sejenis penyakit di mana darah kotor melimpah ke belakang rahim menyebabkan berbagai-bagai masalah pada saluran peranakan, kilang telur dan persekitaran rahim.

Mana yang timbul dahulu, fibroid ataupun masalah ketidaksuburan tidaklah diketahui. Bagaimanapun, apa yang nyata masalah ketidaksuburan sering berkait rapat dengan ketumbuhan fibroid. Walaupun demikian, wanita yang pernah beranak juga tidak terlindung daripada penyakit fibroid. Seringkali kita lihat di kalangan wanita yang menjangkau ke umur tiga puluhan atau empat puluhan dan setelah anak mereka besar walaupun mereka telah melahirkan mungkin empat atau lima orang anak selepas itu, mereka mendapati sukar untuk beranak lagi dan beberapa tahun kemudian mereka mengalami berbagai-bagai masalah serta gangguan haid, dan apabila diperiksa didapati mereka mengalami ketumbuhan fibroid.

Fibroid Akibat Ketidakseimbangan Hormon
Ada orang mengatakan, bahawa ketumbuhan fibroid ini adalah akibat daripada ketidakseimbangan dalam hormon wanita. Perlu diberitahu di sini, bahawa wanita mempunyai dua jenis hormon, iaitu estrogen dan progesteron. Biasanya, estrogen meningkat naik sejurus selepas haid dan paras progesteron pula meningkat selepas telur dikeluarkan, iaitu dua minggu selepas keluar haid sehingga tempoh haid akan datang.



Apakah Gejala-gejala Fibroid?
1. Gangguan Haid Gangguan haid adalah seperti sakit semasa haid, darah yang berketul-ketul, darah banyak, dan tempoh pendarahan yang lama.

2. Masalah Ketidaksuburan Atau Kemandulan
Fibroid boleh juga menimbulkan masalah ketidaksuburan atau kemandulan di kalangan wanita. Walau bagaimanapun, tidak ada bukti bahawa wanita yang mempunyai fibroid tidak boleh mengandung sama sekali. Terdapat wanita yang mempunya fibroid, walaupun saiznya agak besar masih boleh mengandung dan mendapatkan zuriat. Sesungguhnya anak itu adalah rezeki dari Allah.


3.Fibroid Boleh Menekan Pundi-Pundi Air Kencing
Pundi air kencing terletak sebelah rahim, iaitu pundi air kencing terletak di hadapan rahim,oleh itu dengan fibroid yang tumbuh besar akan menekan pundi kencing seterusnya menyebakan pesakit mudah terkencing terutama semasa batuk dan mengakat barang berat seperti mendukung bayi.

4.Fibroid Dan Kekenduran Rahim (Prolaps)
Fibroid kadangkala menyebabkan prolaps atau kekenduran pada rahim. Bagi wanita yang telah putus haid dan mengalami kekenduran rahim selepas berulang-ulang melahirkan anak, khususnya mereka yang sukar untuk melahirkan anak, perlu dibantu dengan alat seperti forseps atau vakum. Keadaan ini akan menjadi lebih buruk jika ada ketumbuhan fibroid.

Apakah Fibroid Perlu Dirawat?
Fibroid tidak perlu dirawat jika ia tidak menimbulkan sebarang masalah atau gejala, dan jika ketumbuhan itu kecil sahaja.
Bagi wanita yang menghampiri umur putus haid (biasanya 50 tahun), fibroid itu akan mencerut dengan sendirinya akibat daripada kehabisan hormon estrogen. Bagi mereka ini, pembedahan (myomektomi) atau rawatan untuk fibroid tidak diperlukan.


Rawatan yang khusus di hospital bagi fibroid, khususnya yang besar serta menimbulkan masalah seperti gangguan haid, kekurangan darah (anemia), ketidaksuburan, menimbulkan gejala seperti gangguan perkencingan ataupun menyebabkan rahim turun ke bawah (prolaps) ialah pembedahan.
Beberapa perkara penting perlu diambi kira sebelum seseorang doktor memilih tentang jenis dan kaedah pembedahan. Perkara yang penting ialah sama ada wanita itu mahu melahirkan anak lagi atau tidak, dan kedua, sama ada dia juga mengalami kekenduran rahim (prolaps) atau tidak.



Bagi wanita yang masih muda dan masih mahu melahirkan anak dan mereka yang mengalami masalah kesuburan, pembedahan biasanya dilakukan melalui perut di mana ketumbuhan fibroid sahaja yang perlu dibuang.
Berdasarkan pengalaman saya, pembedahan tidak menjamin penyembuhan kepada masalah ini, sebaliknya timbul pula pelbagai masalah baru sehingga kadang perlu dibuat pembedahan kedua dan ketiga (buang rahim/semua organ pembiakan). Namun ini juga tidak member kesan baik sepenuhnya apabila rasa sakit berpanjangan, perlunya memakan hormon tiruan dan lain-lain.

Kaedah Rawatan RTE
Mengikut ilmu RTE yang mengamalkan konsep Ruang Masa Pertimbangan Sunnah, Apabila kita resah,gelisah, keliru, geram, marah dengan pelbagai keadaan dan tekanan, kecewa dengan kehidupan yang tidak menentu, akan menyebabkan gelombang otak menjadi tinggi dan menyebabkan pituitary terutamanya merangsang pengeluaran hormone yang tidak stabil. Urat darah menegang, suhu menjadi panas menyebabkan oksigen kurang dan seterusnya kita menjadi kurang pertimbangan. Jika kita dalam proses perawatan, ubat atau formula yang diberi sukar untuk berkesan

Tetapi apabila kita bersyukur dengan sakit dan dugaan,kerana pasti ada orang lain yang lebih dasyat ujiannya, bersyukur kerana kita masih diberi peluang dan ruang untuk bertaubat, bersyukur kerana kita masih lagi boleh bernafas dan beramal, bersabar atas setiap ujian kerana ujian itu tanda sayag Allah pada kita, redho dengan apa yang berlaku kerana pasti ada hikmahnya, pada ktika itu gelombang otak kita akan menjadi tenang dan seterusnya hening. Gelombang yang dihasilkan sangat halus, membolehkan tubuh badan kita berfungsi dengan baik, kelenjar bekerja dengan betul dan proses rawatan berkesan.
Oleh yang demikian pesakit terlebih dahulu diminta beristigfar kepada Allah atas setiap kesalah yang pernah dilakukan, sama ada tahu pernah melakukan kesalahan atau tidak tahu bahawa pernah melakukan kesalahan, sedar atau tidak sedar, dosa kecil atau dosa besar, dosa kepada Allah atau dosa kepada manusia. Kerana sesungguhnya kesembuhan itu adalah dari Allah s.w.t

Dari segi formula, RTE mencadangkan :

Formula

Fibroid yang telah lama,berulang, saiz besar dan pernah mendapatkan rawatan lain
i. V14 dan V19 (tujuan d’tox terlebih dahulu)
ii. V16 dan V17 (tiga kali sesi rawatan)
iii. Dignity Truewoman
iv. Garam Energy

Fibroid baru dikesan, kecil, tidak membawa kesan lain
i. V16 dan V17 (tiga kali sesi rawatan)
ii. Dignity Truewoman
iii. Garam Energy

Fibroid dan berlaku pendarahan
i. V16 dan V17 (tiga kali sesi rawatan)
ii. Dignity Truewoman
iii. Garam Energy

InsyaAllah semuga usaha saya dan rakan-rakan memperkenalkan kaedah rawatan ini serta usaha anda mencari penawar diberkati dan diredhoi oleh Allah s.w.t

TESTIMONI

Puan Hasimah, 45 tahun mengidap masalah fibroid dan cyst sejak beberapa tahun yang lalu, antara simptom yang dihadapinya ialah pendarahan dan sakit pada bahagian peranakan.

Masaalah beliau bertambah teruk dengan bacaan saiz cyst ialah 8x8cm

Beliau telah mencuba pelbagai kaedah termasuk tradisonal, namun tidak berjaya.

Doktor di hospital mencadangkan prosedur TAHBSO dijalankan iaitu satu prosedur membuang rahim dan ovari keseluruhannya, jika ini dilakukan pesakit perlu mengambil terapi hormon pula.

Puan Hasimah kemudian mendapatkan rawatan terapi Energy dari Pusat Terapi AMH.

Berdasarkan simptom-simptom yang dialami dan tahap kronik pesakit, Terapis Fyrol Ikram memberi beberapa formula iaitu
V16, v17, v14, Aroma Point Zero dan Habgarlic.

Setelah mengambil formula-formula tersebut pesakit tersebut mendapat kesan positif iaitu
1. pendarahan berhenti,
2. Badan bertenaga,
3. Tidak lagi kerap tidur
4. Mampu melakukan kerja-kerja rumah.

2 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam

  2. TESTIMONY ON HOW I GOT CURED OF MY FIBROID WITHOUT SURGERY.

    HELLO EVERYONE,
    I WANT TO USE THIS MEDIUM TO SAY A BIG THANK YOU TO DR,OKOGUN FOR HIS HERBAL WORK AND FOR HIS ABILITY TO LET ME BEAR A CHILD. I AND MY HUSBAND HAVE BEEN TOGETHER FOR YEARS LOOKING FOR THE FRUIT OF THE WOMB THERE WAS NO WAY OUT AND WE WENT TO THE HOSPITAL FOR CHECK UP AND THE DOCTOR SAID MY HUSBAND IS FINE AS FOR ME AM HAVING FIBROID AND I WILL NOT BE ABLE TO CONCEIVE, AND I WAS ADVICE TO GO ADOPT A CHILD WHICH I NEVER LIKED I THOUGHT OF WHAT TO DO, UNTIL WHEN I EXPLAINED TO MY VERY CLOSED FRIEND, AND SHE TOLD ME ABOUT DR,OKOGUN AND HOW HE HAVE BEEN HELPING WOMEN TO CONCEIVE AND HOW HE ALSO HELPED HER SISTER TO CONCEIVE AND SHE ASSURE ME THAT HE CAN HELP ME OUT, THEN SHE GAVE ME HIS EMAIL WHICH IS (drokogunsolutionhome@gmail.com) and I EMAIL HIM AND EXPLAIN EVERY THING TO HIM AND HE TOLD ME NOT TO WORRY THAT EVERY THING IS GOING TO BE FINE, DR.OKOGUN PREPARE SOME HERBS FOR ME AND I USED IT, EVERY THING WAS FINE, GLORY BE TO GOD I AM NOW PREGNANT IF THERE IS ANY ONE HERE THAT IS HAVING SIMILAR PROBLEM YOU CAN CONTACT DR OKOGUN ON HIS EMAIL:drokogunsolutionhome@gmail.com OR YOU CAN KINDLY CALL HIM ON:+2347069023473 I AM FLORA MYERS FROM USA.

    Note: He can also cure HIV/Aids,Cure any kind of cancer
    sickness, cure kidney diseases without any transplant, he can also
    stop you from having bad dreams okay.



    TESTIMONI ON bagaimana saya mendapat sembuh daripada fibroid MY TANPA PEMBEDAHAN.

    HAI SEMUA,
    Saya MAHU MENGGUNAKAN MEDIUM INI KATA RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA DR, OKOGUN KERJA HERBAL NYA DAN UNTUK keupayaannya untuk LET ME melahirkan anak. Saya DAN SUAMI SAYA TELAH BERSAMA UNTUK TAHUN MENCARI THE buah kandungan TERDAPAT NO WAY OUT DAN KAMI pergi ke hospital UNTUK CHECK UP DAN DOKTOR SAID SUAMI SAYA FINE AS UNTUK ME AM MEMPUNYAI fibroid dan saya TIDAK BOLEH untuk hamil, dan saya NASIHAT PERGI mengambil anak angkat yang saya tidak pernah menyukai saya fikir apa yang perlu dilakukan, SEHINGGA APABILA saya dITERANGKAN TO MY FRIEND SANGAT TERTUTUP, dan dia memberitahu saya ABOUT DR, OKOGUN DAN WALAUPUN TELAH MEMBANTU WANITA untuk hamil dAN WALAUPUN JUGA MEMBANTU SISTER perempuan itu mengandung, SHE ASSURE ME BAHAWA dIA DAPAT ME OUT, THEN dia memberikan saya EMAIL NYA YANG (drokogunsolutionhome@gmail.com) dan saya EMAIL HIM dAN MENERANGKAN PERKARA SETIAP TO HIM dan dia memberitahu saya TIDAK RISAU BAHAWA PERKARA SETIAP ADALAH aKAN DIKENAKAN DENDA, DR.OKOGUN MENYEDIAKAN BEBERAPA HERBS FOR ME AND Saya DIGUNAKAN IT, PERKARA SETIAP WAS FINE, Maha Suci ALLAH AKU SEKARANG MENGANDUNG JIKA ADA MANA-MANA ​​SATU DI SINI YANG MEMPUNYAI MASALAH YANG SAMA ANDA BOLEH HUBUNGI DR OKOGUN ON EMAIL HIS: drokogunsolutionhome@gmail.com ATAU ANDA SILA BOLEH CALL HIM ON: +2347069023473 I AM FLORA MYERS DARI USA.

    Nota: Beliau juga boleh menyembuhkan HIV / Aids, Penyembuhan apa-apa jenis kanser
    penyakit, menyembuhkan penyakit buah pinggang tanpa apa-apa pemindahan, beliau juga boleh
    menghalang anda daripada mempunyai mimpi buruk okay.

    BalasPadam