Rasulullah s.a.w. bersabda, "Setiap penyakit ada ubat penawarnya dan apabila suatu ubat itu sesuai dengan jenis penyakitnya, maka penyakit itu akan sembuh dengan izin Allah." - maksud hadis riwayat Muslim

Perkhidmatan disini ialah :

(Perubatan Homeopati, Energy, Aromatherapi, Hidrotherapi, Ais Therapi)
Satu kaedah Istimewa cara millennium. Untuk semua keadaan dan penyakit TANPA ada kesan sampingan, Suci dan Selamat.

Menggunakan kaedah teknik gelombang yang menyeimbangkan semua sistem kelenjar yang lemah dan terganggu kembali kepada keadaan Stabil dan Harmoni semula.
Hanya dengan kemam dilidah, ransangan hingga ke sasaran sel kepada tiap-tiap keperluan sitem badan tanpa ada sebarang kesan sampingan.

Dimanakah KELEMAHAN anda?
Dimanakah KEDUDUKAN PENYAKIT Anda?
Dimanakah tahap TEKANAN dan KESEDIHAN Anda?

Kenalilah dan Rawatlah Penyakit Anda Melalui Kaedah Gelombang Teori Ruang Masa Pertimbangan Sunnah…

Formula Perubatan Sunnah tidak bertindak sebagai ubat dan penawar, sebaliknya penggalak kepada semua sistem dalam badan, dan SISTEM badanlah yang MERAWAT tubuh badan anda sendiri.


Bebaskan diri Anda dari Perubatan berasakan DADAH dan KIMIA!

Hubungi : Fyrol Ikram Othman
MDMA (OIUCM COLOMBO)
DMA kpp.UK, Homeopati (IBAM)
Pengamal Perubatan Sunnah Bertauliah
013 – 388 2726

Ahad, 31 Oktober 2010

Air Mineral

Air Mineral
Oleh : Fyrol Ikram Othman


" Dan kami jadikan padanya gunug-gunug yang tinggi, dan kami beri minum kamu dengan air yang tawar " surah al-mursalat:27


Air minuman yang terbaik dan semulajadi ialah air mineral. Air mineral yang terbaik ialah air zam-zam. Air zam-zam adalah air semulajadi yang tidak pernah dirawat. Namun kandungannya sangat hebat dan telah teruji dimakmal-makmal terkemuka dunia termasuk di eropah.


Molekul air zam-zam




Rasulullah s.a.w. bersabda : Ertinya: "Air Zamzam itu diminum mengikut apa yang diniatkan atau dikehendaki." (Diriwayatkan dari Jabir, lbnu Abbas, lbnu Umar dan Muawiyah)

*Air zamzam juga didapati mengandungi kadar fluorida yang tinggi berbanding sumber air yang lain.

*Air telaga zamzam mengandungi kadar kalsium dan magnesium yang tinggi.

*Pakar-pakar ini mendapati air zamzam wujud secara tabii dalam bentuk alkali justeru keadaan ini dapat mengawal kesan sampingan yang disebabkan oleh lebihan asid dalam perut sekali gus mampu mencegah penyakit gastrik.

*Kadar iodin, magnesium, natrium (sodium) dan kalium (potassium) didapati tinggi dalam air zamzam.


Jika tiada air zam-zam, maka kita minumlah air mineral. Namun sekiranya kita ingin meminum air kosong(air tawar) tetapi pilihan yang ada adalah air RO dan air paip yang ditapis, minumlah air air paip yang ditapis.


Meminum air RO akan membuatkan kulit menjadi gelap untuk jangka masa panjang dan sakit-sakit badan dan kerosakan tulang kerana kandungan asid yang tinggi. Selain itu air RO tidak mempunya sebarang khasiat seperti mana air suling.

Ramai diantara kita yang meminum air yang dimasak. Sarapan pagi dengan teh tarik, makan tengah hari dengan air teh o ais dan makan malam dengan milo ais. Sesekali minum air kosong dengan air suam yang dimasak.

Dalam jangka masa panjang, jika keadaan ini berterusan kulit kita akan menjadi pucat dan keberkesanan memakan ubat bersama air suam juga kurang kerana air yang dimasak telah bertukar dari elektromekanik kepada elektromegnatik. Ion-ion negatif yang musnah semasa proses pemanasan turut mengurangkan kandungan oksigen dalam darah.


Mengikut sunnah nabi s.a.w nabi meminum air sejuk dan bukannya air masak.

Nabi juga tidak pernah mengesyorkan agar kita meminum 8 gelas air sehari. Nabi hanya minum apabila dahaga dengan tiga teguk sahaja dan melarang dari kita bernafas didalam air. Apabila kita ingin bernafas, alihkan pernafasan kita dari air, ini kerana apabila kita hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon dioxide, yang apabila bercampur dengan air (H20), akan menjadi H2CO3, iaitu sama dengan cuka, menyebabkan minuman itu menjadi acidic. Jangan meniup air yg panas, sebabnya sama diatas.

Jika kia meminum air lebih dari keperluan, walaupun kita tidak dahaga dan tidak pula membuat aktiviti berat, ini akan menyebabkan beberapa komplikasi iaitu:

*Lambat membakar lemak sekaligus menyebabkan kegemukan. Ini kerana enzim amilase tidak dapat membakar kalori dengan sempurna. Air dan lemak tadi akan mula berkumpul di bahagian perut, punggung, peha dan lengan.

*Merumitkan metabolisma bekerja secara tepat

*Molekul oksigen kurang mampat sekaligus menyebabkan mengah apabila menaiki tangga, tekanan darah rendah, asid meningkat dan terlalu banyak tenaga digunakan dibahagian perut.

Kita hanya perlu minum bila dahaga, melakukan aktiviti berat, ibu yang menyusukan anak(itu pun tidak boleh terlalu lebih) dan apabila mengalami dehidrasi lebih-lebih lagi apabila cirit-birit.

Bersambung...











RTE mencadangkan agar setiap orang menjadikan amalan dengan meminum 500ml air biasa(air paip yang ditapis/air mineral) dengan dicampur Garam Energy yang telah ditenagakan. Selamat mencuba, anda pasti akan merasa kehebatannya.

InsyaAllah semuga usaha saya dan rakan-rakan memperkenalkan kaedah rawatan ini serta usaha anda mencari penawar diberkati dan diredhoi oleh Allah s.w.t

Jumaat, 29 Oktober 2010

Air dan Manusia - Air Mata



Air dan Manusia - Air Mata
Oleh : Fyrol Ikram Othman

"..dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis." (An Najm : 43)




Sebenarnya air mata sentiasa dihasilkan oleh kilang air mata atau kelenjar lakrimal (a) yang berguna sebagai pelembab mata. Dihospital, jika seseorang itu didapati air matanya terlalu kurang sehingga menyebabkan mata menjadi kering dan sakit bila berkelip, duktus akan disumbatkan supaya air mata tidak mengalir keluar dan diberi cecair pelembab mata, begitulah juga sekiranya air mata bertakung, kemungkinan duktus tersumbat maka duktus akan dibersihkan.

Sila lihat pada abjad f dan c. Air mata keluar melalui duktus tersebut. Sebab itu apabila kita menangis terasa cairan masin ditekak, dan sebab itu juga bila dititiskan ubat mata, terasa pahit ditekak. Ini kerana duktus tersebut masuk terus kebelakang hidung dan seterusnya ke tekak. Menangis sehingga mengalir air mata terjadi kerana air mata yang mengalir keluar dihasilkan dengan banyak dan tidak dapat melalui sepenuhnya melalui duktus

Menangis dapat meringankan kadar tekanan kejiwaan. Ini sangat berguna untuk kesihatan lebih-lebih lagi kita kerap mendengar pelbagai jenis penyakit yang disebut sebagai penyakit tekanan jiwa.

Para ilmuwan berpendapat “ Jenis air mata yang mengalir akibat tekanan perasaan (emosi) dari segi bentuk dan fungsinya adalah berbeza-beza. Air mata jenis ini merupakan reaksi kimia yang muncul sebagai tindak balas atas gejala-gejala emosi yang bercampur dengan perasaan”



Tangisan dapat memadamkan api Neraka

"Rasulullah saw bersabda : Tidaklah mata seseorang menitiskan airmata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan terkotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan di rahmati. Tidaklah ada sesuatupun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka."

Air mata juga dikatakan membawa kesan memori. Kadang-kadang kita terkesan dengan dosa dan keslahan silam. Hati yang terbeban boleh mendatangkan penyakit. Oleh itu bertaubatlah bersunguh-sungguh sehingga mengalir air mata. InsyaAllah, kita boleh melupakan perkara buruk yang menghantui diri kita.


Bersambung...




RTE ViTTO 7 & RTE ViTTO 9
Membantu masaalah rabun warna.
Membantu masaalah sakit mata.
Membantu masaalah air mata kering atau berlebihan

InsyaAllah semuga usaha saya dan rakan-rakan memperkenalkan kaedah rawatan ini serta usaha anda mencari penawar diberkati dan diredhoi oleh Allah s.w.t

Air dan Manusia - Air kencing

Air dan Manusia - Air kencing
Oleh : Fyrol Ikram Othman


Air kencing salah satu jenis najis mutawassitah, dan semua jenis najis ini dan yang berasal daripadanya adalah haram di makan, diminum atau di bawa sembahyang dan thawaf.

Tulisan ini bukan ingin membawa pembaca budiman sekalian kepada perubatan air kencing walaupun sejak akhir-akhir ini para saintis telah menemui penawar barah dalam air kencing.Ini kerana Islam melarang berubat dengan benda yang kotor.



نَهَى رَسُول اللهِ صلى الله عليهِ وَسَلّمَ عَنِ الدّوَاءِ الخَبِيثِ

(رواه أبو داود وأحمد)

Maksudnya: “Rasullullah Shallallahu alaihi wasallam melarang daripada ubat yang kotor.”

(Hadis riwayat Abu Daud dan Imam Ahmad)


Tetapi tulisan ini ingin menerangkan tentang kelebihan air kencing sebagai cara mendiagnosa pesakit. Melalui air kencing, kita boleh mengetahui tahap dehidrasi seseorang, mengetahui adakah seseoran itu mengadung atau tidak dan mencari simptom tertentu seperti kehadiran protin yang menandakan bermulanya masaalah pada buah pinggang. Kehadiran glukos dalam air kencing ialah petanda seseorang itu mengidap kencing manis(diabetis Mellitus)

Air kencing juga boleh dikaji warna dan baunya selain sering digunakan sebagai sumber rujukan utama untuk memeriksa kandungan dadah dalam badan.

Air kencing adalah bahan kumbahan cecair badan yang disingkir oleh buah pinggang melalui proses penapisan dari darah yang dikenali sebagai kencing dan dikeluarkan melalui urethra. Metabolit pada peringkat sel/selular menghasilkan banyak sebatian kumbahan, kebanyakannya kaya dengan nitrogen, yang perlu disingkirkan dari aliran darah. Kumbahan ini akhirnya disingkir dari badan melalui proses mikturition, kaedah utama menyingkirkan bahan kimia larut air dari badan. Bahan kimia ini boleh dikesan dan dianalisa oleh urinalysis. Bagi wanita hamil, cecair amniotik berkait rapat dengan air kencing, boleh dianalisa oleh amniosentesis.






Warna kuning terang air kencing disebabkan oleh pewarna urokrom dan juga keluaran penguraian bilirubin dan urobilin. Ia boleh berbentuk antara jernih ambar gelap, antara faktor lain bergantung kepada jumlah air dalam badan.

Analisa kimia



Warna luar biasa


* Jernih - menunjukkan terlebih air, yang biasanya dianggap lebih sihat berbanding kekurangan air dehidrat. Dari segi ujian dadah, ia boleh menunjukkan potensi cubaan bagi mengelak pengesanan dadah haram dalam aliran darah melalui lebih-hidrat.

* Kuning/Kuning bata cair mungkin menunjukkan penyingkiran lebihan vitamin B dari aliran darah.

* Sesetengah ubat seperti rifampin dan pyridium boleh menukar air kencing menjadi kuning bata.

* Kencing berdarah dinamakan hematuria, potensi tanda jangkitan pundi kencing.

* Memakan ubi bit (beets) mampu menyebabkan air kencing mempunyai kilauan merah jambu, kaedaan yang tidak merbahaya dan sementara.

* Air kencing gelap atau perang mungkin merupakan simptom demam kuning, rhabdomyolysis, atau sindrom Gilbert.

* Air kencing hitam atau bewarna gelap dirujuk sebagai melanuria dan mungkin disebabkan oleh melanoma.

* Air kencing kemerahan atau kelabu mungkin disebabkan oleh porphyria. Juga, pemakanan bit (beets) mampu menyebabkan air kencing mempunyai kilauan merah jambu, kaedaan yang tidak merbahaya dan sementara.

* Kuning flores/kehijauan Fluorescent Yellow / mungkin disebabkan oleh permakanan vitamin tambahan, terutama vitamin B.

* Warna kencing kuning gelap biasanya menunjukkan kekurang air dalam badan (dehidration).



Keruh

Air kencing keruh mungkin merupakan simptom jangkitan bakteria, tetapi juga diakibatkan oleh pembentukan kristal garam seperti kalsium fosfat.








Fakta - Pesakit buah pinggang kronik tidak mempunyai air kencing! Urea dan bahan kumuh lain dikeluarkan semasa dialisis. Hasil proses hemodialisis berbau hancing!



Bersambung...















RTE ViTTO 16 mampu mengatasi masaalah jangkitan pada saluran kencing.

Manakala RTE ViTTO 17 pula mampu mengatasi
i.membuang air kencing secara sedikit-sedikit tapi kerap(terutama waktu malam)

ii. Rasa tidak dapat menahan dan sabar untuk membuang air kencing

iii. Terpaksa meneran kuat untuk buang air kencing.

iv. Kencing malam bagi kanak-kanak dan orang tua.

InsyaAllah semuga usaha saya dan rakan-rakan memperkenalkan kaedah rawatan ini serta usaha anda mencari penawar diberkati dan diredhoi oleh Allah s.w.t

Air dan Manusia - Khasiat Air Liur Basi


Air dan Manusia - Khasiat Air Liur Basi

Oleh : Fyrol Ikram Othman


Air liur basi berkhasiat mencerna sistem tubuh manusia. Air liur basi yang diminum bersama air biasa ketika bangun awal pagi adalah penawar semula jadi paling mujarab dalam membentuk kesihatan seseorang insan.


Air liur basi yang dipandang jijik menyimpan khasiat khusus bagi mencerna sistem dalam tubuh manusia.. Keberkesanan air liur basi bagaimanapun hanya untuk keperluan tubuh badan individu itu sendiri dan bukan untuk dikongsi dengan orang lain. Cara amalannya pula hanya berkesan jika seseorang itu bangun dari tidur dengan terus meminum air putih biasa tanpa perlu mencuci muka, berkumur-kumur atau membersihkan badan.

Sistem rawatan tersebut telah menjadi amalan Rasulullah S.A..W dalam kehidupan harian baginda dan telah dikesan kemujarabannya oleh pakar sains perubatan moden. Nabi Muhammad semasa hayatnya akan meneguk air putih biasa terlebih dahulu sebelum baginda bersugi dan berwuduk menunaikan solat subuh setiap pagi.



Malah fungsi sumber semula jadi pada diri seseorang termasuk air liur basi turut disebut dalam al-Quran serta hadis-hadis Nabi.

Bersambung...




RTE ViTTO 9 - Kelenjar Tiroid

Formula khusus untuk mengawal metabolisma tubuh, suara serta mengawal keseimbangan berat dan kelangsingan badan.

Psikologi
Kecerdasan rohani, ilham, daya vital, kesucian rohani

RTE ViTTO 9
mampu membantu masaalah rembesan air liur yang terlampau sedikit atau banyak.

Meransang selera makan dan reseptor citarasa.

Baik untuk gusi berdarah.

Keadaan nafas berbau.

InsyaAllah semuga usaha saya dan rakan-rakan memperkenalkan kaedah rawatan ini serta usaha anda mencari penawar diberkati dan diredhoi oleh Allah s.w.t

Air dan Manusia - Susu Ibu

Air dan Manusia - Susu Ibu
Oleh : Fyrol Ikram Othman



Air susu ibu adalah suatu campuran ciptaan Allah yang luar biasa dan tak tertandingi sebagai sumber makanan terbaik bagi bayi yang baru lahir, dan sebagai zat yang meningkatkan kekebalan tubuhnya terhadap penyakit. Bahkan makanan bayi yang dibuat dengan teknologi masa kini tidak mampu menggantikan sumber makanan yang menakjubkan ini.

Setiap hari ditemukan satu manfaat baru air susu ibu bagi bayi. Salah satu fakta yang ditemukan ilmu pengetahuan tentang air susu ibu adalah bahawa menyusui bayi selama dua tahun setelah kelahiran sungguh amat bermanfaat. (Rex D. Russell, Design in Infant Nutrition, http:// www. icr.org/pubs/imp-259.htm)

Allah memberitahu kita maklumat penting ini sekitar 14 abad yang lalu, yang hanya diketahui melalui ilmu pengetahuan baru-baru ini, dalam ayat-Nya "…menyusuinya dalam dua tahun…".

"Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu-bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusuinya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepadaKu dan kepada dua orang ibu bapamu, hanya kepada-Kulah kembalimu." (Al Qur'an, 31:14)

Susu ibu menyelamatkan nyawa

Risiko kematian bayi dan kanak-kanak kecil di negara membangun meningkat 10 hingga 15 kali bagi mereka yang tidak menyusu badan pada usia tiga bulan pertama. Kebanyakan kematian berpunca penyakit cirit-birit yang serius.

Kajian pula menunjukkan 40,000 kanak-kanak meninggal dunia setiap hari (28 orang setiap satu minit) di negara-negara membangun. Mereka adalah mangsa kekurangan zat makanan.

Untuk itu United Nations International Childrens Fund (UNICEF) telah mengenal pasti tujuh cara berkesan menyelamatkan jutaan nyawa kanak-kanak. Salah satu caranya adalah meningkatkan kadar penyusuan susu ibu di kalangan ibu-ibu.

Meskipun angka kematian begitu tinggi di negara-negara membangun dan mundur ini tidak bererti negara maju terkecuali. Di Amerika dan barat Eropah banyak kes Sudden Death Of Unknown Cause (SIDS) atau Cot Death dilaporkan berlaku. Dan kajian menunjukkan kebanyakan mereka yang meninggal akibat ini terdiri daripada kanak-kanak menvusu botol.

Oleh demikian kempen penyusuan ibu amat digalakkan di negara mundur sebagai pilihan untuk tidak menyusu botol kerana sistem bekalan air di negara tersebut tidak bersih. Walaupun penyusuan botol di negara kita selamat dan terjamin, penyusuan ibu tetap yang terbaik.

Khasiat dan kebaikan susu ibu


Susu ibu merupakan makanan dan minuman terbaik untuk bayi terutamanya sejak lahir hingga bayi berusia enam bulan. Ia mengandungi semua khasiat dalam imbangan yang betul. Sebaik selepas melahirkan, susu pertama kental berwarna kekuningan. Susu ini dinamakan kolostrum. Khasiatnya amat tinggi. Kandungan proteinnya tiga kali ganda melebihi susu ibu biasa. Ia mengandungi antibodi yang tinggi serta lebih sel darah putih.

Kolostrum mampu melawan jangkitan pelbagai penyakit seperti cirit- birit, selesema dan radang paru-paru. Malah ia bertindak sebagai imunisasi pertama. Ibu-ibu digalakkan kerap menyusui ibu pada hari-hari pertama kelahiran bagi membekalkan kolostrum secukupnya pada bayi. Sesetengah ibu tidak mahu memberikan susu mereka pada bayi pada waktu ini kerana menurut mereka susu belum ada. Kekeliruan ini merugikan kerana bayi seharus mendapat kolostrum sebanvak mungkin.

Teknologi moden cuba meniru merumus susu formula agar menyamai susu ibu. Namun sehingga kini khasiat dan kebaikan yang terkandung di dalam susu ibu tidak dapat disamai apalagi untuk ditandingi. Antara kebaikan susu ibu adalah ia mengandungi zat makanan dalam nisbah yang betul dan isi kandungannya berubah mengikut keperluan bayi membesar. Komposisi zat dan vitaminnya sesuai dan mencukupi untuk bayi. Ia mengandungi enzim lipase yang menghadamkan lemak.

Susu ibu bersih dan bebas bakteria. Selain itu ia mengandungi anti jangkitan yang melawan pelbagai jangkitan penyakit. Antaranya sel darah putih hidup (leucocytes) yang membunuh bakteria. Antibodi (immunoglobulins) mampu menentang jangkitan penyakit biasa sehinggalah bayi berupaya membentuk antibodinya sendiri. Sekiranya si ibu mempunyai jangkitan, antibodi yang dapat melawan jangkitan tersebut akan hadir di dalam susu ibu.

Kita kerap melihat bayi kecil menangis tanpa henti berjam-jam lamanya. Besar kemungkinan perutnya kembung. Sekiranya bayi menyusui ibu sepenuhnya pada usia tiga bulan, masalah ini dapat diatasi. Ini kerana terdapat bahan dinamakan bifudus factor membantu bakteria istimewa Lactobasillus bifidus membiak dan menentang bakteria yang menyebabkan diare atau cirit-birit. Selain diare, susu ibu berjaya menentang jangkitan penyakit biasa seperti enzema, lelah dan sembelit.

Susu ibu tersedia bila-bila masa pada suhu badan dan sentiasa steril. Susu tepung akan masam selepas beberapa jam tetapi susu badan tidak pernah rosak walaupun bayi tidak menetek beberapa hari. Kebaikan susu ibu bukan sekadar menjadi penawar dan bertindak sebagai tembok menghalang penyakit malah ia mampu meningkatkan kecerdasan otak bayi. Dua kajian terbaru Cambridge di England dan Flinders Australia membuktikan bayi yang disusui badan, kecerdasan IQnya mampu mencecah tahap tujuh hingga 10 mata melebihi IQ biasa.

Dan kajian dari Holland menunjukkan susu ibu mengandungi Asid Docosahexanoic dan Asid Arachidonic yang tidak diperolehi dalam susu tiruan berguna untuk pertumbuhan sistem tumpuan nervous.

Susu ibu menguntungkan wanita


Perkara paling ditakuti wanita selepas bersalin adalah mengembalikan bentuk badan asal. Banyak mengeluh badan mereka susah turun terutama bahagian perut dan punggung. Ini berita baik. Dengan menyusu bayi dengan susu badan anda boleh melangsingkan badan dibantu dengan sedikit senaman.

Semua tahu, sewaktu mengandung rahim mengembang dan selepas melahirkan anak ia mengambil masa untuk kembali ke saiz asalnya. Dengan menyusui bayi, sejenis hormon dipanggil Oxytocin yang dirangsangkan melalui hisapan bayi membantu rahim mengecut lebih cepat. Ia juga mengurangkan risiko pendarahan berlebihan dan risiko mendapat kanser buah dada juga ovari.



Kebaikan lain susu ibu
*Hubungan erat ibu dan anak

*Perancang keluarga semulajadi

*Tersedia - tidak perlu membancuh

WANITA, MEI 1996, BIL:322,M/S 122-124

Bersambung...












RTE ViTTO V1 & RTE ViTTO 10
Membantu memperbanyakkan susu ibu dengan merangsang kelenjar pitutari dan thymus

InsyaAllah semuga usaha saya dan rakan-rakan memperkenalkan kaedah rawatan ini serta usaha anda mencari penawar diberkati dan diredhoi oleh Allah s.w.t

Air dan Manusia - Air Ketuban


Air dan Manusia - Air Ketuban

Oleh : Fyrol Ikram Othman



Air Ketuban berasal daripada cecair rembesan kulit bayi dan produk air kencing bayi dan ia mencerminkan sistem kumbahan dan fungsi buah pinggang dan gastrausus bayi sendiri. Cecair tersebut yang mengelilingi bayi dalam kandungan ibu.


Air kencing yang dihasilkan pleh bayi menunjukkan fungsi buah pinggang kerana bayi menelan semula air kencingnya, jadi ia bermakna fungsi buah pinggang dan gastrausu adalah normal.


Jika air ketuban kurang, ia menunjukkan bayi tidak menghasilkan air kencing yang cukup, bermakna fungsi buah pinggannya terjejas dan sekiranya tidak berfungsi dengan betul, ia membawa maksud berlaku congenital abnormalities.


Sekiranya air ketuban kurang, saiz perut ibu pun lebih kecil kerana ia kering. Perut ibu yang kecil juga disebabkan air ketuban pecah awal atau bersalin pra-matang walaupun saiz bayi adalah normal. Dalam kes ini, doktor akan menyuruh ibu melahirkan bayi sebab ia membawa risiko pada bayi sama ada kematian, kecacatan atau dijangkiti kuman.


Didalam perut ibu yang dilapisi air ketuban inilah manusia terjadi dan berkembang..
Air ketuban tidak boleh terlalu kurang, dan tidak boleh pula terlalu lebih. Kadar normal air ketuban ialah dari bacaan 0.5- 2.5 liter. Air ketuban kurang biasanya merujuk kepada masaalh buag pinggang bayi atau tekanan darah tinggi ibu, manakala air ketuban lebih pula biasanya disebabkan oleh masaalah diabetis ibu.

Tiga Tahap Bayi Dalam Rahim



Dalam ayat ke-6 surat Az Zumar, disebutkan bahwa manusia diciptakan dalam rahim ibu dalam tiga kegelapan. Embriologi moden telah mengungkap bahawa perkembangan ebriologi bayi terjadi pada tiga daerah yang berbeza dalam rahim ibu.

Dalam Al Qur'an dipaparkan bahwa manusia diciptakan melalui tiga tahap dalam rahim ibunya.

"... Dia menjadikan kamu dalam perut ibumu kejadian demi kejadian dalam tiga kegelapan. Yang (berbuat) demikian itu adalah Allah, Tuhan kamu, Tuhan yang mempunyai kerajaan. Tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia; maka bagaimana kamu dapat dipalingkan?" (Al Qur'an, 39:6)


Sebagaimana yang akan difahami, dalam ayat ini ditunjukkan bahawa seorang manusia diciptakan dalam tubuh ibunya dalam tiga tahap yang berbeza. Sungguh, biologi moden telah mengungkap bahawa pembentukan embrio pada bayi terjadi dalam tiga tempat yang berbeza dalam rahim ibu. Sekarang, di semua buku embriologi yang dipakai di pelbagai fakulti perubatan, hal ini dijadikan sebagai pengetahuan dasar. Misalnya, dalam buku Basic Human Embryology, sebuah buku rujukan utama dalam bidang embriologi, fakta ini diuraikan sebagai berikut:

"Kehidupan dalam rahim memiliki tiga tahap: pre-embrionik; dua setengah minggu pertama, embrionik; sampai akhir minggu ke lapan, dan janin; dari minggu ke lapan sampai kelahiran." (Williams P., Basic Human Embryology, 3. edition, 1984, s. 64.)

Trimester 1
*minggu 2 - zigot - bergerak keluar dari tiub falopio.

*minggu 4 - Embrio - membenamkan diri ke dinding rahim seterusnya membentuk plasenta(uri) dan bayi.

*minggu 6 - Tali pusat, degupan jantung,kepala,mata,usus dan hati mula terbentuk.

*minggu 10 - Menjadi fetus - organ mula berfungsi.

Trimester 2
*minggu 14 - Risiko keguguran menurun,organ reproduktif(alat kelamin) terbentuk, rambut dan kuku terbentuk. Saat ini si ibu mungkin boleh merasai kehadiran simanja.

*minggu 18 - Jari mula terbentuk, organ telinga terbentuk dan berfungsi.

Trimister 3
*minggu 26 - Retina mula terbentuk

*minggu 30 - Fetus boleh bernafas dengan paru-paru jika dilahirkan

*minggu 40 - Proses kelahiran boleh berlaku bila-bila masa.

bersambung...
















RTE ViTTO 16 & RTE ViTTO 17
Membantu mencegah bayi cacat
Membantu mendapatkan anak lelaki/perempuan(untuk ibu mengandung)
Bagi ibu-ibu yang mengandung kemudian disyaki bayi dalam kandungan menghadapi masaalah tetentu seperti sindrown down atau apa-apa abnormaliti seperti buah pinggang besar, hidrosephalus dan sebagainya, bolehlah mencuba formula ini. InsyaAllah membantu.

RTE ViTTO 2
Membantu membina perkembangan bayi yang sihat (dalam kandungan)
Sangat sesuai untuk ibu yang mengandung.
Mengelak keracunan kepada bayi dalam kandungan.

InsyaAllah semuga usaha saya dan rakan-rakan memperkenalkan kaedah rawatan ini serta usaha anda mencari penawar diberkati dan diredhoi oleh Allah s.w.t

Khamis, 28 Oktober 2010

Air dan Manusia -Air Mani

Air dan Manusia -Air Mani
Oleh : Fyrol Ikram Othman

Secara umumnya air dan manusia tidak dapat dipisahkan.
Kandungan air di dalam otak 74%, otot 75%, darah 82%, tulang 22%, gigi 5%, hati 69% dan buah pinggang 82%. Manusia boleh hidup berminggu-minggu tanpa makanan, tetapi tanpa air di dalam tempoh beberapa hari menyebabkan tubuh menghadapi masalah hidrasi dan akan mati di dalam beberapa hari sahaja.

Terdapat beberapa perkaitan rapat diantara air dan manusia iaitu:

1. Air Mani
Ketika persetubuhan seksual, 250 juta sperma terpancar dari lelaki pada satu waktu. Sperma-sperma melakukan perjalanan lebih kurang 5 minit yang sulit di tubuh si ibu sampai menuju sel telur. Hanya seribu dari 250 juta sperma yang berhasil mencapai sel telur. Sel telur, yang berukuran setengah dari sebutir garam, hanya akan membolehkan masuk satu sperma. Ertinya, bahan manusia bukan mani seluruhnya, melainkan hanya sebagian kecil darinya. Ini dijelaskan dalam Al-Qur'an :

"Apakah manusia mengira akan dibiarkan tak terurus? Bukankah ia hanya setitik mani yang dipancarkan?" (Al Qur'an, 75:36-37)



Seperti yang telah kita amati, Al-Qur'an memberi tahu kita bahwa manusia tidak terbuat dari mani selengkapnya, tetapi hanya sebahagian kecil darinya. Bahawa tekanan khusus dalam pernyataan ini mengumumkan suatu fakta yang baru ditemui oleh ilmu pengetahuan moden itu merupakan bukti bahawa kenyataan tersebut berasal dari Ilahi.

Cairan yang disebut mani tidak mengandung sperma saja. Cairan ini tersusun dari campuran berbagai cairan yang berlainan. Cairan-cairan ini mempunyai fungsi-fungsi semisal mengandung gula yang diperlukan untuk menyediakan tenaga bagi sperma, meneutralkan asid di pintu masuk rahim, dan melicinkan lingkungan agar memudahkan pergerakan sperma.

Apa yang menarik, ketika mani disebut di Al-Qur'an, fakta ini, yang ditemukan oleh ilmu pengetahuan moden, juga menunjukkan bahawa mani itu ditetapkan sebagai cairan campuran:

"Sungguh, Kami ciptakan manusia dari setitis mani yang bercampur, lalu Kami beri dia (anugerah) pendengaran dan penglihatan." (Al Qur'an, 76:2)

Di ayat lain, mani lagi-lagi disebut sebagai campuran dan ditekankan bahawa manusia diciptakan dari "bahan campuran" ini:

"Dialah Yang menciptakan segalanya dengan sebaik-baiknya, Dia mulai menciptakan manusia dari tanah liat. Kemudian Ia menjadikan keturunannya dari sari air yang hina." (Al Qur'an, 32:7-8)

Kata Arab "sulala", yang diterjemahkan sebagai "sari", bererti bahagian yang mendasar atau terbaik dari sesuatu. Dengan kata lain, ini bererti "bahagian dari suatu kesatuan".
Ini menunjukkan bahwa Al Qur'an merupakan firman dari Yang Berkehendak Yang mengetahui penciptaan manusia hingga serinci-rincinya. Yang Berkehendak ini ialah Pencipta manusia.

FAKTA MENARIK AIR MANI


* Air mani mengandungi hanya 10 peratus sperma selebihnya enzim, vitamin C, kalsium, protein, sodium,zink,asid sitrik dan gula fruktos.

* Rasa air mani boleh dipengaruhi oleh pemakanan lelaki. Diet yang mengandungi daging merah, produk tenusu, bawang, bawang putih dan kopi akan menyebabkan air mani terasa pahit dan berasid.

* Diet yang mengandungi gula semula jadi seperti buah-buahan boleh menjadikan air mani terasa manis.

* Kelajuan purata pancutan air mani adalah 31 bsj iaitu lebih laju dari seekor harimau kumbang.

* Lima hari ialah jangka masa sperma boleh hidup dalam badan wanita.

* Tiga jam adalah jumlah masa sperma boleh hidup di luar badan.

* Jumlah air mani setiap kali pancutan adalah bersamaan satu sudu dan satu sudu teh air mani boleh mengandungi 200 hingga 500 juta sperma.

bersambung...













RTE ViTTO 16 mampu mengatasi masaalah air mani yang kurang dan cair. Manakala RTE ViTTO 17 pula mampu meninggikan tahap kesuburan sperma lelaki. InsyaAllah semuga usaha saya dan rakan-rakan memperkenalkan kaedah rawatan ini serta usaha anda mencari penawar diberkati dan diredhoi oleh Allah s.w.t