Rasulullah s.a.w. bersabda, "Setiap penyakit ada ubat penawarnya dan apabila suatu ubat itu sesuai dengan jenis penyakitnya, maka penyakit itu akan sembuh dengan izin Allah." - maksud hadis riwayat Muslim

Perkhidmatan disini ialah :

(Perubatan Energy, Aromatherapi, Hidrotherapi, Ais Therapi)
Satu kaedah Istimewa cara millennium. Untuk semua keadaan dan penyakit TANPA ada kesan sampingan, Suci dan Selamat.

Menggunakan kaedah teknik gelombang yang menyeimbangkan semua sistem kelenjar yang lemah dan terganggu kembali kepada keadaan Stabil dan Harmoni semula.
Hanya dengan kemam dilidah, ransangan hingga ke sasaran sel kepada tiap-tiap keperluan sitem badan tanpa ada sebarang kesan sampingan.

Dimanakah KELEMAHAN anda?
Dimanakah KEDUDUKAN PENYAKIT Anda?
Dimanakah tahap TEKANAN dan KESEDIHAN Anda?

Kenalilah dan Rawatlah Penyakit Anda Melalui Kaedah Gelombang Teori Ruang Masa Pertimbangan Sunnah…

Formula Perubatan Sunnah tidak bertindak sebagai ubat dan penawar, sebaliknya penggalak kepada semua sistem dalam badan, dan SISTEM badanlah yang MERAWAT tubuh badan anda sendiri.


Bebaskan diri Anda dari Perubatan berasakan DADAH dan KIMIA!

Hubungi : Fyrol Ikram Othman
Bsc.Natural Medicines (Energy )
DMA kpp.UK, .
Pengamal Perubatan Sunnah Bertauliah
013 – 388 2726

Ahad, 29 Januari 2012

Susu Kambing Sanaa


TEPUNG SUSU KAMBING SANAA (TSKS)


Untuk Mengembalikan Kesihatan Semulajadi Anda

Susu Kambing adalah minuman kegemaran Nabi saw. Malah kebanyakan Nabi-Nabi terlibat dengan pengembalaan kambing termasuk Nabi Ibrahim dan Nabi Isa ‘Alaihumas Salam. Kalau begitu keadaannya, tentu ada kelebihan dan khasiat yang tersembunyi di dalam kandungan susu kambing.

Kajian menunjukkan, kandungan susu kambing mempunyai banyak persamaan dengan susu ibu. Jadi .. kalau bayi boleh hidup dengan sihat dan sukar mendapat penyakit dengan hanya meminum susu ibu semata-mata maka begitulah juga yang akan dikecapi oleh mereka yang menjadikan susu kambing sebagai minuman harian sekurang-kurangnya sehari sekali samada sebelum sarapan atau sebelum tidur.

Justeru itu, susu kambing yang kaya dengan Protin, Enzim, Mineral Selenium, Asid Lemak Baik, Bahan Bio-organic Sodium serta mempunyai pH beralkali menjadikan ia sebagai minuman yang baik untuk membantu mengatasi masalah kesihatan seperti gastrik, migrain, lelah, senggugut, darah tinggi, kencing manis, masalah penyakit kulit, ulser, hepatitis A, sakit kuning, radang sendi, lemah tulang, pemulihan selepas pembedahan, memulih tenaga batin, membantu pembentukan tulang, otot dan gigi serta ia juga berfungsi sebagai minuman anti penuaan.



SERBUK SANAA


Sanaa juga disebut sebagai Senna atau bahasa saintifiknya Cassia Angustifolia. Daripada Asma r.a, Nabi saw pernah bersabda dengan maksudnya, ‘Jika ada penawar bagi mati nescaya ianya ada pada Sanaa.’ (Hadis riwayat Hakim, Ahmad dan Tarmizi).

Merujuk kepada kenyataan Nabi saw maka ulama silam khususnya yang mendalami dalam bidang perubatan telah mula membuat kajian terhadap Pohon Sanaa. Hasil kajian, didapati Pohon Sanaa merupakan penawar yang mujarab terhadap banyak penyakit bahkan ianya juga didapati bukan sahaja merawat penyakit malah yang lebih menakjubkan lagi ia merawat punca sesuatu penyakit itu sehingga ke akar umbi.

Lebih menakjubkan lagi, Sanaa bukan sahaja merawat penyakit zahir malah ia juga mampu merawat masalah emosi dan yang berkaitan dengan mental.

Yang pasti, Sanaa terkenal sebagai pencahar iaitu dengan melakukan aktiviti mencuci perut yang merupakan tempat dan punca kebanyakan penyakit. Bahkan Menurut Dr.Sebler, pakar dalam bidang rawatan sembelit : “... kebanyakan ubatan yang dicipta sebagai rawatan sembelit adalah dicampur dengan Sanaa.”

Secara ringkasnya,berdasarkan tulisan ulama dan ahli-ahli perubatan silam seperti Imam Al-Munawwir ketika menyingkap hadis Ummi Haram dan hadis Anas, Al-Imam Ibn Al Qayyim ”Al-Tibb Al-Nabawi”, Al-Allamah Al-Azraq “Tashil Al-Manafi’”, Al-Imam Al-Zahabi “Al-Tibb An-Nabawi”, Ibn Sina “Al-Qanun Fi Al-Tibb”, Daud Al-Antaqi “Al-tazkirah”, Al-Muwaffaq Al-Baghdadi “Al-Arbain Al-Tibbiyyah”, Yusuf Al-Turkuman “Al-Muktamad”, Al-Sultan Al-Asraf dan ramai lagi dari kalangan yang pakar dalam bidang perubatan Islam di zaman silam, dapat disimpulkan bahawa Sanaa adalah penawar pelbagai penyakit. Kata Al-Imam Munawi sehingga tidak terbilang banyaknya.

Berdasarkan kajian ulama silam dan pakar-pakar perubatan moden yang menulis tentang Sanaa seperti Dr Muhammad Ali Al-Bar, Dr Sebler dan lain-lain terhadap Pohon Sanaa, mereka mendapati Sanaa terbukti mampu membantu mengatasi masalah kesihatan seperti berikut :

Masalah Kesihatan Fizikal
Sakit kepala berpanjangan termasuk migrain.
Kejang urat, sakit / lenguh-lenguh sendi di kaki, lutut bahu dan leher yang menyebabkan badan lesu, letih dan tak bermaya.
Sembelit dan gejala usus.
Penyakit kulit yang berpunca daripada darah dan gatal-gatal.
Batuk, Balgham atau kahak yang keterlaluan.
Jerawat dan jeragat.
Ghout.
Kemandulan, kanser, darah tinggi kerana sifatnya sebagai pembersih darah, mengenyah toksin serta keracunan dan anti virus.

Masalah Kesihatan Mental dan Emosi
Murung
Histeria
Sawan / gila babi.
Stress dan tekanan jiwa.


Begitulah hebatnya ciptaan tuhan terhadap Pohon Sanaa. Kehebatannya diketahui dari PesuruhNya, Rasulullah saw lalu dikaji dan disahkan pula oleh ulama silam yang pakar dalam bidang perubatan dan pemakanan.

Oleh yang demikian, gabungan TEPUNG SUSU KAMBING dengan SERBUK SANAA serta BARLI & KOLAGEN telah menjadikan minuman TEPUNG SUSU KAMBING SANAA sebagai minuman terbaik untuk memelihara dan mengembalikan kesihatan semulajadi, bagi mereka yang mengamalkannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan