Rasulullah s.a.w. bersabda, "Setiap penyakit ada ubat penawarnya dan apabila suatu ubat itu sesuai dengan jenis penyakitnya, maka penyakit itu akan sembuh dengan izin Allah." - maksud hadis riwayat Muslim

Perkhidmatan disini ialah :

(Perubatan Homeopati, Energy, Aromatherapi, Hidrotherapi, Ais Therapi)
Satu kaedah Istimewa cara millennium. Untuk semua keadaan dan penyakit TANPA ada kesan sampingan, Suci dan Selamat.

Menggunakan kaedah teknik gelombang yang menyeimbangkan semua sistem kelenjar yang lemah dan terganggu kembali kepada keadaan Stabil dan Harmoni semula.
Hanya dengan kemam dilidah, ransangan hingga ke sasaran sel kepada tiap-tiap keperluan sitem badan tanpa ada sebarang kesan sampingan.

Dimanakah KELEMAHAN anda?
Dimanakah KEDUDUKAN PENYAKIT Anda?
Dimanakah tahap TEKANAN dan KESEDIHAN Anda?

Kenalilah dan Rawatlah Penyakit Anda Melalui Kaedah Gelombang Teori Ruang Masa Pertimbangan Sunnah…

Formula Perubatan Sunnah tidak bertindak sebagai ubat dan penawar, sebaliknya penggalak kepada semua sistem dalam badan, dan SISTEM badanlah yang MERAWAT tubuh badan anda sendiri.


Bebaskan diri Anda dari Perubatan berasakan DADAH dan KIMIA!

Hubungi : Fyrol Ikram Othman
MDMA (OIUCM COLOMBO)
DMA kpp.UK, Homeopati (IBAM)
Pengamal Perubatan Sunnah Bertauliah
013 – 388 2726

Rabu, 29 September 2010

Kesihatan Anda Milik Anda


Satu teori yang menggunakan teknik perawatan melalui metodologi "misteri" dalam gelombang tenaga yang menitik beratkan hukum peraturan alam(The law of Fizik) ataupun pertimbangan sunnah.

Persepsi umum tentang gelombang adalah hanya gelombang radio, tv, bunyi-bunyian, pancaran cahaya dan sebagainya. Hakikatnya gelombang adalah suatu tekanan, tenaga atau satu ukuran yang berada di mana-mana tahap ruang, akan tetapi tiap gelombang itu mempunyai identiti atau tahap tenaga kekuatannya tersendiri.

Di dalam tubuh kita juga mempunyai tahap ukuran gelombang tenaganya yang tersendiri yang juga memainkan peranan sebagai asas pengimbang kepada sistem kelenjar utama ataupun sebagai aliran elektrik kepada sumber kehidupan, umpamanya setiap sempadan lapisan aura atau pancaran warna cahaya yang berbentuk KUN (seperti telur) samada lapisan luar pada setiap tubuh manusia mahupun dalamannya ianya mempunyai tahap gelombang yang boleh diukur tahap tenaganya.

Begitu jugalah kepada tahap setiap sistem kelenjar atau organ yang ada pada tubuh manusia juga mempunyai tahap ukuran gelombang tenaganya tersendiri. Gelombang ini juga boleh bertukar kadar dan tahap tenaganya tersendiri mengikut penerimaan dan tekanan penyakit mahupun akut ataupun penyakit itu amat serius, bergantung kepada kekuatan immune seseorang.

Dalam erti kata misteri dalam gelombang "pertimbangan sunnah" ialah walaupun tahap tenaga atau sesuatu gelombang itu tercemar atau terganggu ataupun rosak sekalipun dengan pendekatan dalam suatu rahsia yang amat halus dan sangat misteri dalam gelombang "pertimbangan sunnah" mampu memperbetulkan atau meleraikan serta menyeimbangkan suatu tahap gelombang yang tercemar tadi hingga ke tahap hening, baik dari segi tekanan hidup mahupun penyakit.

Inilah rahsia keheningan sebenar dan penawar bagi merawat duka dan penyakit dalam Teori Revolusi Tenaga yang semulajadi dalam "misteri pertimbangan sunnah".